Search This Blog

Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Ketupat Palas dan video cara membalutnya...




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya diucapkan buat semua ....
Curi masa sikit mengupdate blog...hmm..bunyi macam sibuk jerk kan...tidak la buzy mana pun..cuma masa ngadap laptop agak terbatas sikit....apa lagi Adam dah pandai nak main..rasa seronok sangat melayan kerenahnya....ngan suasana raya yang masih panas lagi ni...ada juga aktiviti berhari raya...esok lusa, InsyaAllah, nak balik rumah MIL pulak beraya...
Meh layan dulu Ketupat Palas dan cara membuatnya....balik Kedah baru2 ni..ambik resepi dari mak Mas, boleh dikongsi di sini ...Mas sertakan juga video cara2 membalut daun palas...ayah dan mak Mas siap buat berniaga ketupat palas tiap2 tahun tau...cuma tahun ni jerk tak buat atas faktor mak yang tak berapa sihat...jadi sudi2 la mencuba, buat yang mencari2 resepi Ketupat Palas....

Ketupat Palas
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo beras pulut
santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
daun palas




Cara :
Basuh bersih pulut dan toskan. Kalau nak rendam kejap pun boleh.
Sukat santan dari sebiji kelapa sama banyak dengan pulut. 
Tips : Mak Mas campur air kelapa masa perah kelapa parut tu.
Didihkan santan dalam periuk dengan api perlahan dan masukan garam secukupnya dan baru masukkan pulut. Pastikan periuk tu besar supaya senang mengacau pulut tu.
Sentiasa kacau hingga pulut kering dan boleh angkat. Pulut tu akan jadi 1/2 masak.
Boleh terus balut pulut dengan daun palas. 
Masa membalut, jangan masukkan pulut tu banyak sangat @ padat untuk elakkan ketupat pecah masa merebus, kan pulut tu 1/2 masak, pulut akan kembang lagi masa merebus.
Dah siap balut, gunting lebihan tangkai ketupat tu.
Letakkan daun2 palas dan daun pandan dalam periuk dan baru susun ketupat atasnya.
Tuang air panas suku dari sukatan ketupat2 dalam periuk tadi, tutup tudung periuk dan boleh terus rebus atas api sederhana hingga air kering. 
Boleh angkat dan dihidangkan dengan rendang atau kari.

Nota :
Tempoh memasak Ketupat Palas diukur mengikut air yang digunakan untuk merebus Ketupat Palas tu, bukan diukur dengan kiraan jam.
Ketupat yang belum direbus boleh difrozenkan, nak makan, baru rebus.

Untuk daun palas :
 Pisahkan daun2 palas, anda perlu mengirai-ngirai daun palas terlebih dulu dan lepas tu pisahkan dan tarik daun2 palas tu. Boleh pilih daun yang cantik jerk untuk dijadikan  ketupat.
Kemudian gunting sikit bahagian hujung daun palas tu supaya nampak rata dan cantik, buka lipatan daun palas untuk melembutkan dan raut lurus dengan menggunakan tangan supaya habuk2 kat daun tu dikeluarkan. Gulung2 dulu daun palas tu baru lipat menjadi ketupat, cara begini untuk memudahkan kerja2 membalut Ketupat Palas. 



Mas sertakan video cara2 membalut Ketupat Palas...sila abaikan suara2 tu yerk..he3..tq pada ayah tersayang yang menjadi modelnya...


Tuesday, August 9, 2011

Kuih Lopes



Assalamualaikum. Entry tertunggak lagi...meh layan Kuih Lopes yang Mas buat untuk berbuka ahad lepas.....dah banyak kali Mas buat kuih lopes resepi tulip ni...pulut tu elok2 jerk lembutnya pada Mas...kadang2 kalau lopes yang dijual...pulutnya tak lembut dan air gulanya pulak cair, jadi baik buat sendiri.....lebih berbaloi kan.....membuatnya pun pada Mas tak terlalu susah...sambil2 tengok tv pun boleh buat lopes ni......untuk family kecil macam Mas, buat 1/2 adunan pun dah puas makan.....boleh sambung makan masa sahur....jadi meh layan resepinya pulak, mana tahu ada yang nak mencubanya....

Kuih Lopes 
Resepi : Tulipmyresepi
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan - dikisar
  • 1 st air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.

Cara membuatnya :
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Nota : 
  • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk 
  • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...




Wednesday, March 16, 2011

Tapai Pulut



Assalamualaikum. 
N3 pertama dari kampung, meh layan Tapai Pulut . Tapi Tapai pulut ni bukan Mas yang buat, MIL order dari orang kampung, untuk kenduri sepupu hubby. Sajer merasa sikit. he..he...Sedapp tau..lama dah Mas tak makan tapai pulut. Hilang gak kempunan ni...untuk resepi Tapai Pulut ni Mas letakkan disini untuk rujukan Mas dan untuk sesiapa yang teringin nak membuatnya. InsyaAllah, nanti  sampai seru mentapai, Mas try buat. Untuk resepi Tapai Pulut ni, Mas ambik dari Myresepi. Tengok respon, ramai yang dah mencubanya. 



Tapai Pulut

Bahan :
1 kg beras pulut
1/2 biji ragi - ditumbuk halus
daun pisang @ daun getah @ daun keladi - kalau tak ada bekas plastik pun boleh





Cara membuatnya :
Tanak pulut. Untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan,
apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
Tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi.
 Kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
Setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang dan peram selama 2 hari. 



