Nampak Kak Nieza buat ari tu, jadi teringin lak..jadi Mas pun buat. Sangat sedap dengan gabungan rasa coklat, pandan dan santan tu. Lagi pun kuih ni tak terlalu manis, sesuai ngan tekak Mas. Mas buat talam ni malam rabu lepas untuk jadikan sarapan pagi semalam, jadi dah abiss yer....he..he..resepi kuih ni boleh juga ditengok kat dapur Kak Yatie, ratu kuih kukus kita tu, banyak resepi kuih2 kukus yang best kat dapur Kak Yatie. Satu benda yang Mas sangat suka, bau kuih talam ni sangat wangi semasa Mas buka tudung pengukusnya. Aroma pandan tu sangat sedapp dihidu......
Kuih Talam Lapis Coklat Delight
Bahan :
- 300 gm tepung beras (saya guna 2 1/2 cwn tpng beras)
- 200 gm tepung ubi (saya guna 1 1/2 cwn tpng ubi)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil air kapur (saya guna 1 sudu kecil)
- 900 ml santan pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)
Bahan tambahan :
- 1 sudu besar serbuk koko *
- coklat paste secukupnya *(saya gantikan dgn coklat emulco )
- 1 sudu besar santan pekat *
- 1 sudu besar jus pandan *
- pewarna hijau secukupnya *
- 320 gm gula kastor
- 250 ml air
- 4 helai daun pandan
Cara :
- Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
- Panaskan pengukus. Gunakan loyang 8X8 inci...(saya alas plastik di permukaan loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
- Satukan tepung dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan, kacau rata dan tapis.
- Bahagi kepada 3 bahagian:
- - Bawah : Campurkan dengan serbuk koko & Coklat paste
- - Tengah: Campurkan dengan 1 sudu besar santan pekat (saya tambah esen ros sikit)
- - Atas : Campurkan dengan 1 sudu besar jus pandan dan pewarna hijau.
- Tuang adunan coklat sebagai lapisan bawah ke dalam loyang. Kukus selama 5 - 7 minit@hingga masak dengan api kuat. Setelah masak, cakar-cakarkan...baru lapiskan dengan lapisan tengah. Lakukan hingga habis.
- Last sekali, teruskan mengukus untuk selama 20 minit@ hingga masak.
- **Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.
mass..awat td tinggal tipuware akak! nah amik nih tulun isi kuih cantik tuh! geram nih hah peah oiiii,,, hihihi.....
ReplyDeleteMas dah buat eh...smlm nampak umah nieza, mengancam..kena tunggu hari cuti kot baru tangan ni ringan sikit..hihi..
ReplyDeletehuhu..roti tu...gebunya..aku lom buat apa2 lg..aduuiii...
wehh terliur bonar nengokkan talam ni..dah dapat bbayangkan bau pandan tu.tapi baru nak ura2 buat talam suji lagi nak habiskan tepung suji tu..camno ni?hehe
ReplyDeletepandai2nyer org kat sini dari 2 lapis kuih talam la ni dh dh 3 lapis..bijak2, msti sedap kan Mas!
ReplyDeleteKak Hana,
ReplyDeleteehhh..akak bawa tupeware akak, mas sajer buat tertinggal..he..he..
dah abiss la kak....tapi sedapp tau..
Anna,
haa...buat anna, sedapp tau..apasal tunggu cuti...
Izah,
makcik...kau ni bayak songgeh...tepung suji tu lmbt lgi expired...he..he...wangi ooo bau kuih ni....suka aku klu kau tergoda...
nampak cute kuih talam tu...rasa pun tentu best kan...
ReplyDeletex berani nk cuba wat kuih jenis talam2 ni...takut x jadi..eheheheh
mas,akak dah mula tergoda dah ni.tambahan mas letak sukatan cawan tu..maceh mas,mudahkan kojo den.cam boleh buat je hari ni.hehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletelain kali buat la lebih2 ckit...boleh pos mai sabah sikit...
he3x....
Salam Mas
ReplyDeleteSweet looking lah this kuih.. different and definately sedap kan..
mas, cantik laaa.... kuih tu la! hahahaha...mas pun cantik jgk. :) rasa nak try resepi ni tp part air kapur ni yg lemah ni sbb tarak ada lorr. agak2 aci tak klu akak buh tepung jagung? hahahaha....memandai jerrrkk!
ReplyDeletesalam mas,
ReplyDeletewaduh mas pun dah buat..akak dah lama masuk list tapi selalunya kuih lain yang cut queue..heheh..cantik & look very yummylah mas.. mesti nak buat jugak ni..
Kak Sofea,
ReplyDeletetu la kak, tngok resepi ni 3 lapis lak..tu yg try wat..memang sedappp sebab ada mcm2 rasa...mas bijakk ke, marah lak tuan resepi ni...
Kak Nuanza,
mas dulu pun takut nk buat kak, alhamdudillah..klu ikut betul2 resipi ni...menjadi talam tu....
Kak Anymz,
haaa...tak sabar lak nk tunngu talam kak anymz ni...nnti dah siap anto sini sikit kak....
Mr Mama,
mas nk pos dah semlm..tapi terlupa lak alamat mr mama....he..he..
Kak Rima,
he..he..betul tu..sedapp rasa gabungan 3 perisa tu..mas suka...
Kak Ina,
he..he..cantik ke..malu lak....tak tahu lak mas klu tak letak kapur ni kak...takut lembik lak talam ni..cuba akak tnya kak yati...atau sesiapa yg tahu..boleh tolong jawabkan.....
Kak Ayu,
akak...lepas ni terus buat,cian talam ni tunngu giliran, tak sampai2..he..he..
salam kak mas, bertingkat2 lawa kuih talam akak ni, suke tgk....ros bila nak buat kuih kukus2 ni....malasnya nak keluarkan pengukus tu heheeee
ReplyDeleteKak Mas.. santik n kemasnyer lapisan kuih tu... ader lagi ker.. nak tapau sikit.. sedap tu...
ReplyDeleteSalam Mas...
ReplyDeleteCantiknya Kuih Talam Lapis Coklat Ni..Kalau Kak Lin Yg Buat Mesti Comot2...
ros,
ReplyDeletepuuhhh..tiup angin mengukus kat ros lak....try la buat ros, sedapp tau..
Erma,
dah abiss erma...ari ni makan burger jer...he..he..
Kak Lin.
ehhh..mas potong pun ada yg comot tu kak...he..he...
Salam Mas,
ReplyDeleteAkak dtng komen dah 3 kali kat sini..tapi tak lepas2, nape ntah..
Apa pun akak suka tngk kuih talam lapis delight ni..cantik dan kemas je...sedapkan...tahniah kerana mencuba dngn jayanya.....luv U...
wah menarik dan tertarik ya betul memang wangi bau tu dan rasa pun x manis sgt...btw tq sudi cuba tu...tapi nengok mas buat lagi cun..akak buat lapis dah terbalik...berangan punya pasal...hehehe
ReplyDeleteKak Yati,
ReplyDeleteissshhh...kotak komen ni...bergurau lak dia ngan akak ...nnti mas puk kpla dia..he..he...
maceh kak...ni pun banyak belajar dari akak......
memang sedapp talam ni, mas suka...lapp u too kak.....muahaahaa...
Kak Nieza,
aiitttt...berpayung kak...mcm tahu jer tadi hujan..he..he..
ni gara2 tergoda tengok talam akak la....terus mas buat....sedapp dan wangi kan kak talam ni..mas suka....isshhh..akak ni..kuih akak lagi cantikkk loo...
Salam
ReplyDelete▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
ReplyDeletePada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570