Search This Blog

Monday, January 17, 2011

Buncis Masak Taucu Sedap




Assalamualaikum.
Untuk lunch tadi, sedapp pulak makan kacang buncis ni bila di letak taucu, tambah lagi dengan udang dan telur...perhhh..tak terkata sedappnya....tak mo cakap banyak, meh tengok resepinya.....

Buncis Masak Taucu Sedap
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
10 tangkai kacang buncis - potong serong
udang
1 biji telur
3/4 camca besar taucu
1/2 camca besar sos tiram
Secubit gula
1/4 cawan air

Bahan ditumbuk :
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis


Cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucu dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
Masukkan kacang buncis dan kacau sebati, kecilkan api dan masak hingga kacang lembut. Masukkan secubit gula dan udang, kacau perlahan dan rasa, jika ok masukkan telur dan kacau lagi dan boleh matikan api. Sedap dimakan ngan nasi panasss....

5 comments:

  1. adusss!! nampak meriah, mewah je buncis tu...sedapnyaaa.. terliur plak akak rasa...

    ReplyDelete
  2. Mas

    buncis masak style nih selera arr akak tgk!!!nanti akak copy ek..

    ReplyDelete
  3. makcik..mmg nampak sedap nor la..kalau tak letak udang sedap ke?nak try jugak.masuk list

    ReplyDelete
  4. Kak Noorsha,
    udang jer..he..he...

    Kak Zarin,
    sedapp kak..try la buat...

    Kak Yat,
    boleh kak...slmt mencuba kak...sedapp tau...

    Izah,
    makcik, boleh jer kau ganti ngan ayam@daging...pon sedappp...aku tahu kau suka bunciss kan..he..he...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.