Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Air Teh Dangdut Lagi....



Assalamualaikum. 
Hari ni bersiaran agak lewat, fuhhh  penat gak sebab sibuk ngan macam2 hal, masak pun ala kadar jerk...
Meh layan Air Teh Dangdut  yang best ni. Kenapa nama Air Teh Dangdut, Mas pun tak tahu..kena tanya tuan resepi ..he..he....sebelum ni Mas dah buat air ni, boleh tengok kat SINI 
Ni hasil skondeng kat Myresepi....tak mo membebel lagi...meh tengok cara2 membuatnya....sape2 yang teringin, boleh la mencuba yer....

Air Teh Dangdut
Resepi Asal : sitimariam@myResepi.com
Sumber : MasDuniaku

Bahan - 1 gelas  :
2 uncang teh
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu segar - option 
air panas ikut gelas - Mas tak guna, tukar ngan susu segar




Cara membuatnya:
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan air panas, campur dengan susu pekat dan susu segar (susu segar panaskan ), tarik sampai berbuih - buih.




Cara Mas : 
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan susu segar panas, campur dengan susu pekat  dan  tarik sampai berbuih - buih.
Masukkan susu yang ditarik ke dalam gelas sekali dengan buih2 tu.
Tips : 
Untuk dapatkan buih yang banyak..pastikan bahan no 2 tu panas secukupnya....baru buih2 tu terhasil dengan banyak....kalau suam..tak banyak buih yang terhasil...
Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat tadi kedalam susu yang ditarik tadi perlahan - lahan .
Sukatan air dan susu ikut citarasa sendiri nak manis atau tidak, sukatan air pun sama, ikut saiz gelas, lebih senang sukat dulu air mengikut gelas yang digunakan.


Wednesday, March 30, 2011

Tart Telur versi derhaka..opppsss



Assalamualaikum. Meh layan Tart Telur yang sedapp ni lak, cuma telah diderhakakan pada pastry tu, Mas guna puff pastry jenama kawan jer......filling tu tetap ikut resepi asal. Lepas ni bila buat lagi baru Mas buat crust tu ikut resepi asal. Sedapp tau...selalunya Mas beli jer Tart Telur ni kat kedai roti...mahall ooo..sebiji rm1.90....pulak tu semuanya suka tart telur ni...dah berapa biji kene biji..kompom tak puas makan, jadi baik Mas buat sendiri..hasilnya....makan la banyak mana nak makan....hambikkk kau...tukang buat ni pun dah nak pengsan makan tart telur ni...lepas ni kompom jeling2 jer tart telur kat kedai kek tu..muahahaha....
Resepi Mas ambik dari Myresepi, tengok respon ramai yang dah try tart telur ni, maceh kepada zkinda mz@myresepi sudi kongsi resepi yang best ni.

Tart Telur
Resepi asal :zkinda mz@myresepi 
Bahan :

Bahan untuk crust : Kali ni Mas guna puff pastry jenama kawan jerk

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
Bahan untuk filling :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence

Cara membuatnya :
  1. Untuk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer / food processor / guna tangan pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara buat filling : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati. Kemudian Mas tapis dulu adunan filling ni baru tuang ke dalam bekas tart yang telah diletakkan doh tadi.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart @ pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dalam oven dengan api atas bawah. Linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
  8. Mas bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.
  9. Selamat menjamu selera!


Kembung Taucho



Assalamualaikum. Menu lunch semalam. Sedap tau kembung di tauchokan. Suka lak Ain ngan Daniel. Ni hasil skondeng Dapur Tanpa Sempadan, terliur lak tengok Ikan Taucho CMG tu...memang sedap ikan taucho ni, maceh untuk CMG, memang resepi yang mudah dan bahan2nya pun ringkas jer..kata CMG makan ngan bubur nasi pon sodapppp....
Mas makan ngan nasi panass jer.......

