Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, March 3, 2011

Basic Dough....wahhh macam2 boleh buat..



Basic Dough lagi...he..he..dah suka sangat ngan resepi Kak Nor ni. Buat macam2 jenis roti pun menjadi elok jer. Kali ni Mas buat roti sosej ngan pizza lak. Alhamdudillah...menjadi ..lembut dan gebu jer roti sosej dan pizza ni. Abang pun puji. Ain ngan Daniel pun suka sangat ngan piza tu...sedapp2 kata dia orang.....senyum lebar tukang masak tengok anak2 dan suami berselera menjamah roti dan pizza tu. Kak Norrr.....Mas dah jatuh ati ngan Basic Dough akak ni...lappp  u kak...muaahhhhh..

Basic Dough
Resepi Asal : Kak Nor
Copy : Mas Duniaku
Bahan :
  • 380gm tepung high protein ( tpg roti ) - Mas guna tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening

Kaedah 1 -  jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
  9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
  10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.

14 comments:

  1. tengok roti yg siap diintikan tu rasa mcm nak ngap jer... dpt seketul tu mmg kenyang sampai petang tu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. wah mas bekfas roti pg ni... sedap tu...

    ReplyDelete
  3. Kak Mas... lamanyer erma x kacau dapo akak.. sibuk cikit.. kak gebusnyer roti tu... puas ati wat sendiri.. erma dtg bawa muffin.. nak tapau roti...

    ReplyDelete
  4. dah agak lama tak bikin roti, mlm td nekad nak meroti harini...tp asbend ajak balik kg, nak gak wat kek tuk FIL aku, nak meroti ke ke eh? tah2 2 2 aku tak buat..hehe

    ReplyDelete
  5. uish gambar no2 tu macam makan sanwic kat kedai mahal² dah rupanya! boleh bukak cafe lah...

    ReplyDelete
  6. bila la kita nak ada seru meroti ni. penah buat, tp resepi knor ni belum la penah cuba lagi. dah bbrapa kali tgk roti mas ni, mmg tergoda sebenarnya .. huhu

    ReplyDelete
  7. makcikkkkkkkkkkkkkk..
    aku suke tengok pizza tu...
    lama dah tak buat pizza.sebab kalau buat aku sorang je makan..huhuuhh

    ReplyDelete
  8. Kak Madihah,
    kalau makan roti, memang tak nampak yg lain dah kak..
    memang mengeyangkan...

    Kak J41,
    dah abiss kak..tu untuk dinner..he..he..

    Erma,
    sukanya ngan adik sorang ni..siap bawa bekal..he..he..sedapp tu muffin..
    roti dah abiss la..he..he..

    Anna,
    nak balik kampung..buat la roti untuk mil...he..he..
    bodek sikit mertua tu..wakaka..

    KOG,
    haaa..nanti mas buka kedai roti..jadi kog jadi pelanggan tetap...boleh..
    wakaka..dasar berangan..he..he..

    Kak Ain,
    harus dicuba kak basic dough ni...best sangat...he..he..

    ReplyDelete
  9. Izah,
    klu kau buat basic dough ni..kau buat la pizza tok kau makan sorang..lebih tu kau wat roti...wakaka...

    ReplyDelete
  10. Mas buat perut akak berkeroncong....
    basic doh ni mmg mudah kan mas dan boleh dikatakan jimat belanja... hihi

    ReplyDelete
  11. Assalam kak mas,sy pun dah 4 5 kali wat roti guna resepi kak nor nih,mmg alhamdulillah mnjadi gebu n lembut jer wlpun smp 3ari..Ptg nih pun nak wat roti gak,Roti burger..Hehe..Btw roti akak yg da inti tu nmpak sedap jer,ngee..

    ReplyDelete
  12. Mas....rajinnya adik akak meroti ni...wat pizza n roll bagai lagi.....:) mmm nak stock kan kat dapur doha ni sket yer...:)

    ReplyDelete
  13. mas, cun la tgk rotimu itew....rasa nk ngap jer ada wat lebih tak akak lately ni cuti msk jap ...abg yg gantikan kejap msk2 ni...tapi msk cara dia lah..

    ReplyDelete
  14. Assalam Mas..kita pun tengah meroti gak..tapi suruh BM jer menguli dan membakar..kita malas sikit..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...