Search This Blog

Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Wednesday, November 18, 2020

Resepi Nasi Daging & Air Asam yang sangat sedap

 


Assalamualaikum.

Maaf lama sangat blog ni menyepi .. terima kasih kepada kawan2 yang masih menjadikan blog mas sebagai rujukan resipi ... doakan mas terus berkongsi resepi disini ..

Kali ini, Mas nk share resepi nasi daging dan air asam yg sangat lazat ....

selamat mencuba yerk 



Nasi Daging & Air Asam
Resepi.
Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.. Masukkan juga bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang dihiris juga daun pandan, daun bay, akar ketumbar dan daun pudina.
Bila dah wangi, masukkan rempah kurma dan sedikit air... Kacau sebentar.
Kemudian masukkan beras yg sudah direndam dan ditapis.
Kacau rata kemudian masukkan air rebusan daging, sedikit susu cair, tomato, garam dan secukup rasa.
Kacau sebati.. Tutup periuk.. Masak hingga nasi masak elok.




Resepi air asam.
Tumbuk cili api dgn gula, garam dan belacan.
Masukkan dlm Mangkuk yg telah diletakkan air asam jawa, kemudian masukkan bawang. Kacau sebati..siappppp.

Selamat mencuba







Tuesday, May 1, 2018

Resepi Rendang Pedas Daging yang sedap




Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari pekerja buat semua. dihari cuti begini .. Mas tetap masak awal ... sarapan merangkap lunch ....jadi menu tertunggak rendang pedas daging dapat juga mas buat hari ini, Alhamdulillah ... sedap seperti selalu ... resepi dari mertua mas ni tak pernah mengecewakan...... thanks mak ... bertahun juga belajar membuat rendang pedas ini hingga dapat seperti rendang yang mak selalu buat ... Alhamdulillah ... pengalaman itu yang penting, banyak kesilapan kita boleh belajar... jadi mas share resepi rendang pedas yang sedap ini disini ...moga bermanafaat buat semua .



Rendang Pedas Daging
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging - dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )- dikisa
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit






Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan daging ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan daging. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga daging empuk dan rendang kering.
Sedap dimakan dengan nasi panas, lemang atau ketupat.







Monday, April 17, 2017

Resepi lamb & ayam grill yang sedap




Assalamualaikum.
jom kita buat lamb & ayam grill sendiri ...lebih jimat dan berbaloi.
kalau tak ada set periuk steamboat & grill...  boleh jerk guna kuali nipis dan panggang atas dapur yg kecil macam pic tu ...santai jerk memasak diruang tamu sambil layan movie .... 
jadi Mas share resepi utk lamb dan ayam sbb resepi keduanya agak berbeza ... 
selamat mencuba ...


Resepi lamb :
5 slice lamb - potong2 
Bahan dikisar :
~ 2 batang Serai 
~ 2 biji bawang besar 
~ 2 ulas bawang putih
~ 1/2 inci halia
~1/2 inci lengkuas
~ 2 helai daun bay 
~ 2 sudu besar gula perang
~ 1 sudu besar madu
~ 2 sudu besar jus lemon @ limau nipis - ( penting utk lembutkan lamb )
~ 1 sudu kecil jintan manis​
~ 1 sudu kecil jintan putih
~ 2 sudu besar sos tiram Maggi
~ 1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk 
~ Garam secukup rasa 
~ 2 sudu minyak zaitun atau minyak jagung - utk ganti air semasa kisar nanti

Kisar halus, kemudian gaul sebati dengan lamb yang sudah dipotong tadi ..Perap semalaman baru sedap 




Untuk resepi ayam 

2 ketul peha ayam - dibuang tulang dan potong panjang2
Bahan2 kisar :
~ 2 biji bawang besar
~ 2 ulas bawang putih
~ 3 batang Serai
~ 1/2 inci halia
~ 1/2 inci lengkuas
~ Sedikit kunyit hidup
~ 3 sudu besar cili kering yg dikisar
~ 2 sudu besar sos tiram Maggi
~ 1 sudu kecil jintan putih
~ 1 sudu kecil jintan manis
~ 2 helai daun bay
~ 1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk
~ 1 sudu besar madu

~ 1 sudu besar gula perang
~ Garam secukup rasa
Kisar halus , kemudian gaul sebati dengan isi ayam tadi , perap semalaman baru dibakar.





