Search This Blog

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

Resepi Biskut Nestum yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Dah lama Mas simpan resepi ni, akhirnya terbuat juga.
Alhamdulillah... sangat2 sedap biskut nestum ni ... manisnya sedang2 sahaja, bila dah makan sebiji, pasti akan nak lagi dan lagi ..
terima kasih pada tuan resepi asal biskut nestum ni ...minta halalkan dan Mas share disini pulak yerk ... 
untuk resepi ini, Mas dah olah ikut cara Mas seperti marjerin Mas gantikan dengan butter, dan Mas masukkan semua nestum, tak de nestum yg dikisar seperti resepi asal.
Alhamdulillah, hasilnya biskut ini sangat sedap ..
terima kasih sekali lagi 

Biskut Nestum 
Bahan :
~ 3 cawan Nestum 
~ 1 1/2 cawan tepung gandum 
~ 1 cawan tepung jagung
~ 1 sudu kecil baking powder 
~ 1/2 sudu kecil garam
~ 2 ketul butter - 500g
~ 1 cawan gula perang
~ 1 biji telur - dikocak sedikit 
~ 1 sudu kecil esen vanila


Hiasan :
~ ceri merah - dipotong dadu 
~ Nestum - utk disalut

Cara :
1 - Gaul sebati butter & gula perang menggunakan senduk kayu sahaja .
2 - masukkan telur & esen vanila , gaul sebati 
3 - masukkan tepung gandum , baking powder & tepung jagung , gaul sebati.
4 - masukkan Nestum, gaul lagi hingga sebati. Adunan memang lembik yerk .
5 - ambil secubit adunan, bulatkan, salutkan dgn Nestum, susun dlm loyang ... Tekan sedikit dan letakkan ceri .
6 - bakar selama 25 minit atau hingga bawah keperangan dgn suhu 160c, api atas bawah.
7 - biarkan betul2 sejuk baru simpan dlm balang .






Thursday, June 30, 2016

Biskut Samperit Susu yang sedap - cair dimulut




Assalamualaikum.
Antara biskut yang paling hot beberapa tahun lepas ...
masih mendapat permintaan tinggi tahun ini .. Alhamdulillah
teksturnya yang melting sangat asyik dimakan ..
Mas share lagi resepinya disini .. sedikit olahan untuk rasa manis yang just nice , sedang2 sahaja manisnya  
sebab untuk resepi sebelum ini,biskut ini agak manis 
selamat mencuba 


Resepi Biskut Semperit Susu 

Bahan:
 180g susu pekat manis 
250g butter - suhu bilik, butter tu lembut sedikit dah ok, tapi jangan lembik, nanti biskut berminyak
 460g tepung jagung cap bintang  - just nice doh untuk dipicit nanti


Cara: 
1. Kacau sebati susu pekat manis dan butter menggunakan senduk kayu. Tak perlu pukul sampai kembang, nnti biskut mengembang, tak cantik.

   Tip: 
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang. 

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati & doh tak melekit. My experience, 460g just nice untuk picit ke dalam acuan.  Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah di atasnya 
3. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C untuk 25 minit dengan api atas bawah.
4. sejukkan dahulu baru angkat dan simpan dalam balang.



Wednesday, June 29, 2016

Biskut Telur Rebus yang sedap - harus dicuba




Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua.
Untuk menambahkan lagi koleksi biskut2 raya, apa kata mencuba resepi biskut telur rebus ini, Alhamdulillah.. biskut ini ada peminatnya yang tersendiri tiap kali menjelang musim perayaan, 
keunikkan biskut ini apabila menggunakan kuning telur rebus dan tekstur biskut ini ringan dimulut dan rasa berkrim, 
jadi ... selamat mencuba yerk..



Biskut Telur Rebus  
Resepi : Mamajay  
Sumber : Noorsha  

Bahan² : 
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )  
1 1/2 cawan gula halus 
 2 cawan tepung gandum  
2 cawan tepung jagung maizena  
1 cawan tepung kastad  
2 cawan planta @ butter  
1 sudu kecil esen vanila  
 1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut 
badam hiris secukupnya untuk hiasan 


Cara² :  
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.  
2. Sebatikan. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.  
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.   
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.





