Search This Blog

Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

Resepi Sotong goreng kunyit bersos yang lazat dan ringkas




Assalamualaikum.
Salam ramadhan Al Mubarak buat semua.
dikesempatan ini ...Mas nak share menu sotong yang simple dan sedap ..
sesuai untuk dijadikan juadah berbuka atau sahur ...



Sotong goreng kunyit bersos 

Bahan :
sotong 
bawang putih - ditumbuk kasar
bawang merah dihiris2
cili padi - dibelah dua
serbuk kunyit
sos tiram
sedikit garam ikut masin

Cara memasak : 

🐙 😋 Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga wangi, masukkan sotong, kacau seketika, kemudian masukkan serbuk kunyit dan sos tiram Maggi , kacau sebati , letak sedikit sahaja air ...Biarkan masak dalam 5 minit dengan api sederhana ... Siap 👌😘

nota :
~ Mas letak sedikit sahaja air sbb tak nk berkuah sangat ..Lagi pun sotong akan keluarkan sedikit air semasa dimasak ..Jadi tak de la masakan jadi kering .... Garam juga Mas tak letak sebab sos tiram dah masin .. kalau rasa nak masin sedikit ... Boleh tambah secubit sahaja . 
Selamat mencuba 😘




 

Monday, July 18, 2016

Resepi Ketam Telur Masin yang sedap




Assalamualaikum.
Balik kampung dapat makan ketam telur masin masakan ayah yang sedap hingga menjilat jari ... Jadi belajar la buat sendiri bila terasa nak makan nanti...
Alhamdulillah ....Menjadi juga .... 


Ketam Telur Masin
Resepi : Mas Duniaku


Resepi :

~ Ketam 2 ekor - bersihkan, letak garam dan kunyit, goreng dan toskan.
~ Rebus 2 biji telur masin, ambil merahnya, lenyek2 , ketepikan ...boleh ambik putihnya juga ...asingkan sebelah.
~ Potong dadu 5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih , 4 biji cili padi dan 2 tangkai daun kari untuk menumis.

Cara :
~ Panaskan minyak, mas ltk butter sikit, tumis bahan2 yg dipotong dadu tdi, masukkan juga daun kari, tumis hingga garing & naik bau, masukkan telur masin yg merah yg telah dilenyek tdi ....kacau sebati, masukkan susu cair dlm 4 sudu besar, kacau sebati, masukkan garam atau kiub ikan bilis secukup rasa, masukkan ketam yang digoreng tdi, kacau sebati ,boleh letak juga telur masin yang putih tadi,gaul sebati, angkat dan boleh dihidangkan .









Wednesday, September 14, 2011

Sambal Sotong



Assalamualaikum. Selalunya kat rumah Mas ni klu ada sotong mesti dibuat Sambal Sotong sebab Daniel suka sangat sambal sotong....yang lain2 pun tumpang gak sekaki...he3...sambal sotong ni Mas buat untuk juadah berbuka semalam....InsyaAllah, hari ni last Mas buat puasa ganti...puasa 6 akan menyusul minggu depan..InsyaAllah...kalau diizinkan Allah..kali ni Mas sajerk buat sambal sotong berkuah...sebab lauk2 lain agak kering sedikit...hmm...kalau dapat makan sambal sotong ni ngan nasi lemak..perhhh..lagi sedapp kan....he3

Sambal Sotong
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • sotong - dipotong2
  • cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu besar mayonis 
  • minyak untuk menumis

Cara memasak :
  1. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  3. Masak hingga sambal kering, garing dan pecah minyak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  4. Bila sambal dah kering garing dan pecah minyak, masukkan sotong, mayonis, sedikit air panas( agak2 yerk nak kuah banyak mana ) dan masak lagi hingga sotong masak dan boleh dihidangkan.

Monday, April 4, 2011

Mee Ketam



Assalamualaikum. Pepagi ni meh jamu mata dengan Mee Ketam . Tapi dah abiss yer sebab Mas buat petang semalam. Ni gara2 terliur tengok mee ketam Kak Nieza ari tu. Jadi Mas cari ketam kat pasar tani semalam sebab kat situ ketamnya memang fresh, Mas beli ketam biru, sekilo rm20. Ok la tu kan, tu la harga yang paling murah, ada juga peniaga2 lain jual rm22 dan rm 23 sekilo, jadi sebelum beli, kena buat pembandingan harga dulu...baru tak menyesal nanti..he..he...