Sunday, May 22, 2016

Kari kambing India yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Jom try satu resepi kari yang mudah dan sedap ...
baunya harum satu rumah .... buat tak sabar2 nak makan.
Terima kasih pada En Khairul Hakimin Muhammad FB.
Mas share resepinya disini yerk.

Bahan-bahannya ialah:
2kg kambing (dipotong dadu-1inci).
12 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang besar India. 
3 inci halia
3 ulas bawang putih 
5 biji cili besar hijau
5 tangkai daun kari
5 biji tomato
5 biji kentang
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
3 sudu besar rempah halus (biji sawi, jintan, halba).
2 sudu besar pes asam jawa
Garam secukup rasa
5-7 cawan air.



Caranya :
Basuh bersih kambing. Boleh buat 1 bilasan dengan 1 senduk tepung gandum untuk hilangkan bau hamis.
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah diracik bersama semua rempah kasar dan halus. Tumis sampai naik bau. Rempah kari jangan tumis.
Masukkan kambing dan halia yang telah diketuk. Gaul rata.
Dah nampak separuh empuk, masukkan kentang dan 2 cawan air.
Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit dengan 1 cawan air.
Masukkan dan gaul rata.
Potong tomato dan cili macam itu. Oh ya tomato tu cari tang muda muda sikit
Masukkan tomato, cili dan daun kari. Gaul rata
Dah mendidih kau tambahkan lagi sikkt air. Ikut kepekatan yang kau suka.
Ha selagi belum empuk kentangnya, jangan buh garam dan asam jawa. Nanti semua lambat masak dan empuk.
Biarkan mendidih, buh asam jawa dan garam, gaul rata dan siap!! Sedap woih!


untuk lihat gambar cara2 membuatnya, boleh klik DISINI







Friday, October 10, 2014

Daging Palembang - sangat sedap




Assalamualaikum
Hitam2 Daging Palembang ... 
sunguh pun hitam.. rasanya sangat menawan...
Dah banyak kali Mas buat Daging Palembang ni...
memang sangat sedap..
yang bestnya tak payah guna santan bagai...
diganti dengan kerisik dan uniknya diletakkan kicap lemak manis ...
bila dipanaskan banyak kali dan daging menjadi kering ..
rasanya menjadi seakan2 rendang tok..
serius.. tak tipu...
try la yerk kawan2 ..
insya allah .. tak mengecewakan..
maceh banyak2 pd ummi Ummi Maria Hakem  yang sudi berkongsi resepi ...
moga ummi sentiasa dibawah lindungannya dan sihat selalu ..





Daging Palembang 

Bahan :
700 gram daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ Mas ikut kak MaDiHaA, tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan ( mas tak letak santan kali ini.. diganti dengan 4 sudu besar kerisik ) . Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.


P/S:
 Menurut ummi Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.



Monday, September 8, 2014

Resepi Sup Tulang yang sedap




Assalamualaikum.
Sup Tulang memang menjadi kegemaran keluarga Mas, tiap kali menyambut hari raya, mesti menjadi hidangan utama selain mee kari.... memang enak dimakan dengan sambal merah.
Untuk resepinya, simple dan semestinya sedap.
Jadi boleh rujuk resepinya dibawah yerk...
Selamat mencuba ...


Sup Tulang
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
Tulang - dibersihkan 
Halia
Bawang merah
Bawang Putih
Garam secukup rasa
Kiub Ikan Bilis - anggara 1 - 2 ketul 
sedikit serbuk lada sulah




Cara :
Rebus tulang hingga separuh lembut.
Keluarkan tulang . Air rebusan tulang tidak digunakan. Dibuang sbb penuh dengan lemak .
Bilas tulang dengan air sekali lalu. Toskan.
Masukkan tulang dalam periuk dan isi air yang baru dan rebus hingga mendidih.
Blend bawang merah, bawang putih ...
Masukan dalam periuk, masukkan halia yang dihiris juga.
Maukkan juga kiub ikan bilis dan garam secukup rasa.
Sedikit serbuk lada putih.
Masak hingga tulang empuk dan sedia dihidangkan .



