Dalam cuaca sejuk2 ni...memang sedap makan kek yang masih2 suam2 sambil minum teh 0. Meh sape yang nak join sekaki..sila bawa air sendiri...he..he...
Semalam nampak CMG buat kek pisang yang gebu dan lembut ni....jadi pagi tadi lepas hantar Ain ngan Daniel gi sekolah, Mas terus buat kek pisang ni....kebetulan Mas memang baru beli pisang kat pasar tani semalam. Sedap tau kek pisang ni...lembut dan gebu jer....Mas derhaka sikit dengan letak choc chip dalam kek ni buat kek ni bertambah sedap.
Moist Banana Cake
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan - CMG
Bahan :
- 115 gram tepung gandum *
- 1/2 camca teh soda bicarbonate *
- 1/4 camca teh garam * ( * disatukan, gaul dan ayak)
- 3 biji telur gred B
- 1 camca teh ovallate
- 70 gram gula perang (brown sugar)
- 120 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
- 125 gram pisang rastali + 1/2 camca teh esen vanilla, dilecek halus
- 1 sachet NEscafe 3 in 1
Cara :
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2.5 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Putar gula perang dengan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan kueh boulu). Masukkan pisang lecek tadi, putar rata.
- Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung + nescafe 3 in 1, berselang seli dengan minyak jagung hingga habis, biasanya terakhir adalah tepung. Putar sebati. Kemudian tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 40 minit atau hingga masak.
- Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak, satu lagi lihat jika kek sedikit mengecut dibahagian tepi2 nya, itu pun salah satu tanda kek telah masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..