Search This Blog

Wednesday, March 2, 2011

Donut Labu



Oleh kerana ramai yang dah try Donut Labu ni dan terdapat macam2 kisah masa proses pembikinannya,boleh baca dirujukan yer, Mas pun teringin gak nak merasa Donut Labu ni. Jadi petang semalam start la projek mendonutkan labu ni setelah membaca semua respon dan panduan dari yang telah membuatnya. Mas juga letak telur macam Kak Yatie dan air hanya diletak 1 cawan jer. Adunan ni memang lembik dari donut yang biasa Mas buat, tapi Alhamdudilllah..hasilnya donut labu ni memang sangat lembut dan gebu. Abang pun puji donut ni sedappp...jiran2 pun puji tau donut ni lembut dan gebu. Alhamdudillah..tak sia2 Mas buat 1 adunan sebab memang berniat nak pulangkan pinggan jiran .Maceh untuk Kak Madihah tuan resepi Donut Labu ni.

Donut Labu
Resepi asal : Kak Madihah
Bahan :
  • 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus - Mas kukus
  • 1 ½ cawan air suam ( kalau letak telur tolong kurangkan sukatan air kpd 1 cawan )
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter) ita rasa klu letak telur kena letak butter supaya tak terlalu banyak cecair dlm adunan - Mas letak marjerin
  • 1 biji telur (saya tambah) - Mas pun letak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 620 gm tepong gandum
  • secubit garam
Bahan2 lain :
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Sebelum buat baca setiap arahan dgn betul ye! 
Adunan dapat banyak! kalau keluarga yg tak ramai ita rasa buat 1/2 adunan aje sudah mencukupi.

Cara2 Menyediakan Menggunakan bread maker (BM) :
  1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Mas lenyek halus jer labu yang dikukus tu. Tuangkan ke dalam BM.
  2. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air ( supaya tak membazir ) & tuangkan air tersebut ke dalam BM. Mas abaikan no 2 ni sebab labu tu Mas lenyek halus jer.
  3. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
  4. Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam). Untuk BM Cosway Mas setting no 7 Bread Dough.
Menguli dengan tangan / Cara manual :
  1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
  2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
  3. Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh :
  1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
  2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
  3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
  4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
Cara Kak Yatie :
  1. Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
  2. Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
  3. Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
  4. Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair. 


22 comments:

  1. aku ingat nak stop kejap wat donut, tp pg td ank2 aku mintak lg, tak jemu ke diaorang nih..hari2 mkn donut..ni kena buat donut kentang jela, labu lom tanam..hehe

    ReplyDelete
  2. ni dia donut kontroversi.. hehehehh.. mujur menjadi mas buat.. kalau tak naya.. hehehe.. tp mmglah adunan ni agak lembik sikit.. sebab tu akak tulis arahan tangan kena lumurkan dgn minyak masak supaya tak melekat2 kt tangan.. oklah tu dah pandai ejas.. bila letak telur.. pastikan guna butter/marjerin & air dikurangkan ke 1 cwn.. barulah tak jd cair.. hehe.. pengajaran buat semua... thanks mencuba & syukurlah menjadi.. akak pun nak buat lgi hujung mggu ni.. tak puas mkn ritu...

    ReplyDelete
  3. Anna,
    haaaaa..suruh bibik tu menguli....wakakaka...
    anak2 suka tak pe..buatkan jer....

    Kak Madiha,
    donut kontroversi yer kak..mujur ngan mas tak de kontroversi...muahahaha..
    tapi kan kak...berdebar2 gak semalam menunggu kesudahan donut labu ni...
    alhamdudillah...ok jer..he..he..
    kena puji lagi ada...wakakaka..

    ReplyDelete
  4. Kak mas,demam labu xabis lagi eks..Teringin gak nak wat resepi2 yg da labu nih,tapi kena tunggu jab dulu la,coz org kata labu nih angin n xelok utk yg baru bersalin,hehe..Nmpk gebu n lembut jer donut akak..

    ReplyDelete
  5. Zaliedana,
    kalau lepas pantang, tak yah la makan benda2 berangin ni..
    simpan dulu resepi ni...nanti2 boleh buat kan..he..he..

    ReplyDelete
  6. aduhh mas.. udah ler lapo ni.. menyusukan anak dah le sentiasa lapo dan mas menambahkan lagi kelaporan itu..
    camni nak buat ni..

