Search This Blog

Showing posts with label TAUHU. Show all posts
Showing posts with label TAUHU. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Tauhu Sos Cuka



Meh layan menu Tauhu Sos Cuka ari ni...sambil masak sambil ngap tauhu ni...habis gak 2 ketoi...he..he....bebudak memang tak layan tauhu ni....jadi Mas makan jer sorang2. Ari tu nampak Kak Hana  dah buat dan resepi asal dari Dapur Tanpa Sempadan.

Tauhu Sos Cuka
Resepi Asal :  Dapur Tanpa Sempadan.
Sumber : Kak Hana
Bahan-bahan
  • 4 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 4 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 -3 camca besar gula (ikut manis)*
  • Secubit garam*(*ditumbuk halus)
  • 4 camca besar cuka makan (mat guna jenama Jalen)

Cara :
  1. Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan lada hitam serbuk. Perap kejap. Goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan berkulit. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel. Ketepikan.
  2. Bahan tumbuk halus disatukan bersama cuka makan, kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa masam, manis pedas dan sedikit masin. Jika pekat tambah sedikit air. Hidangkan bersama tauhu tadi.

Monday, January 3, 2011

Kacang Panjang Goreng Taucu




Assalamualaikum. 
Nampak CMG buat hari tu, terus jadi teringin menerainya....
Jadi bila Mas ternampak panjang kacang kat kedai tadi, terus teringat resepi dari CMG nie , Mas pun beli tauhu sekali, dan akhirnya... merasa jugak Kacang Panjang Goreng Taucu ni, sedap tau. Hilang dah kempunan ngan resepi CMG. Pantang tengok kan masakan orang, mesti teringin, maceh untuk CMG sudi kongsi resepi sayur yang sedapp ni.

Kacang Panjang Goreng Taucu

Bahan  :
10 tangkai kacang panjang - kerat saiz 1+ inci, cuci dan toskan
1 keping tauhu - didadu, kalau lembut, goreng sikit
3/4 camca besar taucho
1/2 camca besar sos tiram
Secubit gula
1/4 cawan air

Bhn ditumbuk lumat  :
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1/4 inci belacan



Cara :
Panaskan sedikit minyak, masukkan minyak bijan. 
Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. 
Tuang air dan biar mendidih.
Masukkan kacang panjang dan tauhu, kecilkan api dan masak hingga kacang lembut. Masukkan secubit gula, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat atau bubur nasi...


Sunday, October 17, 2010

Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple



Selamat berhujung minggu semuaa, Ni la rupa Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple tu, lambat sikit n3. Jadi sayur ni dah abisss tau...  Memang mengena makan ngan Air Asam Menyengat dan Ikan Goreng ari tu. Nasi pulak panas2....wow...licin semuanya. Mas selalu gak masak sayur tauge macam ni, senang dan sedapp . Tu yang makcik suka, he..he.. 

Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple 

Bahan :
  • Taugeh - basuh dan toskan
  • tauhu telur - potong2 dan goreng garing
  • Bawang besar - hiris
  • Bawang putih - hiris
  • sedikit ikan bilis - basuh sikit , toskan
  • Serbuk lada sulah
  • Cili  ijau,merah - hiris panjang
  • sedikit sos tiram maggi
  • garam dan perasa jika suka.

Cara :
  • Basuh taugeh dan toskan. biar betul2 kering sebelum menumis.
  • Panaskan minyak. Tumis bawag besar, ikan bilis dan juga bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili hijau dan merah. Kacau.
  • Masukkan taugeh, tauhu telur yang telah digoreng, garam, sos tiram, perasa dan juga lada sulah. Masak sekejap sahaja bagi mengelakkan keluar air yang banyak walaupun tanpa masukkan air. Terus angkat dan tuang kedalam pinggan.
  • Boleh dihidang dan enak dimakan panas2.

Sunday, August 22, 2010

Bebola Tauhu Ayam



Mas buat petang semalam untuk berbuka puasa, teringin pulak bila nampak kat dapur Mamahawa, tapi Mamahawa tukar ayam dengan udang, banyak tau resepi tauhu kat dapur Mamahawa tu, kata Mamahawa resepi asal dari dapur CMG yang tengah panas dengan isu orang mencuri resepi tanpa izin tu...macam2 kan..., Bebola Tauhu Ayam ni memang sedap dicicah ngan sos cili...maceh yer Mamahawa dan CMG... 

Bebola Tauhu Ayam
Copy :  - Mamahawa 
           - CMG

Bahan :
  • 1/2 cawan isi ayam - kisar halus
  • 1 keping tauhu keras 
  • 1 biji bawang besar - dadu kasar dan goreng ngan sedikit mentega , biar sejuk
  • 4 camca serbuk roti - mas tak de jadi mas kisar roti biasa  ( 2 keping ) bersama daging ayam sekali
  • 1/2 inci halia - parut dan perah ambik jusnya
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 1 pokok daun bawang - hiris halus
  • 1 biji cili merah - buang biji dan cincang halus 
Cara membuatnya :
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus , masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak, biarkan sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak, ambil 1/2 camca besar adunan dan buat bulat2 dengan tangan, masukkan ke dalam minyak sederhana panas tadi, buat 8 ke 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili.....  



Sunday, August 15, 2010

Sup Tauhu Telur



Mas masak untuk Ain ngan Daniel ...makan ngan nasi panas dan ayam goreng dah cukup dah...sesuai untuk budak2 sebab tak pedas...Mas pun join juga , kalau nak makan macam tu jer pun boleh....kalau Mas makan mesti tabur cili padi sekali , baru pedas....ha..ha..

Sup Tauhu Telur
Bahan - bahan  :
  • 2 batang tauhu telur - potong 8 dan goreng garing, toskan
  • udang / ayam - mas letak udang
  • carrot / bunga kobis - mas letak carrot
  • stok ayam
  • sedikit serbuk lada putih
  • kiub ikan bilis secukup rasa
  • bancuhan tepung jagung
Cara membuatnya :
-  Satukan stok ayam ( air biasa pun boleh ) dan kiub ikan bilis, biarkan mendidih, kemudian masukkan carrot dan biarkan carrot 1/2 masak, kemudian masukkan tauhu telur yang telah digoreng , sedikit lada putih dan udang, kacau dan rasakan dulu, tak payah letak garam sebab stok ikan bilis dah masin, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan agak2 kepekatannya, kacau sebati dan boleh dihidangkan.