Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, October 18, 2010

Moist Orange Mocha Brownies



Brownies ni untuk Ain bawa ke jamuan tuisyen pagi semalam. Teringin tengok Izah, Anna Qawina dan Kak Maz buat. Jadi Mas terpikir baik buat Brownies ni untuk Ain bawa. Memang betul kata Kak Maz, 1 adunan boleh dapat banyak. Untuk yang dipotong2 masukkan dalam cup tu, boleh dapat 25 biji.  Tak rugi tau mencuba Brownies ni sebab memang sedapp Moist Orange Mocha Brownies ni. Resepi asal dari Chef Hanieliza.

                                 

Moist Orange Mocha Brownies
Sumber : Izah, Anna Qawina,Chef Hanieliza dan Kak Maz 

Bahan A :
  • 1 cawan butter cair  / minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri
Bahan B : (kacau rata) - maz guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :

  1.  Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4.  Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cepat masak..ni oven maz la ye..
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

8 comments:

  1. nak 2 potong bleh...kongsi ngan ain lah

    ReplyDelete
  2. Salam kak mas,
    Hu... mengancam sungguh brownies ni..Guna whisk jer kan? Hurmm... tunggu beli susu dulu.. :))

    ReplyDelete
  3. Izah
    brownies dah abis la aunty izah...ain bawa gi jamuan...he,,he,,

    Indah
    salam indah, guna whisk jer indah..senang buat brownies ni...sedap lak tu...

    ReplyDelete
  4. uiii...mak aiii..leleh air liuq..huhuhu

    mas mmg rajin masak..sis salute kat mas..:)

    ReplyDelete
  5. ala sis ni, malu la..he..he..tak de la sis...saje teringin mencuba resepi baru...mana boleh tahan tengokk jer...

    ReplyDelete
  6. nampak pun dah sedap brownies ni...zarin suka makan brownies mcm tu je hehe tkyah susah2 taruk topping pun takpe...

    ReplyDelete
  7. salam mas...ni yg buat x leh tido mlm ni...teringat jer :))

    ReplyDelete
  8. Zarin
    topping tu untuk tarik minat bebudak zarin...mas pun suka letak topping...lebihh sedapp..

    Del
    ha..ha...kena buat tu...buat cepat2 Del...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...