Search This Blog

Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Puding Kasih Bertaut.




Assalamualaikum.
Puding Kasih Bertaut ni Mas buat minggu lepas untuk seorang kawan sempena anaknya bertunang....Alhamdulillah...menjadi seperti yang Mas inginkan...dah lama nak buat puding ni...cuma tak terbuat2 jerk lagi...Alhamdulillah...buat juga akhirnya...TQ Kak Naz resepinya...Mas kongsikan disini pulak yerk..



Puding Kasih Bertaut.
Resepi : Kak Naz


Bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.




Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.

Nota :

Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
SELAMAT MENCUBA!




Selit2 Order yg lalu......TQVM pd semua...




Pavlova



Moist Choc Cake With Cream Cheese N Choc Ganache



Red Velvet In Jar



Moist Choc Cake With Deko Ben 10



Red Velvet Cupcake



Red Velvet Cake



Cream Puff




Red Velvet Cupcake



Rainbow Cake



Rainbow Cake




Friday, July 27, 2012

Puding Roti Sos Kastard





Assalamualaikum.
Walaupun dah banyak kali Mas buat Puding Roti Sos Kastard nie, tak de salahkan nak ulang tayang lagi....puding yang sentiasa mendapat sambutan kat rumah, ada juga yang order ngan Mas puding nie dan Alhamdulillah, adik tu sampai mesej ucap terima kasih dan puji sedapppp......syukur rasanya kan bila masakan kita orang suka.
Untuk Puding Roti Sos Kastard kali ni, sajerk Mas try masukkan dalam cup, hadiah dari seorang akak blogger....rasa puding ni tetap sedap dan nampak cantik bila dalam cup tu...tak payah nak potong2...
Dah dapat satu idea, lain kali kalau nak jamu tetamu dengan Puding Roti Sos Kastard, boleh buat gini...tinggal tuangkan sos kastard jerk...tak payah potong2 ....senangkan....jadi kalau ada lebihan roti tu, buat la Puding Roti Sos Kastard nie....memang terbaikkkk


Puding Roti Sos Kastard
Sumber : Kak Hana, Izahdaut

Bahan :
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter - cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis




Cara :
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.




Untuk Sos Kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard - hana ltk 11/2 sb je..
2 sudu besar gula

Cara membuat kuah @ sos Kastard :
 Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.




Friday, April 27, 2012

Puding Kek



Assalamualaikum.
Masa Izahdaut tayang Puding Kek hari tu, terus jadi teringin nak memuding, tapi Mas buat 4 hari lepas tu...kes serbuk agar2 habisss...he3...jadi bila semua bahan dah ada, Mas pun mencuba Puding Kek nie....hmmmm....rasanya nmemang sedappp...suka pulak Daniel ngan Ain makan...satu gabungan yang serasi...terima kasih pada Kak Dayang Jack atas resepinya...Puding Kek Mas nie agak comot bila dipotong.....agaknya tak sejuk betul2 kot....hmmm....orang kalau dah tak sabar2 merasa, gini la...layan jerk...janji puding tu sedappp....

Puding Kek
Resepi : Kak Dayang Jack
Sumber :  Izahdaut

Bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair
1 sk esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)


Cara membuatnya :
Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
Sejukkan sebelum hidang.


***adunan agar2 ini juga sesuai utk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.




Wednesday, October 5, 2011

Puding Pelangi




Assalamualaikum. 
Hasil selongkar dapur Izahdaut subuh2 tadi, terpikat pulak dengan resepi Puding Pelangi ni....tengok bahan2 pun simple jerk dan memang dah ada kat dapo, jadi lepas hantar Ain ngan Daniel gi sekolah, Mas pun terus buat projek memuding...kejapp jerk dah siap...he3...hmm...simple dan sedapp puding ni....oleh kerana Izahdaut kata puding ni agak manis walaupun dia dah kurangkan gula tu, Mas pun terjah dapo Kak Nor dan ikut sukatan gula macam yang Kak Nor buat, Alhamdulillah, sedang2 elok jerk manisnya....memang best makan dikala puding ni dingin..asyikkkkk...tima kasih pada tuan resepi Alma Myresepi, tengok respon kat myresepi....ramai bebenar yang dah menerainya...memang best puding pelangi ni...sedappppp bangat....


Puding Pelangi
Sumber : Izahdaut dan Kak Nor

Bahan :
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir ( kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok ) Mas ikut Kak Nor letak 100gm je, memang sedang2 elok jerk manisnya 
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan tepung custard
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya ( kalau nak warna2 lain pun boleh )

Nota :
Untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. 
So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..


Cara membuatnya :
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk ( sama byk ). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang @ ape2 bekas puding sedikit ( yang Alma gunakan bekas square 7x7in ). 
Biar satu hujung tu tinggi ( lapik @ alaskan dngn ape2 untuk tinggikan ).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang @ bekas ( dihujung yg paling rendah tu ler )
Kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan last skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
Bila dah siap, letakkan semula loyang @ bekas ke kedudukan asalnya. 
Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....