Tuesday, June 28, 2016

Biskut Bangkit Cheese yang sedap



Assalamualaikum.
Antara koleksi biskut yang menjadi pilihan Mas, Biskut Bangkit Cheese yang sangat sedap ini, teksturnya yang gebu ringan dimulut amat asyik apabila dimakan .
Mas share lagi resepinya disini .
Selamat mencuba.


Bahan : 
250gm Mentega 
180gm Gula Aising 
2 biji Kuning Telur 
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min 
225g Tepung Jagung 
70g Parutan Keju Cheddar - utk letak dlm adunan 
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan 




CARA2:  
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk. 
2. Masukkan kuning telur ,kacau sebati, masukkan tepung ubi yang disanggar tdi dan parutan cheddar cheese, gaul sebati. 
3. masukkan tepung jagung sedikit2 dan uli hingga doh tak melekit ditangan. 
4. Canai , terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut. 
5. Bakar 160C 25 minit dengan api atas bawah.






Friday, June 24, 2016

Biskut Chocolate Oats Crips yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Jom buat biskut yang sangat sedap ni ..penuh dengan serat dan kekacang yang sangat lazat .... dan biskut ini juga tak menggunakan telur ... sesuai untuk mereka yang allergies telur... dan memang menjadi rebutan anak2 .....
selamat mencuba 


Biskut Chocolate Oats Crips 
Resepi : Koleksi Resepi2 Oats - Maklang Azie 
Sumber : Izahdaut dan  Kak Zana 

Bahan : 
130g tepung gandum - ayak 
30g tepung jagung - ayak 
20g serbuk koko -  ayak
 ½ sk serbuk penaik - ayak
 90g - 130 g Quaker Oat Segera - agak2 adunan tk melekit
4 - 5 sudu besar nestum 
200g mentega - biarkan suhu bilik dlm 20 minit
 120g brown sugar
 ½ sk esen vanilla 
1/2 cawan badam cincang -  dibakar sejekap dlm oven 
1/2 cawan walnut -  dibakar sejekap dlm oven 




Cara membuatnya : 
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
Masukkan badam,walnut,Quaker Oats segera dalam bekas yang sama dan gaul sebati . 
Pukul mentega, gula, esen vanilla sehingga gebu kemudian masukkan dalan adunan kering tadi. 
Gaul sebati hingga adunan tak melekit, jika melekit, tambah oat sedikit demi sedikit.
cubit adunan sedikit, agak2 nk besar mana, bentukkan bulat dan tekan sedikit, dan letak atas dulang.
 Bakar dengan suhu 160 selama 20 - 25 minit bergantung pada oven masing2 dengan api atas bawah.  
  Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven.
sejukkan dahulu baru disimpan dlm balang.




Friday, June 17, 2016

Biskut Almond London yang sedap




Assalamualaikum. 
Antara biskut2 yang wajib dibuat tiap tahun - Almond London. 
untuk resepinya, Mas setia dengan resepi ini, sangat best.... 
Jadi Mas share lagi disini untuk kawan2 mencubanya .


ALMOND LONDON  
Sumber : Rahel & Nizamadey  
Sumber : K.Nor@SecubitGaram  
Sumber :  Ayu Citarasa Rinduan   


Bahan:  (150 biji)  
250g mentega 
 125g gula halus 
 1 biji telur 
 1 sudu teh esen vanila  
50g serbuk badam (optional)  
200g tepung jagung - ayak bersama
300g tepung gandum - ayak bersama
1 sudu besar tepung beras - ayak bersama  
200g kacang badam - di bakar hingga agak2 rangup
50g badam cincang untuk hiasan - dibakar kejap 
  +/- 700g coklat compound  




Cara; 
 1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk kayu.Masukkan esen vanila dan kacau lagi, kemudian masukkan serbuk badam.Kacau.  
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.  
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil @ lonjong dan masukkan kacang di dalamnya. 
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
 5.Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit, kemudian biarkn sejuk.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.
7.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
8.Taburkan badam cincang di atasnya.
9.Biarkan ia kering.Siap disimpan.  




