Search This Blog

Showing posts with label Puding Caramel. Show all posts
Showing posts with label Puding Caramel. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Puding Karamel Yang Sedap & sedikit tips ...




Assalamualaikum.
Antara dessert yang sangat nyaman dinikmati ketika cuaca panas...
Makan sejuk2 memang sangat best kan ..
Sebenarnya banyak resepi yang Mas dah try.. jadi resepi ni adalah olahan dari pelbagai resepi yang Mas cuba sebelum ni..
Ini yang terbaik untuk digunakan.
Custemer pun dah banyak kali repeat order Puding Karamel resepi ini..
Alhamdulillah ..mendapat respon yang positif ..
Mas share juga sedikit tips membuat Puding Karamel ni sebab yang paling mendebarkan ialah masa terbalikkan puding tu... kadang2 bahagian bawahnya akan melekat pada loyang.. 
Moga perkongsian ini memberi manafaat buat semua yang ingin membuatnya ..


RESEPI PUDING KARAMEL
Olahan : Mas Duniaku 



Bahan :
5 biji telur  size A
250ml susu segar
250ml susu pekat manis
1sk esen vanilla



Karamel:
90g  gula pasir
4 sudu besar air panas


Cara :
Sediakan karamel@gula hangus - 
Sapu butter pd permukaan loyang (TIPS ELAK PUDING MELEKAT MASA TERBALIKKAN NNTI) 
Masukkan gula ke dalam periuk. 
Hanguskan hingga keperangan dengan api kecil kemudian masukkan 5 sudu besar air panas, Kacau perlahan2 hingga gula sebati .
  Terus ke dalam loyang YANG DISAPU BUTTER TADI . Sejukkan.

Puding Karamel :
Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. 
Sejukkan, kikis sekeliling loyang baru terbalikkan dengan berhati2 . 
Potong dan hidangkan.




Monday, September 2, 2013

Puding Karamel - sedap sangatttt




Assalamualaikum.
Masa belek2 blog kak Azie, terjumpa resepi Puding Karamel ni...seriusss terus terpikattt...
Jadi Mas pun try membuatnya....Alhamdulillah....memang sangatttt sedapp..Jadi Mas share resepinya disini pulak yerk..TQ kak Azie...



Puding Karamel - Resepi II
Oleh: Azie Kitchen
Untuk: 20 bekas


Bahan :
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 telur - buang mata
Esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir - untuk dijadikan gula hangus
3 cawan air - untuk dijadikan gula hangus




Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Gula hangus ni memang cair yerk...
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.




Friday, September 7, 2012

Puding Karamel Lapis Coklat




Assalamualaikum.
Salah satu Puding Karamel yang Mas sangat suka.
Enak sangat dimakan sejuk2....
Pernah buat untuk first timenya dan entrynya ada DISINI. Untuk kali ni, rasanya dah berbelas kali Mas buat Puding Karamel Lapis Coklat ni. Gabungan karamel dengan rasa coklat tu memang mabelesss...
Dan selalunya Mas guna sukatan resepi dari Kak Hana, setengah sukatan dari resepi asal sebab tak ramai yang makan kat rumah Mas ni. TQ yerk kak....
Disini Mas letakkan juga resepi asal supaya ada pilihan, puding bersaiz besar @ pun sederhana.
Untuk melihat cara2 lengkap membuat Puding Karamel Lapis Coklat ni, boleh lihat didapur Kak Ann - Periuk Tanah.
Selamat mencuba...


Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan :
Bahan A
1 tin susu cair (Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. 
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. 
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
Potong dan hidang.




Mas pun ikut sukatan yang Kak Hana buat. 
Buat setengah adunan dari resepi di atas. 
Mas pun rakyat tak ramai juga. 
Tima kasih yer Kak Hana untuk resepi 1/2 adunan ni....

Bahan :
  • 4 biji telur gred B
  • 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko @ 1/2 sk nescaffe + 1/2 sk pes coklat 
  • >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.

Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas

Cara :
  • Untuk membuat karamel 
  •  Hanguskan gula sehingga perang. 
  • Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. 
  • Tuang terus ke dalam loyang @ bekas. Ketepikan.

