Search This Blog

Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Cendawan Rangup



Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua...
Hari ni tak kemana - mana...dok rumahh jerkkk....
Lagi pun semalam dah puas jejalan, habiss carefour, giant, hero ditawafnya...
Jadi hari nie nak rehat2kan badan lak....
Meh layan dulu Cendawan Rangup menu kegemaran family Mas....
Nak membuatnya pun senang jerk...
Dan Mas menggunakan Tepung Bestari pulak...
Hmmmmm....sangat sedapppp....
Rangupppp...pedasssss....
suka sangat anak2 dan suami makan...
tapi cendawan nie dah banyak hari Mas buat..
jangan ada yang minta yerk...
tengok jerk resepinya...dan boleh mencubanya....
berbaloi - baloiiiiii...he3

Cendawan Rangup
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
cendawan
tepung bestari
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara :
Basuh cendawan dan toskan. Kemudian siat - siatkan cendawan tu.
Masukkan cendawan dalam satu bekas bertutup dan taburkan Tepung Bestari  secukupnya.
Tutup tudung bekas tu dan goncang2kan biar sampai tepung menyelaputi cendawan tu...
Panaskan minyak dan goreng cendawan tadi hingga garing.....
Angkat dan toskan...
Sedia dimakannnn....



Saturday, July 2, 2011

Cendawan Goreng Hot & Crunchy



Assalamualaikum. Ari ni masak simple2 jerk...jadi meh layan Cendawan Goreng Hot & Crunchy ni. Memang sedapppp...ranguppp...sedappp dicicah ngan sos thai...untuk cendahwan goreng ni, Mas try resepi Kak Nor lak...cuma ditambah cajun dalamnya....dan ada sedikit perbezaan masa membuatnya sebab Mas tak celup cendahwan dalam tepung, Mas  gaulkan cendahwan ngan yogurt dan sedikit garam, baru Mas salutkan dengan semua bahan2 kering yang telah disatukan sebati..ni gara2 salin bahan2 jerk...lupa lak cara membuatnya...kikikiki...alhamdudillah..cendahwan tu sedappp...rangupp jer...maceh pada Kak Nor...jangan marah yerk sebab terdehaka lak....kalau kepala pening...macam2kan...nasib baik menjadi dan sedappp.....

Cendawan Goreng Hot & Crunchy
Bahan :
  • 400 gm cendawan tiram
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cup/bekas yogurt plain
  • 1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas - Mas letak cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak utk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
  2. Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan. Mas satukan yogurt dan sedikit garam dan sebatikan dengan cendahwan.
  3. Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati. Mas satukan tepung gandum, tepung beras, cajun, serbuk cili dan sedikit garam. Mas tak letak air.
  4. Panaskan minyak dgn api yg kuat.
  5. Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter ( Mas salutkan cendahwan yang berlumur yogurt tadi dengan bahan no2 dan goreng hingga masak/garing.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
  8. Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)



Tuesday, April 19, 2011

Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan



Assalamualaikum. Baru lepas masak tau Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan ni. Nampak Kak Nor buat semalam, jadi teringin lak. Lagi pun dah banyak hari tak buat masak lemak...jadi hari ni masak masak lemak lak, lagi pun  lauk gini memang peberet Ain..Daniel kurang sikit, jadi Mas buat sambal ikan cencaru untuk Daniel. Boleh la maknya join sekali..he..he....
Mas memang masak awal lauk pauk ni sekali ngan  makanan lain untuk bekal anak2 ke sekolah petang. Senang kerja. sekali masuk opis...settle semua kerja..he..he..
Wahhhh..memang sedapp la masak lemak gini, tadi pun dah cedok semangkuk meratah sikit...Mas tak pernah buat lagi masak lemak udang ngan cendawan..sedappp tau...untuk penggemar masak lemak, boleh try resepi ni....sedapppp...
maceh Kak Nor sudi kongsi resepi Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan ni. Ehhh....Kak Nor kata gulai, rasa Mas ni masak lemak..kiranya sama juga la kan Kak Nor....cuma sebut jerk lain....he..he..

Gulai Lemak Udang Dengan Cendawan
Bahan:
  • 300 gm udang - dibersihkan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 in kunyit - ditumbuk
  • sedikit belacan
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 - 5 bj cili api- diketuk / belah dua
  • 1 keping asam gelugur
  • garam
  • sedikit gula - jika suka
  • cendawan tiram secukupnya

Cara memasak :
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali cendawan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
  3. Masukkan cendawan dan biarkan seketika barulah dipadamkan api.
  4. Sedap dihidangkan bersama ulam2an dan sambal belacan :)

Sunday, January 30, 2011

Cendawan Goreng dan Bunga



Assalamualaikum. Meh layan Cendawan Goreng yang Mas buat Jumaat lepas sebab semalam ngan ari ni masak gitu2 jer sebab banyak makan luar masa keluar jejalan.....esok baru masuk opis balik...
Ain ngan Daniel pun sekolah Isnin ngan selasa jer...rabu baru start cuti CNY....
Mas tak kemana2 CNY nanti sebab hubby keje...dok diam2 kat rumah jer la....meh tengok resepi simple cendawan goreng ni...guna tepung segera jer...janji sedappp...