Mee Ketam
Bahan :
  • 300gm Mee kuning dicelur
  • 1/2 kg ketam - dibersihkan dan belah 2
  • 8 biji cili merah - mengikut kepedasan masing2
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 tin tomato soup
  • 1 liter air
  • 1 biji telor (dipukul sedikit) Mas ikut Kak Nieza tambah 2 biji telur yg tdk dipukul
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan oyster sauce
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • Daun bawang dipotong 1"
  • sedikit sayur sawi
  • 1 batang carrot dipotong nipis
  • Bawang goreng
  • bebola  - Mas tambah
  • Garam secukup rasa
  • sedikit bancuhan tepung jagung - Mas tambah untuk pekatkan kuah
Cara membuatnya :
  1. Cuci bersih ketam dan toskan
  2. Blend cili merah + bawang putih + bawang merah.
  3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos dan masakkan sekejap.
  4. Masukkan air dan kiub ayam.
  5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
  6. Kemudian masukkan ketam, tomato yg dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi.
  7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
  8. Tutup api...dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi.
  9. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan



Saturday, April 2, 2011

Nasi Lemak Sambal Sotong



Assalamualaikum. Sarapan merangkap lunch.....Mas buat nasi lemak dan sambal sotong, dah lama teringin nasi lemak ngan sambal sotong ni, semenjak nampak Kak Dayang tayang dan HaSue pun buat juga lepas tu, jadi ari ni memang sesuai untuk buat nasi lemak dan sambal sotong, Mas tambah ngan telur rebus jerk.....tak de timun, kacang tanah....ni kira apa yang ada kat dapur, esok baru nak shopping barang2 dapur....he..he..

Nasi Lemak
Resepi : MasDuniaku
Bahan ( 4 orang ) :
  • 2 mug beras - dicuci bersih
  • 1/2 mug santan pekat
  • 2 mug air - ikut jenis beras
  • 1 biji bawang putih - di mayang halus
  • 1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus
  • suku biji bawang merah - dihiris
  • 1 sudu kecil garam
  • Sehelai daun pandan
  • 1 batang serai dititik
  • secalit kapur makan - sebatikan dengan santan 
  • 2 titik minyak masak - titikkan dalam santan

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan sebatikan.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bahan sambal :
  •  cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • minyak untuk menumis
  • sotong - dipotong2

Cara memasak :
  1. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  3. Biarkan sambal kering dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  4. Bila sambal kering, masukkan sotong dan masak lagi hingga sambal kering balik sebab bila sotong dimasukkan , air sotong akan keluar.
  5. Angkat dan dihidangkan dengan nasi nasi lemak tadi dan telur rebus. 


Tuesday, January 25, 2011

Udang Beriani Masam Manis CMG



Untuk lunch ari ni, tengok Kak Nor buat Sotong Beriani Masam Manis CMG semalam, nampak sedap sangat, jadi Mas pun try buat ari ni, cuma Mas tukar ngan udang....memang sangat sedapp...Ain ngan Daniel pun suka sangat...lain kali Mas try dengan sotong lak....

Udang Beriani Masam Manis CMG
Sumber : CMG , Kak Nor
Bahan :
  • 8 ekor sotong saiz sederhana - Mas tukar dengan udang
  • 1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
  • 1/2 biji red capsicum, didadu - tak letak
  • 1/2 biji green capsicum, didadu - tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum, didadu - tak letak
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 camca besar sos lada hitam
  • 1 1/2 camca besar sos cili thai
  • Sedikit garam, jika perlu
  • 1/4 cawan air
  • Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
  • Bawang goreng, sebagai hiasan
Cara :
  1. Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
  3. Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..
* Mas ikut K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.



Tuesday, January 11, 2011

Kari Sotong Mamak Style



Lauk untuk lunch semalam......sangat sedapp dan memang rasa macam kari kat kedai mamak. Pagi tadi Mas panaskan...perhh...lagi sedapp la....Ain ngan Daniel pun cakap ' macam nasi kandar la mak '....bebudak tu memang hantu nasi kandar....tak pe cayang, lepas ni boleh mak masak selalu....resepi kari mamak style ni Mas dapat dari Iris Samara dari Myresepi....maceh Iris...memang disukai ramai kari ni....dah lama Mas cari kari mamak style ni. Resepi asal menggunakan ayam, tapi Mas derhakakan ngan sotong....tetapp sedappp.....

Kari Sotong Mamak Style
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
  • Bahan a - 
  • 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
  • Bahan b - 
  • 1 biji bwang besar - dihiris2
  •  4 tangkai daun kari
  •  1 batang kayu manis dan 3 kuntum bunga lawang
  • Bahan c - 
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 batang serai diketuk
  •  2 helai daun pandan
  • Bahan d -  
  • 8 sudu besar serbuk kari ayam baba's - bleh kurangkan sukatannya
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 
  •  serbuk cili kering - byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best 
  •  semua bahan d gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. 
  • Ubi kentang - ikut suka byk mana ( Mas tak letak )
  • 3/4 santan atau susu cair
  • Bahan e - 
  • serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
  • garam secukup rasa

Cara :
  1. Tumis bahan a sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b dan bahan c. Tumis hingga daun kari agak garing.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. Masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dengan serai n pandan tu. Tumis lebih kurang 3 minit. Pastikan anda masak dgn api perlahan. Ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
  3. Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula, biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
  4. Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  5. Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d dan masukkan bahan e. Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. Ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api perlahan. Kalau nak dapatkan rasa yg lazat. Jadi kena ikut petua la ni.
  6. Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan@susu cair dan garam. Mengikut kata jiran saya ni garam masuk last, tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
  7. Ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.

