Search This Blog

Showing posts with label CHIFFON. Show all posts
Showing posts with label CHIFFON. Show all posts

Friday, August 4, 2017

Tempahan Kek Puding Karamel - shah alam


Assalamualaikum.
Ya Allah ..lamanya Mas tak update blog ... sampai ada yang bertanya masih ambil tempahan lagi ke sekarang ....
Alhamdulillah ....tempahan masih berjalan seperti biasa ...cuma masa amat padat buat Mas buat masa sekarang .. InsyaAllah Mas akan curi2 waktu untuk blog kesayangan ku ini ....
Mas share antara tempahan kek puding karamel yang tak putus2 custemer order ... Alhamdulillah ...antara kek yang mendapat permintaan yang agak tinggi 







antara feedback dari custemer 




Untuk tempahan @ pertanyaan  
Hubungi 03 78599266 atau whatsap / call 0134242505 




Friday, February 3, 2017

Monday, June 6, 2016

Tempahan cake birthday










Moist choc cake with cream cheese frosting
2 kg ++ 
Rm98




Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505




Monday, November 30, 2015

Hokkaido Chiffon Cupcake yang sedap




Assalamualaikum.
Lama rasanya Mas tak share resepi kan.
Meh layan Hokkaido Chiffon Cupcake yang sedap ni .
Lembuk gebu dan nyaman jerk rasa kek ni dek filling kastard dalamnya .
Memang confirm tak cukup sebiji bila dah start makan .
Untuik resepinya , Mas share lagi disini yerk, lama rasanya tak buat, tetiba pulak teringat bila belek2 resepi lama .
Selamat mencuba ...
Kalau ada yang nak order, boleh jerk, roger2 jerk Mas ^-^


Hokkaido Chiffon Cupcake 
Sumber  : Kak Azlita - Masam Manis 

Bahan : 
4 biji kuning telur 
30 gm gula caster 
1 sudu kecil esen vanila
 40 ml susu segar 
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh 
55 gm tepung cake 
20 gm tepung kastard
 1 sudu kecil baking powder 
4 biji putih telur 
1/4 sudu kecil garam 
80 gm gula caster 

Cara : 
Panaskan oven pada suhu 170 C 
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras Atau boleh juga gunakan cawan muffin 
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. 
Kemudian di ayak 3 kali Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata. 
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering 
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih 
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks) 
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. 
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik 
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama 
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit 
Keluarkan dari oven bila kek masak  ( mas guna cupcake, tk hentak ) 
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk 
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.





Cream Custard by : 
Honey Bahan :
 1 sudu besar tepung  
1 sudu besar tepung jagung  
4 sudu besar gula 
 200ml (1 cup) susu segar 
 1 biji telur (L size) 
 1 sudu besar mentega  
1 sudu teh esen vanila - ita tambah 

Cara : 
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.  
Masukkan 1-2 sudu besar susu. 
Kacau rata jangan ada yang berketul2 
Masukkan telur dan kacau lagi.  
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.  
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. 
Guna suhu yang tinggi.  Masak sehingga pekat.  Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.  Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. 




Sunday, March 27, 2011

Banana Chiffon Cake



Assalamualaikum. Ari ni bersiaran lambat sikit. Malas betoi nak mengadap lappy ni, tapi hati tu meronta2 nak merempit sana sini, menjenguk khabar dan menu2 kekawan. Jadi Mas buat Banana Chiffon Cake ni dulu, lepas balik dari kedai dan dah abiss memasak baru mengadap lappy. Meh layan Banana Chiffon Cake ni. Ni gara2 kesian tengok pisang yang dah masak ranum tergolek sebiji kat bakul tu. Cian dia..baik dijadikan Banana Chiffon Cake, ada gak faedahnya...wakakaka..kalau tak alamat masuk dalam ciktong la...meh layan resepi cipon kek yang Mas skondeng resepinya dari Izahdaut.

Banana Chiffon Cake
Resepi Asal : christinesrecipes
Sumber : Izahdaut.
Prepare a 8inch (20cm) round cake mould, removable base preferred
Ingredients of batter:
  • 80 gm cake flour
  • 3 egg yolks
  • 13 gm caster sugar
  • 35 gm vegetable oil
  • 45 gm milk
  • 1/8 tsp salt
  • 2 ripe bananas, about 240 gm
  • Ingredients of egg whites:
  • 4 egg whites
  • 40 gm caster sugar
  • 1/2 tsp cream of tartar