Tuesday, December 21, 2010

Kuih Lopes



Ari ni buat kerja memulut lagi, gara2 terjumpa resepi Kuih Lopes kat Myresepi, terus jadi teringin, bahan2 pun semuanya ada, jadi Mas pun start memulut. Ni first time Mas buat Kuih Lopes, selalu beli jer.....saspen gak macam mana kejadian Lopes ni nanti. Alhamdudillah....menjadi gak Lopes ni...sedapppp tau...rupanya tak la susah sangat buat Lopes ni. Boleh buat lagi nanti sebab ramai peminat Lopes kat rumah ni. Maceh untuk Tulip77@myresipi.com sebab sudi kongsi resepi Lopes yang sedapp ni.
                       
Kuih Lopes
Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan - dikisar
  • 1 st air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.


Cara membuatnya :
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Nota : 
  • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk 
  • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...


Sunday, December 12, 2010

Kueh Serimuka



Mas buat Kueh Serimuka ni kat kampung ari tu untuk minum petang.  Alhamdudillah,elok jer kuih ni menjadi. Jadi kuih ni dah abis yer, resepi Mas ambik dari Kak Hana dan kata Kak Hana resepi kuih ni dari Kak Hanieliza. Maceh untuk akak berdua. Memang sedap kuih serimuka ni, lemak2 gitu.....banyak gak Mas makan..he..he...meh layan resepinya lak....
     
                      
Kueh Serimuka
Sumber : Kak Hana dan Kak Hanieliza

Bahan-bahan :
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara :
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Bahan-bahan :
Lapisan Atas :
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Thursday, November 11, 2010

Pulut Inti



Teringin lak nak makan pulut inti, jadi Mas buat petang semalam. Disebabkan tak de stok daun pisang, jadi Mas masukkan dalam acuan jer untuk bentukkan  pulut tu, senang sikit nak makan dan nampak cantik kan. Rasanya untuk dihidangkan untuk tetamu pun cantik jika dibentuk2 macam ni, senang tetamu nak makan sebab dah diletakkan inti kelapa diatasnya.

Pulut Inti

Bahan-bahan :
Bahan Pulut
  • 2 cawan beras pulut - rendam semalaman ataupun kurang dari 3 jam
  • 1 1/2 cawan santan 
  • garam
  • daun pandan simpul
Bahan Inti
  • 1 cawan kelapa parut - parut yang putih sahaja
  • 10 sudu besar gula melaka @ gula merah + gula putih - manis ikut suka
  • sedikit garam
  • daun pandan simpul

Cara-cara :
  • Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang @ mangkuk tahan panas. Kukus pulut dan daun pandan hingga pulut 1/2 masak dan angkat. Kemudian masukkan santan dan garam.  Gaul sebati dan kukus lagi hingga pulut masak. Jika pulut masih mentah boleh tambah suku cawan santan lagi dan terus mengukus hingga masak.
  • Dalam kuali lain, satukan semua bahan inti kelapa. Masak hingga kering dan semua sebati. Alihkan dari api.
  • Pulut dan inti kelapa boleh dibungkus dengan daun pisang atau dimasukkan dalam acuan seperti Mas buat dan letakkan inti kelapa atasnya. Mas guna acuan putri ayu untuk dapat bentuk berlubang tu.

Friday, October 22, 2010

Ayam Rendang Ungkep N Pulut Kuning.



Tengok Kak Yatie masak Ayam Rendang Ungkep ni Mas jadi teringin lak. Terliur pulak bila Kak Yatie kata sedap juga dimakan dengan pulut. Jadi Mas pun buat pulut kuning untuk dimakan dengan Ayam Rendang Ungkep ni. Wahhhh....memanggg sedapppp.... Rasanya lepas ni nak buat lagi rendang ni, nak makan puas2. Disebabkan nak rasa dulu rendang ni Mas masak tak banyak. Sedapp la pulak, menyesal masak sikit. Maceh juga untuk Kak Hana, tuan punya resepi rendang ni. 

                             
Ayam Rendang Ungkep
Sumber : Kak Yatie,  Kak Hana

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong kecil
  • *1/2 biji bawang besar - hiris
  • *2 ulas bawang putih - hiris
  • *1 batang serai - hiris
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup
  • * 4-5 biji cili padi
  • 1 sudu makan rempah beriani@kurma
  • 1-2 sudu makan kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk jintan kasar, jintan manis dan ketumbar.
  • 2 cawan santan pekat + air
  • beberapa helai daun kunyit - hiris halus
  • gula dan garam
  • sedikit minyak
Cara-cara :
  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan bahan blend, santan+air, rempah beriani, minyak, semua serbuk jintan dan ketumbar, asam keping dan juga ayam ke dalam kuali. Kacau sebati. Tutup kuali dan masak hingga ayam empuk. sesekali balik2kan supaya bhgn bwh tak hangit. Jika santan kering sblm ayam masak, tambahkan sedikit air lagi.
  3. Masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga agak kering dan pecah minyak seperti rendang biasa. Matikan api.
  4. Hidangkan dengan nasi hangat atau pulut atau sebagainya.

Pulut Kuning
Sumber : Kak Yatie

Bahan :
  • 4 cawan beras pulut
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
  • 1 helai daun pandan, disimpul
Cara :

  1. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam. Mas nak cepat rendam sejam jer, tetap ok pulut kuning ni.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.