Saturday, January 8, 2011

Sotong Bersos Plum



Ari ni wat Sotong Bersos Plum lak......Kak Nor, memang sedappp la....bebudak tu pun suka. Mas tambah tauhu telur sekali..memang sesuai....lepas ni kena beli sos plum lebih sebab dah ada resepi best guna sos plum ni.....rasanya kalau ayam pun sedapp gak...lepas2 ni Mas nak try buat lak......Mas ikut cara Kak Nor dengan cara goreng kejap sotong ni.....meh tengok resepinya.

Sotong Bersos Plum
Sumber : Kak Nor
Bahan  :
  • 15 ekor udang saiz besar - tukar ngan sotong
  • 1/2 camca teh lada sulah serbuk
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang holland, dibelah 6
  • 1/4 biji red capsicum, didadu - x letak
  • 1/4 biji green capsicum, didadu - x letak
  • 1/4 biji yellow capsicum, didadu - x letak
  • 1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak sbb tak ada stok
  • 1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
  • 1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
  • Sedikit garam jika perlu
  • Hirisan daun bawang -  untuk hiasan

Cara :
  1. Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang@sotong. Gaul hingga rata.
  3. Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang@sotong. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

* Mas ikut K.Nor tambah 7bj cili padi yg dihiris serong utk lebih rasa pedas dlm masakan ni.



Friday, January 7, 2011

Udang Bersos Plum



Udang Bersos Plum ni Mas buat untuk lunch ari ni...ari ni masak awal sikit...he.he...lagi pun kejap sesangat masak udang ni...nasi tak kering lagi, dah siap masak udang .....perrhhh..Kak Nor...betul la...sedappp...Mas dah makan sikit tadi ngan nasi lemak..tak sabar2 lak nak tunggu makan nasi petang nanti...lagi pun bebudak gerenti suka...rasanya ngan sotong pun sedapp gak..nnti nak try sotong lak....maceh untuk Kak Nor dan CMG...

Udang Bersos Plum
Sumber :  Kak Nor dan CMG..

Bahan :
  • 15 ekor udang saiz besar
  • 1/2 camca teh lada sulah serbuk
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang holland, dibelah 6
  • 1/4 biji red capsicum, didadu - tak letak
  • 1/4 biji green capsicum, didadu - tak letak
  • 1/4 biji yellow capsicum, didadu - tak letak
  • 1/2 batang leek, hiris dan rendam - tak letak
  • 1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
  • 1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
  • Sedikit garam jika perlu
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Cara :
  1. Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
  3. Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Monday, December 20, 2010

Sotong Oriental dan Award



Assalamualaikum. Meh layan sotong yang memang menjadi peberet Daniel, selalunya Mas masak sambal @ goreng ngan kunyit jer, kali ni Mas buat sotong Oriental lak. Memang sedapp....laju jer Daniel makan...resepi Mas ambik dari Kak Hana dan resepi asal dari Kak Aliza. Mas tengok ramai dah mencuba resepi ni dan akan ada siaran ulangan nanti...

Sotong Oriental
Sumber : Kak Hana
Bahan :
  • 500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bwg merah ~ hiris
  • 3 ulas bwg putih ~ cincang
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji cili hijau ~ hiris
Bahan2 ini dicampur jadikan pes :
  • 2 s/b pes tom yam
  • 2 s/k rempah kari ikan
  • 1 1/2 s/b sos tiram
  • 2 s/k sos ikan
  • 6 s/b air panas
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
  2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu), gula dan masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.


Maceh untuk Kak Hana sudi kasi award yang cantik ni.......untuk award yang sebelum ni yang Mas tak kutip lagi, InsyaAllah nnti Mas ambik yer....he..he...meh jawab soalan dulu...

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.
  • sejak Mas umur 11 tahun dan rasanya Mas mula dengan goreng telur.....
2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
  • minat datang dengan sendiri dan mak Mas pun banyak ajar dan bertambah ngan dunia blogging ni...dunia masakan Mas rasakan makin luaasss terbentang...
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
  • sambal...Mas suka masak sambal dan digemari semua.....
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. hihi jgn mare er.. hikhik


Saturday, October 30, 2010

Popia Crabstick



Untuk minum petang semalam, sedap gak buat popia crabstick ni, cicah ngan sos jerr. Memang laku, kejap jer abisss, tak sempat nak sejuk. Mas guna kulit popia yang kecil tu, jadi tak payah potong, elok jer nak menggulungnya.  Maceh untu Kak Hana yang kasi idea masa buat Firecracker Shrimp ari tu.

Popia crabstick
Bahan :
  • crabstick
  • kulit popia
  • tepung gandum + air - bancuh untuk dijadikan gam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara :
  1. Balut crabstick ngan kulit popia kemas2 dan gamkan.
  2. Panaskan minyak. Pastikan minyak benar2 panas. Goreng hingga kulit popia keemasan.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan ngan sos kegemaran.