Kembung Taucho
Bahan :
  • 5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari) - Mas guna kembung
  • 1 biji bawang besar -  hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih -  diketuk
  • 1/2 inci halia -  diketuk
  • 2 biji cili hijau - hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 1/2 camca besar taucho
  • 1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula jika perlu - Mas letak sedikit gula jerk
Cara memasak :
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera


Tuesday, March 29, 2011

Carrot Raisin Bun



Meh layan Carrot Raisin Bun petang2 gini. Mas buat tengahari tadi untuk Ain ngan Daniel bawa bekal. Kejadiannya amat menyeronokkan .....bun ni sangat lembut dan gebu tau.....sedapp dimakan begitu jer......minum air suam pun tak pe...memang teringin nak buat bun ni semenjak nampak kat dapur Izahdaut, baru ari ni sempat buat. Tak mo bebel panjang, meh tengok resepinya.....maceh untuk tuan resepi Kak Hana , oppssss tadi masa Mas kluar, sempat gak membelek majalah jelita baru...ada nampak resepi Kak Hana dan Kak Nor kat dalam majalah tu....seronoknya..terus cakap kat abang....resepi sifu2 blog dah tertempek kat situ....TAHNIAH..kepada akak berdua....muahhhh

Carrot Raisin Bun
Resepi Asal : Kak Hana
Sumber :  Izahdaut
Bahan-bahan :
  • 300g tepung roti
  • 50g gula * saya letak 70g
  • 2 sudu besar susu tepung - Mas tak letak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 6g yis kering
  • 1/2 biji telur
  • 1sk bread improver 
  • 100g carrot - potong kecil dan rebus empuk
  • 60g kismis
  • 90-100ml air @ susu segar - Mas guna susu segar
Bahan kastad  :
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
  • 1/2 cawan susu segar
  •  kacau atas api hingga pekat. dan masukkan piping bag utk paip atas roti.
Untuk gliss :
  • susu segar+madu -  sebelum bakar
  • butter @ marjerin - selepas bakar

Cara membuatnya :
  1. Rebus carrot hingga empuk. Toskan. Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
  2. Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh, ONkan dan tunggu hingga siap.
  3. Jika menguli dengan tangan, mulakan dengan mencampurkan bhn2 yg kering dahulu kemudian baru yg basah. masukkan air sedikit demi sedikit. uli semua bahan hingga kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik hingga 2 kali ganda dari yang asal.
  4. Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada bulat2 kecil. Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
  5. Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
  6. Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
  7. Kemudian paipkan kastad di atas roti. Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
  8. Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe, sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan roti anda cantik. Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang.


Sambal Ikan Tongkol Kering



Assalamualaikum. Lama dah tak makan ikan tongkol, mak Mas selalu buat Sambal Ikan Tongkol Kering gini. Jadi teringat lak bila nampak Kak Anim buat ari tu. Jadi Mas pun buat, tapi dah 3 hari lepas, jadi lauk ni dah jadi baja yer..he..he...
Tak sangka lak Ain ngan Daniel pun suka sebab hubby Mas memang tak suka ikan tongkol ni. Rugi kan..he..he...Mas makan ngan nasi panas, kurma ayam dan sayur bayam tumis...perhhhh..sedapp bangat tu......

Sambal Ikan Tongkol Kering
Sumber : MasDuniaku
Bahan :

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar  - dipotong2 dan dicuci bersih
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
Bahan sambal :
  •  cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • minyak untuk menumis
Cara memasak :
  1. Lumur ikan tongkol dengan serbuk kunyit dan garam dan di goreng. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi menggunakan minyak goreng ikan tadi, kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  4. Biarkan sambal kering dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  5. Bila sambal kering, masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  6. Angkat dan dihidangkan dengan nasi panas.

Monday, March 28, 2011

Happy Birthday Sayang ...dan Kek Coklat Kukus Munirah lagi.....



Assalamualaikum.
Alhamdudillah, tanggal 28 March 2011 genap lah 7 tahun umur Muhammad Daniel bin Khairul Azha. Happy Birthday Sayangggg. Moga Daniel membesar sebagai anak yang soleh, menjadi kebanggaan mak dan abah, menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. Belajar pandai2 tau...moga cita2 Daniel tercapai dan dimakbulkan Allah. Kami sayanggg Daniel.....muahhhhhh

Lambat sikit n3 kan gambar dan kek birthday Daniel sebab pagi tadi Mas memang sangat sibuk menyiapkan 2 biji Kek Coklat Kukus Munirah untuk Daniel bawa ke sekolah kafa dan untuk jiran2. Alhamdudillah, pukul 12 lebih siap gak kek2 tu.  Meh layan lagi gambar2 Daniel ngan kek nya.....