Method:
  1. Preheat oven to 165C (330F). Use a small food processor to process the bananas into paste. Set aside.
  2. Mix the egg yolks with 14 grams of sugar until smooth. Add oil, milk and mashed bananas. Combine very well. Sift in cake flour, incorporate all ingredients well until you get a smooth batter.
  3. Use an electric mixer to beat egg whites first for a while until bubbles form. Add cream of tartar. Add one third of the 40 grams of sugar at a time. Combine well between the adds, until stiff peaks form. (Please refer to this video, showing how to beat egg whites, that I uploaded on youtube.)
  4. Fold in the egg whites into the batter. Add one third of egg whites at a time in order to easily incorporate the egg whites (Also, here’s a video of showing how to fold-in the egg whites).
  5. Transfer the batter into the cake mould that shouldn’t be non-stick or greased. (The mould you use is very important to get the best result. It helps the cake avoid from shrinking too much after removing from the oven, once the temperature drops.) Pop in the preheated oven and bake for 55 to 60 minutes. Test it by an inserted needle coming out clean. Remove from oven and immediately revert the cake mould upside down on a wire rack. Let it cool completely. Carefully remove from the cake mould. Enjoy!




Monday, March 7, 2011

Rainbow Chiffon Cake



Assalamualaikum. Meh layan Rainbow Chiffon Cake di pagi Isnin yang ceria ni. Untuk tetamu yang bertandang semalam, jadi salah satu menunya, Mas buat Rainbow Chiffon Cake ni. Yang lain2 Mas buat  Mee Goreng dan Popia Bersira Pedas. 
Pada Mas Rainbow Chiffon Cake sangat sedap. Rasanya lemak2 manis sebab ada santan dalamnya dan cipon ni gebu dan  moist sikit. Tak terlalu manis pada tekak Mas.
Resepi asal dari Kak Rima yang memang teror dalam mengkek ni. Gambar2 kat blognya pun sangat cantik. Kak Ummi dan Kak Ita pun dah cuba, Rainbow Chiffon Cake akak berdua tu pun sangat cantik, tu yang Mas pun tergoda nengoknya.

Rainbow Chiffon Cake
By : Kak Rima
Ingredients
Egg Mixture
In this mixture, the recipe calls only to pour the egg yolks into a well of dry ingredients. I whisk the egg yolks and caster sugar, firsthand, and then mix it to the dry ingredients, oil and coconut milk.

  • 50g caster sugar
  • 20g milk powder
  • 20g cornflour
  • 140g flour
  • 1 tsp baking powder
  • 100ml vegetable oil (I used corn oil)
  • 100ml coconut milk
  • 140g egg yolks (abt 8 eggs)
Egg Whites Mixture
  • 300ml egg whites (abt 9 eggs)
  • 150g caster sugar
  • 1/2 tsp table salt
  • 1 tsp cream of tartar (optional)
Rainbow Paste
  • 1/2 tsp pandan paste
  • 1/2 tsp strawberry paste
  • 1/2 tsp chocolate paste
  • 1/2 tsp vanilla essence (I added)
Method
  1. Preheat the oven to 180C. Prepare a 20cm chiffon cake (I used 22cm.. best wud be 24cm tin). Do not grease or line the tin.
  2. Combine sugar, milk powder, cornflour, flour, and baking powder (I sifted these ingredients three times). Make a well in the centre. Pour the egg yolks (mine is already mixed with caster sugar) in the middle, mix well, while adding the oil and coconut milk. Work from the middle to the edge, combine well until you have a smooth egg mixture.
  3. Meanwhile, whisk egg whites, caster sugar, salt and cream of tartar until soft peak. (i whisk egg white till foamy .. add in cream of tartar and salt.. then add sugar in 3 addition) Mix this mixture into the egg mixture. Work lightly but thoroughly, to avoid any lumps.
  4. Divide the mixture into 4 portions and put each portion into a bowl. Work each paste into each bowl, so you will have one bowl of pandan paste mixture, one bowl of strawberry paste mixture, and another bowl of chocolate paste mixture, while the rest of the mixture remains plain.
  5. (I divide egg yolk mixture into 4 portion and added pandan, chocolate and strawberry paste in each bowl.. I added 1/2 tsp of vanilla essence in plain batter.. once ur done whisking egg white mixture.. divide it into 4 portion and fold in egg white mixture gently into each bowl)
  6. Pour these mixture into the tin, and bake for 45 minutes, or until it becomes springy to the touch. Remove the cake from the oven and immediately turn the cake upside-down, using the tin's feet (if you have a chiffon cake with feet). Otherwise, use a strong bottle, like your vinegar bottle, to hold the cake by sliding the bottle into the tin hole in the middle. Leave it to cool.
  7. When it is already cool, remove the cake from the tin by using a long thin knife, loosening from the sides and bottom of the tin. Slice and serve..  

