Search This Blog

Showing posts with label BURGER. Show all posts
Showing posts with label BURGER. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Roti Doh Asas ( Roti Burger )




Assalamualaikum.
Roti lagiii....petang semalam Mas buat roti burger lak, ..saje buat roti burger sendiri, tengok roti burger Ros cantik jer..teringin lak nak buat. Haaa...memang puas hati buat roti burger kali ni...menjadi tau dan rotinya lembuttt....sedappnya makan roti burger yang masih panas2..tak yah nak panaskan kat kuali dah...dan baki roti burger tu Mas simpan dalam bekas kedap udara....esok paginya..roti tu masih lembut tau.....gebu jer dalamnya. 

Roti Doh Asas ( Roti Burger)

Bahan :
250 gram tepung high protein @ tepung roti 
50 gram tepung gandum 
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam 
2  besar tepung susu 
1 ½ sudu teh yis 
1 biji telur saiz kecil - tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnti
2 sudu besar  marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss :
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu) 




Cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. 
( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam. 
Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda. 
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. 
Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. 
Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. 
Selamt Mencuba.

Nota :
Tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.




Nota: 
Variasikan doh asas ini, ikut kehendak masing-masing, nak letak sosej pun boleh, nak buat jadi roti hotdog pun boleh, ros intikan roti burger ni dengan fillet ayam yang disalut dengan breadcrumbs dan goreng hingga garing, kalau nak cepat guna je daging burger yang sedia ade kat supermarket tu pun boleh, senang keje. 


Sunday, January 2, 2011

Burger Omelette Malaysia



Untuk minum petang, Mas buat Burger Malaysia, disebabkan letak omelette kat burger tu, jadi dipanggil Burger Omelette Malaysia. Resepi untuk burger tu Mas menggunakan resepi Donut Hasue, jadi boleh buat 2 jenis kuih iaitu burger dan donat. Lagi pun resepi Donat Hasue ni boleh buat cepat sebab tak payah tunggu adunan naik, lepas uli adunan hingga lembut dan licin, boleh bulat2kan, leperkan dan terus goreng untuk burger  dan lubangkan tengah dan terus goreng untuk donat dan hasilnya burger@donut ni memang gebu dan lembut. Burger Malaysia ni bila diletak omelete..lebih sedapp tau...serasi ngan sambal ikan bilis tu. Mas letakkan lagi yer resepi Donut  Hasue ni untuk  kesenangan bersama.


meh cuci mata tengok gambar japp....dan jngn pelik lak tengok tetiba ada donut bawah tu, haa..tu donut untuk kanak2 ribena kat rumah.....memang laju bebudak ni makan kalau wat donut coklat mcm ni, burger tu pepaham la, mak ngan bapak budak yang santapp....


donut yang telah disaluti coklat dan ditabur coklat warna warni dan coklat yg disagat atasnya...kejapp jer abiss donut ni...

Burger Omelete Malaysia
Sumber : Donut Hasue

Bahan ( 24 biji ) :
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi - guna tepung gandum pun ok dan Mas guna tepung gandum
  • 1 Peket Yis Segera -11gram - jenama MAURIPAN atau apa2 jenama
  • 50 gm Marjerin
  • 1 Sudu makan penuh Shortening
  • 2 Sudu makan penuh gula pasir
  • 2 Sudu makan susu pekat manis @ 2 Sudu makan Susu Tepung - ikut citarasa dan Mas guna susu pekat manis.
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190 ml - 200 ml  Air suam2 kuku - bergantung pada kualiti tepung

Cara :
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  3.  Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu ).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan dan tuang air suam sedikit demi sedikit untuk elak doh lembik.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.. ( sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih ). Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan, ( kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min ) boleh terus bulat2kan sama saiz dan leperkan untuk burger dan boleh terap doh mengikut acuan donut jika ingin buat donut...Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas ( jangan terlalu panas,nanti burger@donut gorengan pertama agak hangus ) perlahankan sedikit api,masukkan burger@donut tetapi jangan terlampau penuh sebab burger@donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng ( sebab adunan mengandungi telur )
  8.  Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Setelah burger sejuk, belah dua burger tu tapi jngn sampai putus  dan letakkan omelete dan sambal ikan bilis. Untuk donat pulak, boleh digaul bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Wednesday, October 6, 2010