Tersipu2 lak Daniel nak memotong kek tu dalam keadaan kelam kabut sebab nak ke sekolah kafa lak.
Hmmm..sedapppkan...Mas pun suka sangat kek coklst kukus ni. 
Sebab tu buat lagi untuk birthday Daniel sebab Daniel suka sangat kek coklat. 
Meh layan resepi kek kukus ni lak....terasa rajin lak nak tempek resepi kek kukus ni lagi kat sini. Boleh juga tengok KAT SINI sebab Mas pernah buat sebelum ni.

Kek Coklat Kukus Munirah
Resepi Asal : Pn Munirah Baharom - KR
Bahan :
Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - Mas dan Kak Hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak :
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - Mas dan Kak Hana juga.


Cara membuatnya :
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu  kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

Yummy...sedappkan Daniek kek coklat ni...

Ada yang berkenan...terbaik kek coklat kukus munirah ni...



Talam Nangka Yang Sangat Sedappp



Assalamualaikum. Percaya tak ngan tajuk ngan n3 ari ni. Sape yang dah buat jer yang tahu kesedapan Talam Nangka ni. Menyesal lak baru buat talam ni. Masa Kak Yatie tayang talam nangka ni Mas dah tertarik hati nak mencubanya, tapi asyik tertangguh jer...bila nampak lak Kak Ummi buat ari tu.....tak tertahan rasanya sebab sebelum ni dah tengok MamahawaKak Ayu dan Kak Ita dok tayang Talam Nangka yang sangat sedapp ni.....jadi bila Mas dah beli nangka ni, terus jer buat, takut nanti tinggal biji nangka jer...wakakaka..

Talam Nangka
Sumber : Kak Ita ,Kak AyuMamahawa dan Kak Ummi

Bahan :
Lapisan bawah :
  • 1 cawan nangka - di cincang
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah :
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yang di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dalam loyang)
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas : 
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2 ) - Mas letak warna kuning
Cara menyediakan lapisan atas :
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.


Sunday, March 27, 2011

Banana Chiffon Cake



Assalamualaikum. Ari ni bersiaran lambat sikit. Malas betoi nak mengadap lappy ni, tapi hati tu meronta2 nak merempit sana sini, menjenguk khabar dan menu2 kekawan. Jadi Mas buat Banana Chiffon Cake ni dulu, lepas balik dari kedai dan dah abiss memasak baru mengadap lappy. Meh layan Banana Chiffon Cake ni. Ni gara2 kesian tengok pisang yang dah masak ranum tergolek sebiji kat bakul tu. Cian dia..baik dijadikan Banana Chiffon Cake, ada gak faedahnya...wakakaka..kalau tak alamat masuk dalam ciktong la...meh layan resepi cipon kek yang Mas skondeng resepinya dari Izahdaut.

Banana Chiffon Cake
Resepi Asal : christinesrecipes
Sumber : Izahdaut.
Prepare a 8inch (20cm) round cake mould, removable base preferred
Ingredients of batter:
  • 80 gm cake flour
  • 3 egg yolks
  • 13 gm caster sugar
  • 35 gm vegetable oil
  • 45 gm milk
  • 1/8 tsp salt
  • 2 ripe bananas, about 240 gm
  • Ingredients of egg whites:
  • 4 egg whites
  • 40 gm caster sugar
  • 1/2 tsp cream of tartar

Method:
  1. Preheat oven to 165C (330F). Use a small food processor to process the bananas into paste. Set aside.
  2. Mix the egg yolks with 14 grams of sugar until smooth. Add oil, milk and mashed bananas. Combine very well. Sift in cake flour, incorporate all ingredients well until you get a smooth batter.
  3. Use an electric mixer to beat egg whites first for a while until bubbles form. Add cream of tartar. Add one third of the 40 grams of sugar at a time. Combine well between the adds, until stiff peaks form. (Please refer to this video, showing how to beat egg whites, that I uploaded on youtube.)
  4. Fold in the egg whites into the batter. Add one third of egg whites at a time in order to easily incorporate the egg whites (Also, here’s a video of showing how to fold-in the egg whites).
  5. Transfer the batter into the cake mould that shouldn’t be non-stick or greased. (The mould you use is very important to get the best result. It helps the cake avoid from shrinking too much after removing from the oven, once the temperature drops.) Pop in the preheated oven and bake for 55 to 60 minutes. Test it by an inserted needle coming out clean. Remove from oven and immediately revert the cake mould upside down on a wire rack. Let it cool completely. Carefully remove from the cake mould. Enjoy!




