Search This Blog

Monday, March 21, 2011

Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh.



Assalamualaikum. Bersiaran dipagi Isnin, Ain ngan Daniel pun dah start sekolah, sunyi sepi la balik rumah ni. Meh layan Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh. Ain ngan Daniel suka masakan berkuah gini. Masak Lemak Telur Itik ni memang masakan tradisi orang Negeri Sembilan kan. Memang sedappp..letak lak belimbing buluh tu...perhhhhhh...sedapp bangat...tak cukup telur sebiji tu...he..he...Mas suka kalau kuning telur tu tak keras macam setengah masak sikit...baru sedappp. 

Masak Lemak Cilipadi Telur Itik Dan Belimbing Buluh
Sumber : MasDuniaku
Bahan : 
  • 5 biji telur itik
  • 8 biji belimbing buluh - cuci bersih dan belah 2 
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • santan dari sebiji kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub ikan bilis
Bahan tumbuk :
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili padi - Nak pedas letak lebih
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan bahan tumbuk, serai, asam gelugor dan santan kedalam periuk, kacau sebati dan didihkan. Kemudian biarkan mendidih dengan api perlahan. Perasakan dengan gula, garam dan kiub ikan bilis. Biarkan lagi untuk seketika.
  2. Pecah kan semua telur itik dalam satu bekas lain dan dengan berhati2 cedok sebiji telur itik dengan senduk dan tuang perlahan2 kedalam kuah tadi, pastikan kuning telur tidak pecah, ini supaya telur itik tu cantik bulatnya. Buat hingga habis semua telur itik yg dipecahkan tadi.
  3. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras, kacau perlahan.
  4. Bila mendidih boleh masukkan belimbing buluh dan biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 


13 comments:

  1. jenguk sambil mata nak tutp balik neh..hehehee... nak semangkuk buat makan pagi neh.belasah jee..malas tul nak ke dapur neh

    ReplyDelete
  2. Izah,
    ijahhhh...kau dah balik yer...rindu la kat kau makcik....
    cepat panaskan dapur tu..jangan malas2.....wakakaka

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Mas sat gi tengahari masak nasi lebih sikit akak nak lunch kat umah mas.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mas...kalau masal lemak telur itik ni memang favourite hubby akak..selalu kalau nak makan beli jer kat kedai depan umah tu..hehehe..sebab tak de telur itik...

    ReplyDelete
  5. Dulu pernah makan masa pergi ke Negeri Sembilan, memang sedap giler, terangkat. Tapi sekarang saya duduk kat New Zealand. Tak pasti boleh dapat telur itik dengan belimbing buluh. Boleh tak ganti dengan telur ayam ke? Belimbing buluh nak ganti dengan apa?

    ReplyDelete
  6. Kak Sam,
    akak..beresssss..he..he...

    Kak Nazrah,
    akak..hubby mas lak tak gemar, mas ngan anak2 jer yang makan...
    sedapp kan kak..masak sendiri lagi puas ati makan...
    klu yg beli, brpe hrga telur itik tu..
    klu kat jalan kuala pilah, 65 sen sebiji...

    Ismail Fitry,
    hmmm..memang tempatnya klu kat n9 tu..he..he....
    klu tak de telur itik, telur ayam pun boleh.......
    klu tak letak belimbing buluh pun tak pe.....
    sedapp juga....

    ReplyDelete
  7. kat sini sebijik telur masin tu 70sen ke 80sen mas..
    sedap ek mas?bak aku rasa skettt..terliur lak aku dbuatnya

    ReplyDelete
  8. Sue,
    wehhh..telur masin si Daniel suka sangat....
    sedapp la sue telur itik masak gini.....kau pernah makan tak..he..he..

    ReplyDelete
  9. Mas...mm lama tak masak telur itik ni...he3....mentanag2 lah minggu tanpa telor kak dah over...tp kalu ganti telur ayam hacuuuus tak mas?

    ReplyDelete
  10. salam mas

    kalau mas ada jumpa telur asin yang tak di salut dgn habuk hitam tu,cuba mas beli dan gulai mcm ini jugak..biasa telur asin jenis tu diorang jual dalam balang..sedap mas kalau di gulai..memang perghhhh sungguh2..tapi kena buat pedas2 sikit.

    ReplyDelete
  11. laparnya nampak lauk camni:)gaul dgn kuah banyak banyak pada nasi..pastu suap!! suap ..alhamdulillah kenyang hehe

    ReplyDelete
  12. kak mas, org n9 semua mende pon masak lemak cili api, kn.. hihi.. tun rasa kak sue tu ingat guna telur masin laa.. resepi ni guna telur itik fresh, kn. baik akak gi ckp kt dia btol2 tu, nnti dia wat guna telur asin susah lak. hihi..

    ReplyDelete
  13. uish akak nya favourite ni..1 biji tak cukup at least 2 baru kenyang..hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.