    ReplyDelete
  7. Mas.....men donut lagi yer....alhamdulillah.....:) sedaaaaaaaaap tu....anak suke...suami sayang......mak pun konyang kan3!!!

    ReplyDelete
  8. salam Mas, waaaa donut labu pulak..akak baru jek habiskan labu senonet tu wat sayur dpt la semangkuk...adeeh malas tul nak beli labu lain..mintak donut Mas je laa..hehe, ada lg x?

    ReplyDelete
  9. Cikgu Isza,
    dah lunch ke belum tu cikgu..he..he...
    macam cikgu elok jngn makan lagi benda2 berangin ni...nanti baby kembung perut lak...he..he...

    Kak Ayu,
    akak...alhamdudillah dah selamat projek memdonut tu..he..he...
    wakakaka..sape terlebih kenyang tu....

    ReplyDelete
  10. aik mas..ko lak jadi tokey labu ke?aku kalo labu2 nih memang lebih cepat abis kalo masak tumis jek..paling tidak pun kalo wat kuih jadi bingka jek...tu laa spesis menu yg diminati kat umah ni..ngeee... ko uli guna BM ke mas?ngelat ah.. <-ayat jeles

    ReplyDelete
  11. Kak Ummi,
    dah abis la kak...akak pun try la buat...sedap tau donut ni...

    Sue,
    kau jeless sue..wakakaka..
    tukar lak labu tu jadi donut..sedapp tau donut ni..anak2 kau mesti suka...
    cian diasorang asyik kena sumbat ngan bingka jer..he..he..

    ReplyDelete
  12. Berdebar2 di buatnya bila n3 Mas pasal donut labu...betullah tu kata K.Madihah, donut kontroversi...nasib baik menjadi, tapi mmnglah Mas, walau lembik sikit tapi donut ni lembut dan sedap...akak mmng suka...

    ReplyDelete
  13. mas dah buat dah donut kontroversi ni.. hihi akak pun buat lagi tuk minum petang kali ni baikkk.... punyer... dia tak buat hal... akak pun buat 1/2 adunan.. tapi akak tak buat donut akak buat pau goreng....
    GORENG PON SODAP!!...

    ReplyDelete
  14. Kak Yatie,
    wakakaka..mas pun berdebar2 masa buat donut ni...nasib baik ok jer..tak de kontroversi...
    he..he...sedapkan kak donut ni...cuma lembik sikit masa nak membentuk tu jer....

    Kak Ita,
    haaaa..ni orang yang buat kontroversi tu...wakakaka....
    nasib baik donat akak pun sedapp kan kak..he..he...
    aiittt..akak tukar donat jadi pau ke....nanti n3kan tau....nak tengok juga rupanya..he..he..

    ReplyDelete
  15. waaaaahhhh ada donut labu lak..mesti sedap ye mas?? nk gak try wat tp maleh nk pi cari labu..bak 2 ketui mas! hehe..

    ReplyDelete
  16. mas, wah business labu nampak nya semakin rancak ya..mana2 labu akak tengok..hehe..yang akak pulak pergi buat lauk..haha

    ReplyDelete
  17. dah terlambat ke mas?dah habis ek?
    sibuk lah hari ni mas..sampai dapur akak tak berasap pun hari ni...lauk pun main tunjuk2 je..tak siyok la main tunjuk2 ni kan..goreng telur pun sodap kan..kan?..
    aiikkk..donut labu dah sampai dapur mas ya..akak belum try lagi..sedap ya mas?..eh!nak cuba gaklah nnt.

    ReplyDelete
  18. Kesini sudah donut labu..kalau lah ianya sangat kompleks..akak pun naik seram nak buat...mintak jer la dari Mas...

    ReplyDelete
  19. Alamak Mas... Labu lagi hehehe
    Virus labu nih mmg kuat kan3x...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..
    Kami datang ni. Nak donut buat super. (Citer labu tak habis lagi yea. Ingatkan bila dah cuti lama kisah si labu akan habis). Hehehe bila le nak tanam labu ni.

    ReplyDelete
  21. comeynye donut labu tu..musti lemak2 rasenya kn..bilela nk wat ni..hihi

    ReplyDelete
  22. sedapnya tgk donut labu mas ni...hmm..bila nk merajinkan diri tak taula..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.