Rainbow Chiffon Cake
Diterjemahkan oleh : Kak Ummi  
Copy : Kak Ita 
Bahan (adunan kuning telor) :
  • 50 gm. gula kastor
  • 20 gm susu tepung
  • 20 gm tepung jagung
  • 140 gm tepung
  • 1 sk. baking powder
  • 100 ml minyak sayur/minyak jagung
  • 100 ml santan (akak guna santan kotak)
  • 140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):

  • 300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sk. garam
  • 1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi :
  • 1/2 sk. pes pandan
  • 1/2 sk. pes strawberi
  • 1/2 sk. pes coklat
  • 1/2 sk. esen vanila

Cara Membuat :
  1. Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
  2. Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
  4. Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
  5. Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). Note: Jika ikut Rima, dia membahagikan dulu kesemua adunan putih telor dan adunan kuning telor kepada beberapa bahagian mengikut warna yg akan digunakan sebelum dicampurkan dengan warna2 tersebut.
  6. Kemudian masukkan juga esen vanila kepada aduann plain, kacau sebati jugak.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
  8. Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.


Tuesday, March 1, 2011

Banana Chiffon Cake



Meh layan Banana Chiffon Cake yang sangat sedapp ni. Mas buat 1/2 adunan jer..tak sangka lak laku, kejap jer habis. Dapat gak Ain ngan Daniel bawa bekal ke kafa. Abang pun suka. Sangat lembut dan gebu chiffon pisang ni. Lain kali boleh buat 1 adunan. Mula2 Mas tertanya2 gak sebab resepi chiffon ni memang tak letak baking powder...banyak kali juga baca resepi ni kat dapur Kak Hana dan tuan resepi eggplant10, akhirnya baru puas hati, memang tak letak baking powder...tapi chiffon ni memang cantik jer naik, lembut dan gebu lak...sukanya tengok kejadian chiffon ni...he..he...untuk sesiapa yang teringin, baik try resepi chiffon pisang ni...sedappp bangat tau...

Banana Chiffon Cake
Resepi Asal : eggplant10
Copy : Kak Hana
Bahan.
Bahan A :
  • 4 kuning telur
  • 20g gula
  • 50g minyak sayuran
  • 150g pisang
  • 110g tepung gandum
Bahan B :
  • 4 biji putih telur @ (160 gram)
  • 60g gula
  • 1/4 sk krim of tartar
Bahan C :  Mas dan Kak Hana tak letak
  • Kismis
  • Tomato (potong nipis)
  • Ceri Hijau Merah - potong kecil
  • Mas letak choc chips

Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven suhu 160.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga gula hancur@larut. Masukkan pula minyak dan pisang yang sudah di lenyek. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan ketepikan.
  3. Mangkuk lain, pukul putih telur, gula dan cream of tartar hingga meringue@soft peak.
  4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam mangkuk kuning telur tadi dan kaup balikkan menggunakan rubber spatula.
  5. Tuang adunan ke dalam mangkuk baki putih telur 2/3 tadi dan masukkan skali buah2an campuran. kaup balikkan lagi sebati. Jangan over mix yer..
  6. Tuang terus ke dalam loyang chiffon (loyang tak perlu di gris!) dan bakar selama 45min dengan suhu 160.
  7. Terbalikkan atas redai sejurus keluar dari oven. Dah sejuk baru sisipkan kek dari loyang. Potong dan hidangkan.

Wednesday, February 23, 2011

Marmer @ Marble Chiffon Cake


 
        
Akhirnya sampai gak Marmer @ Marble Chiffon Cake keDuniaku. Mas buat semalam kek chiffon ni. Sangat lembut dan gebu. Rasanya pun elok2 jer pada Mas, tak terlalu manis. Kiranya sedapppp la kek chiffon ni. Abang ngan bebudak pun suka, banyak gak dia orang makan. Mas buat setengah adunan dan guna 3 biji telur gred A, Alhamdudillah, menjadi gak kek chiffon ni. Resepi diambik dari Izah dan Kak Hana dan resepi asal dari Kak Rima.

Marmer @ Marble Chiffon Cake
Resepi asal : Kak Rima
Copy : Izah dan Kak Hana
Bahan :
Bahan A :
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula

Bahan B :
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat emulco
Cara :
  1. Panaskan oven suhu 170.
  2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
  4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
  6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
  7. Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  8. Potong dan hidangkan.

Friday, July 23, 2010

MINI MARBLE CHIFFON CAKE



Ari tu selongkar dapur Kak Ros yang dok kat jepun tu, terjumpa resepi Mini Marble Chiffon Cake, nampak menarik dan sedap...kebetulan Mas baru beli bekas chiffon yang kecil ( 16 cm ) jadi rasanya elok sangat untuk mencuba, tima kasih kak ros ...kek cipon ni memang sedap....kejap je dah abis...tapi kek ni tak tinggi sangat sebab acuan kak ros 10 cm, mas punya 16 cm, itu pun mas buat 2 adunan....apa pun kek ni tetap laku..dan marble tu jngn pelik, dah terlebih campur sebab masa nak bakar mas tertolak kat tengah acuan tu terus adunan cipon terkeluar kat bawah tu, terpaksa tuang balik adunan untuk betulkan balik bekas cipon tu, susah juga kan acuan yg jenis bleh buka tu...tapi yang best masa nk keluarkan kak..senang kan..


