Search This Blog

Thursday, August 1, 2013

Biskut Semperit Susu - sedapppp... melting dlm mulut..





Assalamualaikum.
Samperit Susu...berbeza tau ngan samperit biasa tu sebab samperit ni hanya menggunakan tepung jagung, susu pekat manis dan butter....
Sangat sedappp...melting dalam mulut ....tak yah kunyah2...asyikkk... TQ pada Anna Qawina yang berjaya buat Mas terbayang2 keenakkan Samperit Susu ni..bila dah rasa...memang puas hati...bertambah2 lagi koleksi biskut raya ....


Resepi Biskut Semperit Susu

Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack
Semperit Susu by Anna Qawina

Bahan:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan


Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.






62 comments:

  1. Assalam mas, hari tu masa anna tayang akk dh salin resipi, rasa mcm tak sempatdh nak buat semperit ni, memnagterliur dan teringin nak buat, mcm masa suntuk je ni, Mesti sedap ni rasa kesusuan tu.

    Cornflakes madu tu akk dah buat pagi tadi, tak transfer gambar je lagi,

    ReplyDelete
  2. Mas ... dah terbayang2 ni .. huhu ... kalau dapat mkn lg best. Xtau la ada kerajinan lagi x nak buat minggu ni.

    ReplyDelete
  3. betul...biskut ni mmg sedap dgn bahan yg sikit jek. mlm td sy ulang adunan kali ke 2.

    ReplyDelete
  4. Salam.....ni kuih dulu2 punya zaman kecik2 mak saya selalu buat biskut ni...memang sedap
    tapi sekarang susah nak jumpa bila beraya kat rumah orang

    ReplyDelete
  5. kempunan nk wt kuih semprit nie,thn nie hanya tgk org buat jerlah.....inshaallah thn depan dh leh buat...

    ReplyDelete
  6. Ohohohoo...memang ini yang dicari cari....nanti mahu cuba la uat samperit susu....

    ReplyDelete
  7. Huhuhuhu biskut paling best setiap kali raya..

    ReplyDelete
  8. Salam Mas..nampak sedap semperit susu yang Mas tayangkan nie...
    Rasa nak buat le...tapi sempat lagi ke...???
    Mama memang peminat semperit...
    Minggu sudah mama dah buat semperit susu a.k.a dahlia susu yang ditayang oleh Rahel..
    Mama juga dah buat biskut Telur Rebus...terpikat pada komen Mas...
    Tapi memang sedap pun... biskut Telur Rebus tu.
    Selamat berbuka puasa Mas....

    ReplyDelete
  9. terima kasih,,,resepi nya,,, ^_^

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas resepi, nampak cantik n sedap.
    Nak kena cuba buat juga..

    ReplyDelete
  11. salam...nk tnya.... saya dh try buat kuih ni tp napa tak gebu erk... dia jd rangup...

    ReplyDelete
  12. Hi saya dah try biskut and inilah satu biskut yang paling mudah, murah dan SEDAPPPP. just melts in the mouth.. baunya juga harum... tapi butter dan susu pekat harus disimpan dalam peti sejuk sebelum diadun.. tak payah cairkan atau lembut.. masa asun dengan tepung tu ia akan lembut.. tanks for the wonderful recipe..

    ReplyDelete
  13. salam. mmg kene gne tpg jagung brand tu je ke? susah nak cari yg brand brown and polson tu.

    ReplyDelete
  14. Dah try..tp biskut nampak kering..rasa sudah ok. Adakah sbb saya guna buttercup..mcm ne bg gebu

    ReplyDelete
  15. kak mas...ya allah terliur tgk resepi ni...nak cuba lah bila ada masa nanti..
    http://ailzab.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Memang mudah n sgt sedap. 1st trial licin. Ni dh wat 2nd round plak. Tima kasih Kongsi resipi

    ReplyDelete
  17. Slm kak..nktyer...apa beza dgn resipi lain yg tmbh tpg biasa n tpung ubi yer..sy br bljr amik order biskut ni...rapuh tak bila nk ltak dlm balang tu?? Bdebar plak..plss kak..jwb soalan sy...hihii..tqqq...

    ReplyDelete
  18. dah buat tp keras,wpon sebijik2 ikutt resepi

    ReplyDelete
  19. cantikkk..nk try buat la.tq sharing=)

    ReplyDelete
  20. rase ok tapi tak gebu..


    ReplyDelete
  21. susahnyer nk dpt tepung jagung cap kupu2 tuh...any info?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sis. .nk mntak respi ni .. nk buat mkn2 je. sdp nmpk.. trima kasih. ...

    ReplyDelete
  23. AS salam Tq utk resepi, dh try mmg sdp ank sy suka,
    mintak halal ea

    ReplyDelete
  24. asalam kak..maaf tye...sy dh try guna resipi ni... sy pukul susu ngn majerin x smpai bape minit pun ...tapi biskut still kembang...lahai...ade yg bleh tlg jwb x knp

    ReplyDelete
  25. asalam kak..maaf tye...sy dh try guna resipi ni... sy pukul susu ngn majerin x smpai bape minit pun ...tapi biskut still kembang...lahai...ade yg bleh tlg jwb x knp

    ReplyDelete
  26. Sy dh tgk n rujuk byk resepi semperit... bhn2 lebih kurang sama je.. begitu juga sukatannya.. tp tetap jd kmbang n bkn samperit lg bl bakar tp tapak sulaiman..modal usah kira la.. beli mcm2.. sy rs ade teknik bakar yg tidak dinyatakan oleh kebanyakan pemberi resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk xbagi kembang..masa gaul bahan2 tu pastikan butter beku2 skit.. jgn di pukul.. gaul trs ngan tepung ngan susu..

      Delete
  27. npk sedap......... kna try nieh. lama dh tringin

    ReplyDelete
  28. Sy tgk dlm rancangan ana olsen..utk biskut, kalo xnk bg kembang masa bakar, letak dlu biskut tersebut dlm peti ais bahagian bawah 5mnt lepas tu baru bakar dlm oven..sy dh wat utk biskut coklatcip..mmg menjadi..wallahua'lam

    ReplyDelete
  29. Sedapppp..melt dlm mulut..uish..mantap

    ReplyDelete
  30. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  31. Hrp2 smpt lgi nk buat esk..luse dh raye..huhu

    ReplyDelete
  32. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.