Tuesday, August 5, 2014

Paru Masak Sambal Goreng Pengantin




Assalamualaikum.
Kali ni Mas nak share resepi masakan berasaskan paru... 
Paru Masak Sambal Goreng Pengantin ..
Serius memang sedap... ikutkan masak kering lagi..tapi Mas buat agak lembab2 sikit supaya melekat kuah tu nnti kat nasi.. yummyy
Untuk resepinya, Mas copy dari blog Kak Ayu - Curlybabe's Satisfaction, yang nun berada di singapore .....banyak resepi2 sambal goreng pengantin kat blog kak ayu ni....
Mas share resepinya disini yerk kak..
Terima kasih juga pada tuan resepi Kak Fida @MyResepi.
Mas hanya guna paru untuk resepi ni...insya Allah lain kali, Mas guna bahan2 yang sepenuhnya seperti daging, udang dan hati lembu...


Paru Masak Sambal Goreng Pengantin
Resepi : Kak Fida @MyResepi.


Bahan - anggaran 20 orang lebih :
1 kilo daging *
1/2 kilo paru *
1/2 kilo hati lembu *
1 kilo udang basah - dikupas kulit dan digoreng berasingan.
2 cawan santan pekat - drpd 1 1/2 biji kelapa
300 g asam jawa
2 inci persegi belacan
@ 25 tangkai cili kering - dikisar
@ 2 biji bawang besar - dikisar
@ 8 ulas bawang putih - dikisar
@ 8 batang serai - dikisar
@ 1/2 jari lengkuas - dikisar
5 tangkai lada merah - hiris serong dan goreng berasingan
2 biji bawang besar dihiris nipis - mas tambah
2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya utk menggoreng dan menumis.
garam dan gula secukup rasa






Cara memasak :
Bahan bertanda * direbus,potong dadu kecil dan digoreng berasingan.

Asam dan belacan diramas bersama santan dan ketepikan.

Bahan bertanda @ dikisar halus.

Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan campuran santan dan masak terus hingga mendidih dan naik minyak.

Kemudian masukkan secukup garam dan gula dan kacau rata dan masukkan daging,hati paru goreng,udang goreng tadi dan gaul hingga rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.

Akhir sekali masukkan pula cili merah dan bawang goreng dan gaul hingga rata.Tambah garam dan gula lagi jika perlu.Rasanya haruslah lemak manis dan sedikit sahaja masamnya.

Dlm masakan ini boleh juga di masukkan daun limau purut dan daun kunyit jika suka.




Thursday, January 23, 2014

Rendang Tok





Assalamualaikum.
Menu lunch hari ni.. sangat2 sedap.... resepi dari mertua Mas...lama juga belajar buat untuk dapatkan rasa yang sama macam mertua...Alhamdulillah...dapat juga..
Walaupun Mas ada share resepinya sebelum ni...tak salah kan share lagi...senang untuk yang rujukan ...
Jadi...Selamat Mencuba....


Rendang Tok

Resepi : MasDuniaku


Bahan :


1 kilo daging lembu - dipotong
 santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik
2 - 3 sudu besar gula merah - agak2 yerk
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging 
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1- 2 biji bawang besar - hiris 2 nipis
1/4 inci halia - hiris2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu


Cara memasak :

Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.

Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. 
Semasa masak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan....masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...


Monday, November 11, 2013

Gulai Nangka & Tapak Kaki Lembu Tumis Darat Geng ngan Sambal Belacan





Assalamualaikum.
Ada yang pernah makan tapak kaki lembu..seriuss sedapp...rasanya yang kenyal2 memang best..selain dimasak gulai ngan nangka gini, masak lemak cili padi dan sup pun sangat sedap. Mas beli kat pasar tani jerk tapak kaki lembu ni..senang kerja sebab dah dibersihkan dan direbus...tinggal masak jeerk...digadingkan ngan sambal belacan...perhhhh...memang serius tak toleh kiri kanan masa makan...he3..Mas share resepinya disini yerk...klu tak de tapak kaki lembu...letak tulang atau ikan talang kering pun sedap juga..Selamat mencuba yerk...


Gulai Nangka & Tapak Kaki Lembu Tumis Darat  
Resepi : Kak Hanieliza
Olahan : MasDuniaku

Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil

200 gm ikan talang kering - Mas guna tapak kaki lembu
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan - Mas guna rempah kari daging
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba - Mas x ltk
1/2 s/k jintan manis  - Mas x ltk

Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak




 Sambal Belacan
Resepi : Kak Hana

Bahan : 
*¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
*1 batang cili merah - hiris
*2 biji bawang merah kecil - hiris
*1 ulas bawang putih - hiris
*1 inci belacan
*sejemput ikan bilis kopek
limau kasturi
secubit garam
secubit perasa@gula
sedikit minyak

Cara :
Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.