MINI MARBLE CHIFFON CAKE
Copy : Kak Ros

Bahan-bahanya - ( Acuan Mini Kek Chiffon 10cm)

  • 1 biji telur (saiz L)
  • 20 gram gula
  • 20 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar susu segar@air
  • 1 sudu teh baking powder


Cara-caranya :
  1. Asing putih dan kuning telur, kemudian putar putih telur hingga berbuih dan masukkan 15gram gula, pukul lagi hingga kental dan menjadi merigue, ketepikan.
  2. Kemudian putar pula kuning telur bersama, baki gula dan susu, putar hingga kembang, masa ni nak pakai handwhisker pun boleh, tak perlu guna electic mixer tu. Setelah kembang masukkan tepung dan baking powder dan kacau sebati.
  3. Selepas itu masukkan meringue sedikit demi sedikit dan guna cara kaup balik iaitu kaup adunan dari bawah ke atas, ulang langkah tadi sehingga meringue habis, pastikan semua sebati dan akhir sekali baru masukkan minyak masak, kacau lagi.
  4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, dua bahagian di warnakan dengan warna merah dan hijau dan satu lagi biarkan warna asal, Tuang berselang seli aduanan merah, hijau dan warna asal dan akhir sekali ambil garpu dan lorekkan perlahan, bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit
  5.  Setelah masak terbalikkan kek di atas gelas dan apabila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan, sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.

Saturday, July 10, 2010

KEK CHIFFON PISANG



Ari tu tengok kat rumah Izah ada Kek Chiffon Pisang, kebetulan Mas pun baru copy resepi Kek Chiffon Pisang dari Che Wan ,macam2 resepi kek ada kat sana, jadi semalam Mas buat untuk minum petang, memang sedap, lembut dan lembab... bau Kek Chiffon Pisang ni harum semerbak satu rumah, sampaikan Daniel bising bila nak makan... lepas tu  sampai 4 keping Daniel makan he..he.....  


KEK CHIFFON PISANG

Bahan A
  • 1 1/4 cawan tepong serbaguna*
  • 1 sudukecil baking soda*ayak
  • 1 cawan pisang yang telah dilecek - mas guna pisang berangan
  • 110gm gula kaster
  • 1/2 sudukecil garam
  • 1 sudukecil jus lemon
  • 1 sudukecil esen vanilla - mas guna esen pisang
  • 1/3 cawan minyak sayuran
  • 4 biji telor kuning
Bahan B
  • 4 biji telor putih
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar

Cara
  1. Panaskan oven pada 170'c. Pukul telor kuning dan gula hingga kembang dan gula larut, masukkan esen vanilla, jus lemon dan pisang, pukul sebati. Satukan kesemua bahan2 kering yang lain dan masukkan kedalam adunan telor kuning tadi. Sebatikan dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk yang lain pukul bahan B hingga kembang dan tiada lagi cecair telor. Kaup dan masukkan kedalam adunan tepong dan sebatikan hingga rata. Tuang kedalam acuan kek chiffon dan bakar selama 40-45 minit @ hingga masak dalamnya. Angkat dan terbalikkan/sejukkan diredai. Keluarkan kek setelah sejuk.

Monday, July 5, 2010

KEK CHIFFON PANDAN



Ni Kek Chiffon Pandan yang Mas buat ari Sabtu lepas, masa mertua datang ,he..he..nampak macam garing sikit, lain kali kena bakar 40 minit je kot, apa pun tetap sedap.....resepi Mas copy dari Kak Hana, tima kasih ye kak...memang sedap Kek Chiffon Pandan ni, lembut, lembab dan gebu...


KEK CHIFFON PANDAN
Copy : Kak Hana

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
  • 150gm tepung kek
  • 1 camca teh baking powder
Bahan B 
  • 4 biji kuning telur saiz A
  • 70gm gula castor
  • 1/4 camca teh garam halus
Bahan C 
  • 85ml corn oil, Rinn guna canola oil - Mas guna minyak masak biasa je..
  • 115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air- hana cume air+pandan paste je dan tmbh santan sket - mas ikut macam kak Rinn
Bahan D 
  • 4 biji putih telur saiz A
  • 70gm gula castor
  • 1/2 camca teh cream of tartar
Cara-cara


  • Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
  • Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
  • Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
  • Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
  • Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
  • Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
  • Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
  • Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.