Tuesday, September 20, 2011

Puding Roti Sos Kastard



Assalamualaikum. 
Meh layan pulak Puding Roti Sos Kastard yang sangat sedapp ni...bak kata Izahdaut, makan puding roti tu masih suam2 panas bersama kuah kastard yang sejuk sejuk. Alahaiii memang sedapp la sangat. Memang sama citarasa kita ijahh...tak terasa bersudu2 masuk dalam mulut kan...dessert yang sangat sedap dinikmati sambil santai2 nengok tv....maceh pada cikgi yang dah lama mengtenggelamkan diri tu...Kak Hana, miss u kak...muahhhh...untuk puding roti yang sedapp ni, Mas tak letak kismis sebab dah abiss stock dan sos kastard tu Mas pekatkan sikit untuk rasa sos yang melekat kat puding roti tu....memang mabelesss...


Puding Roti Sos Kastard
Sumber : Izahdaut dan Kak Hana

Bahan :
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis

Cara :
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.





Untuk Sos Kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard - hana ltk 11/2 sb je..
2 sudu besar gula

Cara membuat kuah @ sos Kastard :
 Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.



Tuesday, September 6, 2011

Rich Choc Puding



Assalamualaikum.
Semalam masa selongkar dapur Izahdaut mencari resepi2 dessert, terjumpa resepi Rich Choc Puding ni....nampak sangat sedapp la..kebetulan bahan2 pun dah ada, jadi Mas pun try memuding lak semalam....hmmm...sedapppp sangat Rich Choc Puding ni....terasa kecoklatannya....rasa manisnya pun sedang2 jerk...cuma puding Mas ni tak selicin puding Izahdaut tu...nape yerk...tertanya2 gak..ada yang tahu sebabnya...nanti cakap kat Mas yerk.....he3...resepi asal Rich Choc Puding adalah dari Kak Jun dari Myresepi...tengok respon puding ni kat Myresepi memang hebat....ramai yang dah mencubanya....kalau ada yang mencari2 dessert untuk open house...boleh try puding ni....terbaik...

Rich Choc Puding
Resepi : Kak Jun@myresepi
Sumber : Izahdaut

Bahan (1 loyang sederhana besar) :
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yang disukai.
  4. ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


Friday, August 5, 2011

Puding Tauhu Lagi....terbaikkkk




Assalamualaikum. 
Hmmm...buat lagi Puding Tauhu yang sedappp ni....patut la Kak Nor berulang kali buat puding tauhu ni.....memang sangat sedapppp...juga sesuai sangat dibuat juadah berbuka puasa...pasti nyaman rasanya tekak bila dapat makan puding tauhu ni....segarrrr dan sedappppp tau.....adik ipar pun cadangkan nak buat lagi masa raya nanti...hmm.....Mas pun sekarang kalau nampak jerk laici....teringat puding tauhu ......memang terbaik puding tauhu ni...untuk yang belum menerainya...Mas cadangkan untuk mencuba puding tauhu yang sangat sedapp ni......pasti tak mengecewakan....betoiii kan Izahdaut dan Kak Ita.....rasanya ramai yang dah mencuba puding tauhu ni....maceh pada Kak Nor atas perkongsian puding tauhu yang sangat sedappp ni......


Puding Tauhu
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
1/2 paket agar2 strip ( direndam ,pastu toskan ) ~ lebih kurang 18gm
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuat Puding Tauhu :
Masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.





Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan ( boleh juga guna fruit koktel )
2 tin air ( gunakan tin laici sbg sukatan )
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya )
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia


Cara Membuatnya :
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. 
Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. 
Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. 
Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..


Monday, July 25, 2011

Cheese Bread Puding




Assalamualaikum. 
Pagi tadi terjumpa resepi Cheese Bread Puding kat dapur Ibundo dan Mas amat tertarik dengan puding tu...kebetulan bahan2 semuanya ada, kecuali whipping cream, jadi memikir juga tadi, nak buat ke tak...last2 Mas buat juga walaupun tak de whipping cream...perrhhhh...sedapppp la....rasa cheese dalam puding roti tu memang mabeles ....sedapppp sangat....rasanya klu letak whipping cream..lagi bestt kan...dan Mas derhakakan cara membuatnya dengan meletakkan cream cheese tu ditengah2 puding untuk dapatkan rasa cheese tu....kalau ikut resepi ibundo, bahan2 cream cheese tu digaul sebati dengan bahan2 puding...jangan marah yerk ibundo Mas derhaka sikit...he..he..
Untuk peminat puding roti..boleh la menerai resepi ni pulak...memang terbaik...sedappp.....untuk resepi ni Mas buat 1/2 adunan jerk sesuai dengan baki cream cheese yang tinggal tu, baki dari Mas buat Cheese Tart minggu lepas.....