Saturday, March 26, 2011

Ayam Kicap Berempah Harum Versi Derhaka



Assalamualaikum. Bersiaran dengan rasa agak malas2 sikit..he..he...Mas buat lagi Ayam Kicap Berempah Harum ni tapi versi derhaka sikit, bila tengok balik gambar yang lama, aiittt..lain lak rupa ayam ni...wakakakaka..ayam yang ni tak berapa nak hitam...agaknya sebab Mas letak bbq black paper mushroom sause kot tapi rasanya lagi sedapp sebab ada rasa mushroom tu...Kak Dayang jangan marah yer sebab Mas derhakakan resepi ni. Kali ni Mas buat berkuah sikit, sedapp tau.

Ayam Kicap Berempah Harum ala mushroom
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat - Mas letak 1 sudu kecil
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional  - Mas tak letak
  • 2 sudu besar bbq black paper mushroom souse 
  • 1 sudu makan cili giling 
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya - tak letak
  • sedikit garam
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 




Friday, March 25, 2011

Daging Tumbuk Berempah



Assalamualaikum. Tak mau bebel banyak2, meh layan Daging Tumbuk Berempah yang sangat sedappp ni. Abang pun suka. Ni lunch semalam, ari ni masak cincai2 jer sebab sibuk sikit ngan urusan kat luar. Jap lagi lepas Jumaat , nak kluar lagi. Jadi BW mana yang tak sempat, Mas sambung kemudian yer.......

Daging Tumbuk Berempah
Resepi Asal : Kak Dayang
Bahan :
  • 400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam dan gula
  • 1 batang kulit kayu manis
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
  4. Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
  5. Hidangkan.


Thursday, March 24, 2011

Strawberi Cheese Tart



Meh sama2 tambah lemak yang dah sedia ada....wakakaka..akhirnya berani juga Mas buat Cheese Tart ni. Selalunya beli jer..berebut2 kalau makan, kali ni Mas buat sendiri, dapat dalam 22 biji...haaaa..ambik kau..makan sampai pengsan. Kiranya puas gak makan Strawberi Cheese Tart ni. Sangat sedapp...dah habis sebiji rasa nak ngap lagi..he..he..dapat juga Ain ngan Daniel bawa bekal. Abang pun puji sedappp, ni memang peberet kami.
Hasil dari skondeng dapur Hasue, Mas cuba resepi Strawberi Cheese Tart yang sedap ni, cuma Mas tukar blueberry jadi strawberi. Maceh sue..
cuma Mas tertanya2 nape kat atas tu macam nak tenggelam sikit strawberi  tu...
ada sapa2 yang tahu...
haaaa...Ijahhhh..kau bila lak...aku tunggu kemunculan chese tart kau ....

Strawberi Cheese Tart 
Resepi Asal : Kak Azita
Sumber : Kak Am Flora
Sumber : Hasue
Bahan Pastry :
  • 1 biji telur
  • 100g butter
  • 75g icing sugar
  • 200g tepung gandum
Cara membuatnya :
  1. Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
  2. Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tat dan cucuk2 kan sikit dengan garpu.
  3. Bakar selama 15minit - 160°C dengan api atas bawah
Krim Cheese :
  • 250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
  • 60g icing sugar
  • 1 biji telur
Cara Membuatnya :
  1. Pukul semua bahan sehingga halus dan rata
  2. Pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dengan krim cheese
  3. Lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
  4. (sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
  5. kemudian di bakar sekejap
Nota dari Sue :

  • Lupa lak nak bagitau, masa uli doh nih aku tambah lebih kurang 1 sudu besar tepung sebab doh agak lembik dan susah dibentuk..lepas tu aku guna acuan diameter 6cm menghasilkan 24-25 biji tarts. Semasa nak bentukkan kat acuan tu,aku bulat2kan doh sebesar 2 ibujari,dan diletakkan di tengah2 acuan,barulah ditekan2 sedikit ke tepi-tepi acuan..gunakan satu jari untuk menekan doh mengikut bentuk acuan supaya doh tak terlebih tebal..
  • Lebih kurang gitu laa cara aku buat..nak bagi tips banyak2 pun bukan pandai sangat..kot2 ada yang nak kongsi,sila2 laa yer.. :)