Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, May 27, 2010

Air Teh Dangdut




Assalamualaikum. 
Meh kita minum Air Teh Dangdut tengahari ni, Mas dapat resepi dari Siti Mariam masa meronda - ronda kat Myresepi. Sebenarnya dah lama nak buat, cuma baru hari ni tergerak hati nak minum, sedap tau, tapi tak elok minum selalu..he..he..tengok respon kat Myresepi, ramai gak yang dah menerainya...memang terbaik Teh Dangdut tu....sedappp...

Air Teh Dangdut
Resepi Asal : sitimariam@myresepi.com
Sumber : MasDuniaku


Bahan - 1 gelas  :
2 uncang teh
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu segar - option 
air panas ikut gelas - Mas tak guna, tukar ngan susu segar

Cara membuatnya:
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan air panas, campur dengan susu pekat dan susu segar (susu segar panaskan ), tarik sampai berbuih - buih.


Cara Mas : 
Rebus teh dengan setengah cawan air. 
Pastikan teh tu pekat ( rebus 1/2 cawan air + 2 uncang teh dan rebus hingga air teh tinggal 1/3 cawan )
1 cawan susu segar panas, campur dengan susu pekat  dan  tarik sampai berbuih - buih.
Masukkan susu yang ditarik ke dalam gelas sekali dengan buih2 tu.
Tips : 
Untuk dapatkan buih yang banyak..pastikan bahan no 2 tu panas secukupnya....baru buih2 tu terhasil dengan banyak....kalau suam..tak banyak buih yang terhasil...
Akhir sekali baru masukkan teh yang pekat tadi kedalam susu yang ditarik tadi perlahan - lahan .
Sukatan air dan susu ikut citarasa sendiri nak manis atau tidak, sukatan air pun sama, ikut saiz gelas, lebih senang sukat dulu air mengikut gelas yang digunakan.



4 comments:

  1. waaaaaaaaaaah..shanteeknyee.. ni kaw kaw punyerr. cam tringin lak nk buat...bleh try aa

    ReplyDelete
  2. memang kaw teh dangdut ni,melekat rasa kat tekak, puas minum..he..he..cuba jangan tak cuba izah

    ReplyDelete
  3. kak mas, camner nak agak manisnya kalau kita tak kacau? tapi kalau kacau tak dapat pulak layer camtu..

    ReplyDelete
  4. kak mas agak je sebab saiz gelas tak sama kan, selalunya 3 sudu besar tu dah kira manis dah kalau guna mug saiz biasa..layer tu untuk cantik je, bila nak minum kan kena kacau, boleh tambah susu lagi kalau rasa kurang manis...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...