Untuk Puding :
  • Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih. Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
  • Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5 -7min. 
  • (bergantung ketebalan lapisan). 
  • Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.


Monday, June 27, 2011

Puding Karamel Tanpa Telur



Assalamualaikum. 
Satu lagi resepi puding karamel yang best......dan tak menggunakan telur.....rasanya seakan2 agar2...sedapp bila digabungan dengan gula hangus tu....nyaman bila dimakan dikala cuaca panas......cuaca tak panass pun syok mamam puding yang dinginn ni.....ada sape2 yang nak join...gi ambik dalam esbox tu....resepi yang datangnya dari firasyira ni memang best....tengok respon ramaiii bebenar yang dah mencuba kat myresepi......tu yang teringin gak mencubanya.....sedappppp...

Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan A :
Karamel 
150 g gula 
100 ml air panas

Bahan B : 
1 bungkus agar - agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C :
1 tin susu cair - lebih kurang 400g
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla
Campur sebati semua Bahan C.




Cara membuatnya :
Hanguskan gula cam buat karamel untuk puding karamel yang lain gak...
biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
Dalam periuk, didihkan Bahan B, kecilkan api .
Kemudian masukkan Bahan C, kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
Bekukan sebentar dan hidang 
lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.

Wednesday, June 15, 2011

Puding Karamel Pisang



Assalamualaikum. Fuuhhh...penatt juga ...panas2 gini best kan dapat makan dessert yang sejuuukkkk. Jadi meh layan Puding Karamel Pisang ni. Memang bercadang nak buat bila ternampak kat Kongsi Resepi. Jadi bila ada lebihan pisang masa Mas buat kek pisang semalam, terus Mas godek2 buat Puding Karamel Pisang lak. Saspen juga masa nak makan puding ni. Hmmm...sedappppp tau...pisang tu tak terasa sangat....cuma puding ni tak selicin puding karamel biasa tu....gabungan pisang dalam karamel ni pada Mas sedapp dan serasi....boleh dicuba untuk penggemar puding karamel yang nak kan kelainan....maceh pada Kak Nuri yang sudi berkongsi resepi Puding Karamel Pisang ni. 

Puding Karamel Pisang 
Sumber :  Kongsi Resepi

Bahan karamel :
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Bahan Puding :
12 biji pisang Abu/Nipah - Mas guna 4 biji pisang berangan
3 keping roti - buang tepi dia yg kaler gelap
2 cawan santan
2 1/2 tbsp gula pasir
3 tbsp susu pekat/krimer manis
3 biji telur Gred B
1 tsp esen vanila



Cara membuat karamel : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Untuk membuat puding :Kupas kulit pisang dan buang empelurnya iaitu bahagian dalam pisang yg warna agak gelap tu, kemudian carik2kn roti.
Masukkan semua bahan puding ke dalam blender dan blend hingga halus.
Tuang adunan yg sudah diblend ke dalam loyang karamel..
Kukus puding selama 30minit @ hingga puding masak. Sebelum kukus, tutup loyang ngn aluminium foil. Akak x tutup sbb aluminium foil dh abis.. x beli lg. Klau x tutup ngn aluminium foil, balut penutup kukusan ngn kain bersih.
Bila dh masak, angkat dan sejukkan.. Biar betul2 sejuk baru terbalikkan atas pinggan @ bekas. Sebelum terbalikkan, amik pisau pemotong kek, lalukan di tepi puding untuk longgarkan puding dari loyang.
Sedapp dimakan sejuk2 dari freeze....nyamannn...


Friday, November 12, 2010

Kek Puding Karamel



Kek Karamel ni Mas buat petang semalam, masih ada baki suku lagi dalam freeze tu. Memang sedappp. Mas nampak ramai yang dah mencubanya. Kek ni lebih sedap dimakan sejuk2. Semalam nampak Kak Hana buat dan petang tu lak Izah pun buat  dan tadi nampak kat dapur Ika pun ada, sebelum tu rasanya  Anna.Qawina dah mencubanya dan maceh untuk tuan resepi  Kak.Yani myresipi.com
Disini Mas nak ucapkan terima kasih tak terhingga untuk semua yang doakan yang terbaik untuk Anniversary Mas dan hubby tahun ini...mudah2an semuanya dimakburkan Allah yer...amin.