Burger Peha Ayam



Assalamualaikum. Ni satu lagi makanan omputeh yang orang melayu selalu makan, Burger Peha Ayam, Mas selalu gak makan roti burger ngan daging ayam ni bila dah jemu makan daging burger, sedap tau, lebih kurang ngan burger kat KFC ngan MD tu...ni homemade punya...sendiri bikin, kalau ada peha ayam boleh la buat..tapi buang tulang dulu tau...kang tercekik  tulang ayam pulak masa gigit burger tu...ha..ha.. kalau nak guna dada ayam pun tak kisah, Mas suka peha ayam...jadi la Burger Peha Ayam, tak tahu nak panggil burger pe, kira ok la kan panggil Burger Peha Ayam...jangan gelak dengar nama burger ni, Mas yang kasi tau...

Burger Peha Ayam
Resepi : MasDuniaku
Bahan untuk ayam :
  • 1 keping peha ayam - buang tulang dan cucuk2 sikit
  • sedikit garam - jika perlu ( mas tak letak )
  • sedikit lada sulah
  • sedikit seasoning maggi
  • sedikit butter
Bahan sampingan :
  • roti burger
  • cheese 
  • kobi bulat dan carrot yang diris / sagat halus
  • kentang goreng
Bahan Sos Lada Hitam :
  • 1 cawan stok ayam -  air + kiub ayam
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 1 sudu besar kicap manis - ikut kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil butter
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu

Cara membuatnya :
  1. Untuk Sos Lada Hitam : Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam ( air + kiub ayam ). Didihkan.
  2. Masukkan sos lada hitam, kicap manis, butter, sos tiram dan gula ( jika perlu ).
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki. Sos lada hitam siapp..
  4. Untuk Ayam : Gaul sebati lada sulah dan seasoning maggi dengan peha ayam. Perap sebentar.
  5. Panaskan non - stik pan dan masukkan butter, biar cair dan masukkan peha ayam yang diperap dan masak hingga peha ayam masak.
  6. Kemudian celup dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti burger yang telah diletak sayur dan cheese.
  7. Sedia dimakan..

Tuesday, June 8, 2010

Prosperity Burger




Assalamualaikum.
Inilah rupa Prosperity Burger yang Mas cakapkan tu. Memang sedap...cayala Kak Hana, rasanya sama macam kat MD, he..he..lepas ni boleh buat selalu. Anak - anak Mas pun suka, tima kasih ye kak atas resepi yang sedap ni

Prosperity Burger

Bahan utama :
Roti burger
Burger daging
Bawang holland - dihiris memanjang 
nak goreng boleh @ nak mentah pon boleh
Kobis bulat - potong halus2 - Mas tambah 
Cheese -  Mas tambah 

Bahan sos lada hitam :
2 cawan stok ayam - guna stok ayam -  air + kiub ayam 
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar..agak2 lah kalau nak pedas tambahlah lebih
1/2 biji bawang besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega @ marjerin
2 sudu tepung jagung - dibancuh dengan air
garam dan gula jika perlu




Cara :
Tumiskan bawang besar hingga naik bau. 
Masukkan stok ayam dan susu. Didihkan.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega @ marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang di kehendaki.
Goreng daging ( tak yah letak minyak ) dan lepas tu celupkan kedalam sos lada hitam.
Belah2  roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
Lekatkan daging yang telah dicelup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang dihiris. Mas letak juga kobis bulat yang dipotong halus dan cheese. 
Sedia untuk dimakan...yummy...

Nota :
Untuk buat stok sos prosperity ni, masa sos dah masak, sebelum masukkan bancuhan tepung jagung, tuang sos kedalam bekas bertutup dan tinggal kan baki yang nak guna saja, biarkan sos tadi sejuk baru ditutup rapat2 dan disimpan dalam peti ais, lebihan sos tadi baru dimasukkan bancuhan tepung jagung, sos boleh disimpan selama 3 hari, bila nak guna panaskan sos dan tuang bancuhan tepung jagung.