Search This Blog

Showing posts with label Jalan2 cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 cari makan. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Cendol pulut durian yang terbaik di Shah Alam





Assalamualaikum.
Dah lama tengok cendol durian ni viral di fb ... akhirnya, Mas dapat juga merasa... Alhamdulillah ... sedap sangat, rasanya yang secukup rasa membuatkan tiap suapan akan berterusan hingga ke titisan cendol yang terakhir ...pulutnya pun sedap ..lembut jerk .. Harga untuk semangkuk Rm13, klu tak nak pulut, Rm12 , untuk mangkuk besar yerk, memang puas makan, duriannya pun banyak. 
sebelum ni pernah beli cendol & kemudian letak durian sendiri disebabkan malas nak beratur panjang untuk mendapatkan cendol ni ...rasanya tak sama tau macam yang Mas makan ni .. hari pertama pergi, hari Ahad, memang Mas beratur dekat sejam baru dapat, jadi kali keduanya , Mas datang pada hari biasa, malam ... sekejap jerk dah dapat .. jadinya klu nak makan lagi, datanglah pada hari2 biasa yerk ..
mesti ada yang tertanya2 tempatnya dimana ..
Anda boleh dapatkannya di Medan Selera Delima Sek 24, ada pelbagai makanan2 lain yang boleh dinikmati ...jadi jika teringin mencuba, pergi la kesana yerk ..
Mas recommend (y) 








Wednesday, February 10, 2016

Makan2 di Bason Sek 9


Assalamualaikum.
Dah lama plan nk try makan di Bason cafe sek 9 ni ... tempatnya nampak menarik dari luar & nampak orang sentiasa ramai kt situ, jadi Mas sekeluarga pun mencuba juadah yang ada disitu .
Alhamdulillah, semuanya ok dan memuaskan, servisnya pun cepat walaupun ramai orang pada masa tu....  jom layan menunya ...
untuk info, juadah yang Mas share ni utk kunjungan kali pertama minggu lepas dan kali kedua tadi .. jom tengok ..





nasi goreng hawai ..nasinya rasa ala2 nasi beriani, sarat dengan macam2 bahan ... 



mee goreng raja, ada chicken chop lagi .. mee bukan mee kuning, tapi wantan mee .. tak  pedas, untuk budak2 yg tak suka pedas, memang sesuai



nasi kukus ayam goreng berempah... sedap , sambal belacannya pun best



nasi kukus siakap goreng ... sedap ... puas makan sebab ikannya besar ..



nasi goreng tomyam, sedap pedas ..  






boleh klik fb Bason DISINI . 


Saturday, January 9, 2016

Antara Western Food terbaik di Shah Alam - King Western Food Subang Perdana




Assalamualaikum.
Mas nak share dengan korang semua tempat yang makanan western antara yang terbaik pada Mas sekeluarga.
Iaitu di King Western Food di gerai MBSA Subang Perdana. 
  Tertarik nak mencubanya bila lihat gerai western ini menjadi viral di facebook, tengok hidangannya yang selonggok penuh pinggan & harganya pun murah, Mas sekeluarga pun mencuba ..
Kami pergi petang dalam pukul 6 lebih, nampak customer dah mula ramai ..
First time datang, tak de menunggu lama untuk menikmati hidangan yang di order .
Alhamdulillah ... sedap .. semuanya cukup pada tekak Mas sekeluarga.
coslownya pun perfect , cukup rasa, begitu juga dengan potato saladnya .
Sos black paper pun terbaik, boleh minta tambah jika nak lagi.
Jom tengok antara menu2nya ..
Gambar atas adalah kunjungan kami sekeluarga yang entah keberapa kali...
Diharap owner King Western Food Subang Perdana terus kekalkan kualiti makanannya ... setakat Mas datang ni ..Alhamdulilah .. masih menteng ..
Tahniah pada owner & staf2nya.




Chicken Grill



Lamb Chop 



Chicken Chop 




Untuk lihat maps, boleh rujuk di 


Boleh cont : 
0176685068 , 0173912504 , 0149858603





Pada peminat Western Food , Boleh mencuba di King Western Food Subang Perdana . Insya Allah sedap ..




Saturday, April 18, 2015

Makan2 di Jemari Thai Restoran Sek 7 Shah Alam


Assalamualaikum.
Jalan - jalan cari makan untuk kali ini...
Mas sekeluarga ke Jemari Thai Restoran Sek 7 Shah Alam , 
dengar khabar, tomyam disana paling best selain kerabu kangkung yang dikatakan sedap.
Jadi untuk jalan - jalan cari makan minggu ini, Mas sekeluarga mencuba di Jemari Thai Restoran Sek 7 Shah Alam .
Alhamdulillah, memang terbaik Tomyamnya, pekat, cukup masam, pedas.. kira perfect la tomyamnya ...
Begitu juga dengan kerabu kangkungnya, satu kelainan bila kangkungnya digoreng rangup ... sangat sedap ... 1 pinggan agak byk untuk Mas & suami habiskan, jadi bakinya ditapau ... jadi kalau datang ke Jemari, harus dicuba kedua2 menu ini ..
selain nasi gorengnya yang ok pada tekak Mas .
Insya Allah , akan datang lagi ..
Untuk Alamatnya seperti dibawah :

Restoren Jemari,
18, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, 40000 Selangor
03-5523 5413

Lokasi kedai belakang bangunan Jakel, sederet dengan Fareeda Nyata Jelita .