Kek Puding Karamel

Bahan-bahan :
  • Karamel
  • 60g gula - hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair @ segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air - yang nih hana tambah

Cara-cara :
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Tuesday, October 12, 2010

Agar - agar Karamel




Assalamualaikum.
Tengah hari ni jom kita sejukkan tekak ngan Agar - agar Karamel ni. Sedap tau. Hari tu Mas ternampak masa selongkar dapur Kak Nor. Jadi teringin pulak mencubanya bila nampak Agar - agar Karamel ni, jadi Mas try buat. Memang sedap...sesuai ngan kuah karamelnya tu.....terima kasih pada tuan resepi Shafidah Shamenuntuk resepinya, Mas ikut macam Kak Nor.
             
Agar - agar Karamel
Resepi : Shafidah Shamen
Sumber : Kak Nor dan CMG

Bahan untuk karamel :
1 cawan gula pasir - mat guna 3/4 cawan
3 camca besar air

Cara membuat karamel :
Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

Bahan  : 
8 g serbuk jelly - k.nor guna serbuk agar2 10gm
600 ml air - k.nor lebihkan 100ml
300 ml susu cair
120 g gula halus - k.nor letak 5 sudu besar aje
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla


Cara membuatnya :
Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly @ serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu + kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. 
Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...


Tips dari Kak Nor :
Bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sebab tekstur puding jadi keras siket.
Dalam adunan puding K.Nor kurangkan sukatan gula sebab dah ada rasa manis dari karamel.
Kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sebab serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly.




Saturday, September 18, 2010

Puding Karamel



Mas buat untuk berbuka semalam...time2 puasa ni tekak terasa nak makan puding karamel jer..hasil selongkar dapur Kak Hana, Mas jumpa Puding Karamel ni....sedap tau makan masa sejuk2....Abang ngan Ain pun suka, Daniel jer yang kurang sikit Puding Karamel ni....maceh Kak Hana ......kata Kak Hana resepi dari  Kak Zai.maceh yer Kak Zai.....

Puding Karamel
Copy :  Kak Hana
            Kak Zai


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
Untuk Puding :

  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar tepung jagung / tepung kastad
Cara-cara :

  • Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati. Tuang terus ke dalam loyang 8inci dan biarkan sejuk seketika.
  • Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
  • Tuangkan adunan puding ke dalam loyang gula hangus tadi.
  • Kukus 20 minit hingga masak.


Saturday, September 4, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat




Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama teringin nak buat puding ni semenjak nampak kat dapur Kak Hana, asyik tertangguh jer, bila nampak Izah buat, tak boleh tahannn....mesti buat, jadi pagi semalam Mas terus start projek buat puding ni...senang ropanya nak buat puding ni....Mas buat ikut sukatan Kak Hana, buat 1/2 adunan jer...perhhh.....memang betul kata Kak Hana ngan Izah...betul2 sedap.......bila dah start makan susah nak berhenti....rasanya Mas tak puas makan lagi, nak kena buat lagi....maceh yer Kak Hana ngan Izah.....memang sedappp sangat puding ni....rakyat jelata kat rumah ni semuanya suka, tak cukup 1/2 adunan tu....he..he...


Puding Karamel Lapis Coklat
Copy : Kak Hana dan  Izahdaut

Bahan :
Bahan A
1 tin susu cair (Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. 
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. 
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
Potong dan hidang.





Mas pun ikut sukatan yang Kak Hana buat. 
Buat setengah adunan dari resepi di atas. 
Mas pun rakyat tak ramai juga. 
Tima kasih yer Kak Hana untuk resepi 1/2 adunan ni....

Bahan :
  • 4 biji telur gred B
  • 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko @ 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat 
  • >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.

Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas

Cara :
  • Untuk membuat karamel 
  •  Hanguskan gula sehingga perang. 
  • Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. 
  • Tuang terus ke dalam loyang @ bekas. Ketepikan.

Untuk Puding :
  • Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
  • Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. 
  • (bergantung ketebalan lapisan). 
  • Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.