Cendawan Goreng
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • cendawan tiram
  • telur
  • tepung goreng Seri Aji
  • minyak untuk menggoreng
Cara memasak :
  1. Bersihkan cendawan tiram dan toskan biar kering. Kemudian carik2kan.
  2. Gaul sebati dengan telur dan salutkan dengan tepung goreng seri aji ( tak payah letak garam dan serbuk cili sebab dalam tepung dah ada ) dan terus goreng hingga cendawan garing, angkat dan toskan.
  3. Sedap dimakan panas2.... 

Tahniah untuk Kak Yatie sempena blog Kak Yatie yang dah mencecah 1000 follower. Mas gantung bunga pemberian Kak Yatie yang cantik ni buat penyeri blog Mas. Moga blog Sinar kehidupanku akan sentiasa bersinar2 seiring dengan namanya.....


Thursday, November 11, 2010

Cendawan Goreng Tepung



Nampak Izah buat, jadi Mas pun follow, selalunya beli jer kat pasar tani, sekali beli sampai 2 cawan, tak sempat sampai rumah dah abis makan dalam kereta. Kali ni try buat lak...tengok cendahwan goreng Izah sebiji macam yang Mas selalu beli. Memang betul, bukan saje rupa sama, rasanya pun sama..... Ain ngan Daniel pun cakap macam kat pasar tani. Lepas ni boleh buat sendiri, puas sikit makan, 1 peket boleh dapat banyakkkk...maceh Izah.......lappp u...dan betul kata kau..tak meletupp masa goreng.......dan rangupp masa menguyahhh.....

Cendawan Goreng Tepung
Sumber : Izah
Bahan :
  • 250 gm cendawan tiram
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili - Mas tambah
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 @ 2 biji telur - Mas guna putih telur
Caranya membuatnya :
  1. Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
  2. Satukan kesemua tepung, rempah kari, serbuk cili dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  3. Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
  5. Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.

Monday, October 11, 2010

Cendawan Goreng Cili Api



Nampak kat dapur Kak Dayang Jack terus jadi teringin. Cuma cendahwan ni dah terderhaka sebab Mas terlupa letak kunyit hidup masa nak tumbuk bahan2 tu, dah siap masak, dah ambik gambar baru perasan dan Mas tak masak kering macam resepi  Kak Dayang Jack sebab nak ada kuah sikit. Memang sedap cendahwan ni, sedap dimakan ngan nasi panass.

Cendahwan Goreng Cili Api
Sumber : Kak Dayang Jack 
Bahan-bahan :
  • 200 g cendawan tiram putih - dibersihkan dan dihiris
  • 10 - 15 biji cili api hijau  / merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan.


Tuesday, August 24, 2010

Cendawan Pedas



Selain dari Rendang Tok, Mas masak Cendawan Pedas. Biasa la kan, tekak ni mesti nak yang pedas2. Memang sedap makan dengan nasi panas, sedap tau Cendawan Pedas ni, kalau ada yang nak tambah isi ayam atau udang  rasanya lagi sedap, Mas letak cendawan jer, kelam kabut masak sebab tengok jam dah 6.30 ptg, tapi sempat lagi ambik gambar...ha..ha..menu berbuka petang semalam Mas masak Rendang Tok, Cendawan Pedas, ikan goreng , Cendawan goreng dengan telur , agar2 ngan air laici...


Cendawan Pedas
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • cendahwan - siat2 sikit
  • isi ayam @ udang - mas tak letak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • cili padi - ditumbuk, ikut pedas yer
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air
Cara :

  •  Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan sos tiram, kacau lagi, masukkan cendahwan dan sedikit air, kacau lagi, masukkan sedikit gula dan garam jika perlu, biarkan mendidih seketika dan tutup api.

Saturday, August 7, 2010

Cendawan Goreng Dengan Telur



Assalamualaikum. First time tau Mas buat Cendawan goreng dengan telur ni...memang sedap...resepi asal dari dapur CikManggis tergoda lak nengok telur goreng cendawamn cikmanggis tu...rasanya kalau ratah macam tu jer pun sedap, 

Cendawan Goreng Dengan Telur
Sumber : CikManggis
Bahan:
  • cendawan - carik2kan
  • 3 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar - hiris halus
  • cili padi - hiris2 halus
  • garam dan serbuk perasa
Cara memasak :

  • Satukan semua bahan dan masak seperti memasak telur dadar....


Friday, July 2, 2010

Cendawan Goreng



Tengahari ni Mas goreng cendahwan tiram, anak - anak ratah macam tu je, Alhamdudillah... Ain pun nampak makin berselera makan,  Baru seminggu lebih deman, badan Ain dah nampak susut sikit, mudah2an Ain makin berisi balik ye...


Cendawan Goreng
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • cendawan tiram - cuci bersih, lap sikit untuk hilangkan air kat cendawan
  • serbuk lada putih
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit serbuk perasa
  • garam secukup rasa
  • telur - dipukul sedikit
Cara menbuatnya :
  1. Sebatikan semua bahan diatas kecuali cendahwan dan telur. Ketepikan.
  2. Salutkan cendahwan dengan adunan tepung tadi.
  3. Celup cendahwan kedalam telur.
  4. Kemudian salutkan lagi dengan adunan tepung tadi.
  5. Goreng hingga garing.
  6. Sedap dicicah dengan sos.