Cheese Bread Puding
Sumber : MasDuniaku

Bahan:
10 keping roti sandwich (bundo guna gardenia)
1 1/2 - 2 cawan fresh milk
2 biji telur
gula ikut manis - Mas tambah sebab Mas tak sebatikan sekali bhn2 cream cheese tu dengan adunan puding roti ni.

Bhn cream cheese :
200 gm cream cheese
3/4 cawan gula 
1/2 sudu kecil vanila
2/3 cawan whipping cream - Mas tak letak
1 biji telur saiz kecik - Mas tambah sebab tak letak whipping cream



Cara membuatnya :
Roti dikoyak-koyak.  Curahkan fresh milk dan masukkan telur dan gula ikut manis.
Gaul sebati dan ketepikan.
Pukul cream cheese hingga kembang.  Masukkan gula dan vanila. Pukul hingga sebati.  Masukkan whipping cream dan pukul hingga agak pekat.  Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam roti. Gaul rata. 
Mas putar sebati semua bahan cream cheese tu sebab tak letak whipping cream.
Masukkan ke dalam loyang.  Bundo gunakan loyang berukuran 30x10x4 cm.  Ngam ngam muat satu adunan ni. Kalau tak ada, gunalah apa yang ada.  Kemudian bakar dalam suhu 170deg c lebih kurang 40 minit.

Cara Mas : 
Mas masukkan 1/2 adunan bahan2 puding roti ke dalam loyang ciffon yang telah digliss.
 Kemudian letakkan bahan2 cream cheese ditengah2 dan tutup cream cheese dengan 1/2 lagi adunan puding roti tu dan bakar lebih kurang 1/2 jam sebab Mas buat 1/2 adunan dengan suhu 170c dengan api atas bawah.




Monday, July 18, 2011

Puding Keju Lagi Versi Noorsha



Assalamualaikum. 
Gara2 tergoda sangat tengok Noorsha buat Puding Keju semalam..terasa memanggil2 jerk untuk membuatnya lagi versi Noorsha pulak, kebetulan bahan2 memang dah ada......perhhhh...lagi sedapp tau...memang best gabungan rasa coklat cheese tu...sedappp sangat dan adunan kali ni Mas buat lembik sikit dengan mengurangkan sikit sukatan serbuk agar2 tu....baru syokkk mencedoknya kan......memang bernas idea kau sha....aku suka.....nanti boleh buat lagi untuk juadah berbuka masa bulan puasa nanti....untuk puding keju yang Mas buat sebelum ni, boleh lihat DISINI yerk...kalau dah sedappp..buat banyak kali pun tak pe kan.....dan boleh dipelbagaikan....rasanya Mas lagi suka versi Noorsha ni.....dan bila ditabur biskut cheese yang dipecah2kan tu untuk dimakan bersama puding cheese ni.....hhmmmm.....memang bessttt....

Puding Keju
Resepi : Along Roz
Sumber : Noorsha

Bahan :
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120 - 150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer...me too!~
50g Mentega




Cara membuatnya :
Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dlm tin @ acuan.
 Biarkan sejuk di suhu bilik.Sejukkan sebelum di hidangkan.

Nota :
 Kali ni Mas ikut Noorsha buat sedikit variasi untuk puding yang asalnya 'plain' ni... 1/4 bahagian dari adunan puding tu, dicampurkan dengan 4 sudu besar serbuk koko...ermmm...betul kata Noorsha......makin sedap !~


Tips dari Kak Nor... 
Noorsha ikut cara kak Nor ni sebab lebih mudah dan Mas pun ikut cara Kak Nor juga untuk kali...memang lagi senang :)

Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. 
Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)


Tuesday, June 21, 2011

Puding Keju Yang Sangat Sedappp..



Ehemmm...ada tak yang terjeless nengok Puding Keju dah sampai Shah Alam..dekat jerk Terangganu tu...kikikiki...Kak Nor....muahhhhh...maceh bebanyak sebab berjaya menggeliurkan Mas sampai tak sabar2 nak menerai puding keju ni...baru jerk lepas rasa....hhmmmm...terbaik...sangattt sedappppp...abang pun suka...anak2 jerk tak rasa lagi...rugiii ooo sape yang tak try lagi....balik dari carefour tadi, Mas terus godek buat puding ni....tengah belajar nak sejuk tu dalam freeze...maceh juga pada AlongRoz yang sudi berkomgsi resepi puding keju yang sangat sedapp ni...rasa lemak2 keju tu sangat sedapppp.....

Puding Keju
Resepi : AlongRoz
Sumber : Kak Nor
Bahan :
  • 13g Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120g Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400ml Susu Cair
  • 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50g Mentega
Cara membuatnya :
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  8. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)