Tuesday, June 14, 2016

Biskut samperit yang sedap




Assalamualaikum.
Kali ini jom buat biskut samperit ... untuk resepi samperit, Mas setia dengan resepi dari Norazie - Resepi.net tapi sudah diolah oleh Noorsha , Alhamdulillah, Mas sangat suka dengan tekstur biskut ini .
Jadi Mas share lagi disini yerk ..
Selamat mencuba 


Biskut Dahlia 
Resepi : Norazie - Resepi.net 
Sumber : Noorsha - 1001 Cerita 1001 Rasa 

Bahan : 
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan 
120 g gula aising 
 2 kuning telur 
4 sudu makan susu pekat manis 
 1 camca teh esen vanilla
 240 - 300g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2 - ayak
 100 g tepung jagung - ayak
200 g tepung kastard - ayak
 Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan 


Cara : 
 Pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula atau senduk kaytu sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang 
Masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk .
 Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. 
Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. 
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 - 25 minit. ... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe
 Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. 
Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 







Saturday, June 11, 2016

Samperit susu cheese yang sedap




Assalamualaikum.
Biskut raya pertama, Mas share resepi Semperit Susu Cheese yang sedap, lembut gebu didalam mulut.
Untuk resepi ini, sukatan susu pekat manis Mas dah adjust, sedang2 elok manisnya sebab resepi sebelum ini, agak manis .
Jadi selamat mencuba yerk, bahan2nya memang simple, jadi pastikan caranya betul, Insya Allah menjadi biskut anda, jangan terlebih bakar yerk, sukatan tepung pun, agak2 doh dah tak melekit pada tangan, dah cantik untuk digunakan.
selamat mencuba



Biskut Semperit Susu Cheese  

Bahan-bahan: 
 200g susu pekat manis - sedang elok manisnya 
 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.  
500g -  540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**  
120g cheese tatura - biarkan dlm 10 minit

  Cara-cara :  
Gaul sebati susu pekat manis, butter dan cheese menggunakan senduk kayu 
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu. 
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper @ dioles dengan mentega. 
 Letakkan choc chips atau ceri yg dipotong kecil2 atasnya .
 Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C selama 25  minit atau hingga bawah @ctepi biskut nampak mula keperangan.  
Sejukkan & simpan didalam bekas kedap udara.  

Tip:   
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi.  
Ini kerana apabila butter dan gula @ susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan.  
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.   

Mas juga menerima tempahan untuk Biskut Semperit Susu Cheese, boleh whatsap 0134242505 .




Saturday, July 11, 2015

Biskut Telur Rebus yang sedap




Assalamualaikum.
Untuk kelainan, apa kata mencuba resipi Biskut Telur Rebus ni .
Memang sedap ... kelainannya sebab menggunakan kuning telur rebus .
Jadi, jom la mencuba membuat biskut ni ..
sedap tau .


Biskut Telur Rebus 
Resepi : Mamajay 
Sumber : Noorsha 

Bahan² : 5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja ) 
2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan tepung jagung maizena
 1 cawan tepung kastad 
2 cawan planta @ butter 
1 sudu kecil esen vanila 
1 sudu kecil baking powder - Mas tk letak 
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja ) badam hiris secukupnya untuk hiasan



Cara² :
 1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek. 
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta. 
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.  
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.





Friday, July 10, 2015

Cornflakes Madu




Assalamualaikum.
Antara biskut wajib tiap tahun ..
Cornflakes Madu ..
TQ pd Kak Nor - Secubit Garam utk resepinya .


Cornflakes Madu 


Bahan :
 1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) - saiz sedang 
6 sudu besar butter  
6 sudu besar gula pasir 
 2 sudu besar madu  
Nota :
Mas tambah kismis & ceri 


Cara : 
 Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes.  Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kismis & ceri, gaul sebati.
Padamkan api.  
Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap.  
Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit.  
Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

 Tips:  
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus..  
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus.. 




Thursday, July 9, 2015

Biskut Almond London yang sedap




Assalamualaikum.
Antara biskut yang wajib dibuat tiap tahun, Almond London.
Mas setia dengan resepi ini .
Jadi Mas share lagi disini untuk kawan2 mencubanya .



ALMOND LONDON 
Sumber : Rahel & Nizamadey 
Sumber : K.Nor@SecubitGaram 
Sumber :  Ayu Citarasa Rinduan  

Bahan:  (150 biji) 
250g mentega 
125g gula halus 
1 biji telur 
1 sudu teh esen vanila 
50g serbuk badam (optional) 
200g tepung jagung } 
300g tepung gandum }
 1 sudu besar tepung beras } 
1 sudu teh baking powder }  - ayak bersama
 200g kacang badam,digoreng tanpa minyak - Mas bakar
50g badam cincang untuk hiasan 
+/- 700g cokelat compound 


Cara;
 1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam.Kacau. 
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata. 
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya. 4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega. 5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit. 
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan. 




Tuesday, July 7, 2015

Biskut Semperit Susu Cheese




Assalamualaikum. 
Satu lagi resepi biskut yang ditambah cheese @ keju dalamnya... 
Biskut Semperit Susu Berkeju.. 
Satu campuran yang menjadikan biskut samperit susu ni lebih sedap.. tak rasa muak disamping tekstur biskut yang seakan2 mencair dimulut... memang sedappp.... 
Untuk resepi.. Mas copy dari blog Anna Qawina , 
TQ yerk geng... 
Mas share resepinya disini ...
TQ juga pada Marizah Miza atas idea yang mabeless ni.. 



Biskut Semperit Susu Cheese 

Bahan-bahan: 
250g susu pekat manis 
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. 
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai** 
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)   

Adunan Keju : 
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)  125g cream cheese di biar lembut suhu bilik 2sdb susu pekat 
1/4 cwn susu cair
 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

 Cara-cara : 
Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. 
Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  
Pukul guna senduk je. 
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. 
Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung. 
Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung. 
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. 
Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar). 
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
 Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara. 

Tip:  
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. 
Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. 
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.


 Note : 
 Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. 
Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu. 




Monday, July 6, 2015

Samperit Susu yang sedap




Assalamualaikum.
Antara biskut yang mendapat sambutan hangat untuk tempahan biskut raya tahun ini.
Mas share lagi resepinya disini.
Tips mendapatkan samperit yang melting dalam mulut, pastikan tidak terlebih bakar dan suhunya tak terlalu panas, untuk oven Mas, suhu 160c dan Mas bakar selama 25 minit atau sehingga tapak kuih tu nmpk perang nipis jerk .. Insya Allah , sedap tekstur biskut samperit susu ni .
Selamat mencuba.


Resepi Biskut Semperit Susu 
Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack 
Semperit Susu by Anna Qawina 

Bahan: 
120g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
 125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g 
240g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan 


Cara: 
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. 
Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).  
Tip: 
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. 
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang. 
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. 
My experience, 240g just nice untuk picit ke dalam acuan. 
Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. 
Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung. 
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. 
Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar). 
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C selama 25 minit atau hingga bawah biskut nampak mula keperangan,terus kluarkan loyang dan sejukkan biskut.. 
Jngn terlebih bakar yerk, nnti biskut tak melting ... 





Friday, July 18, 2014

Biskut Samperit yang sedap...




Assalamualaikum.
Biskut wajib dibuat tiap tahun...
Biskut Samperit ..
Mas suka guna resepi dari blog Noorsha ...
Tekstur biskut yang mencair dimulut memang best dinikmati...
Mas share resepinya yerk..

Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net

Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan

160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla

240 g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan

Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.