Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, March 11, 2011

Roti Sosej Berkeju



Ha...nampak macam ulat gonggok pun ada roti sosej ni....muahahaha...Ni pun n3 tertunggak yang Mas buat ari Rabu lepas. Untuk bekal Ain ngan Daniel, Mas try Roti Sosej Berkeju lak, entah mana silapnya..lepas bakar cheese dalam sosej tu ada yg dah cair...hu..hu...geramm betoi...tengok Kak Yatie buat, elok jer cheese tu dok kat sosej tu. Tak pe..lain kali try lagi. Apa pun roti ni memang best....Mas sajer buat kecik sikit sebab senang bebudak nak makan. CMG pun dah buat roti ni. Resepi asal dari Chef Norzailina Nordin.....tapi dak de lak linknya. 

Roti Sosej Berkeju
Bahan :
  • 270 g tepung roti (high protein flour)
  • 50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
  • 60 g gula halus
  • 1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
  • 2 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1 biji telur gred C
  • 140 ml air
  • 30 g mentega
  • Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
  • 2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar

Cara membuatnya :
  1. Untuk Doh :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. 
  2. Kaedah Lain : Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.

  •  Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
  • Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

15 comments:

  1. Rajin nya awak meroti...cantik jer..kalau kita tak kuasa..minta la satu ketul pun tak per..

    ReplyDelete
  2. Kak mas,lawa pe roti akak tu,kira okla tu kak bagi kita y bkn pro ni kan,janji sodap n licin kan kak..Puji2 juga,bak la seketui kak mas oii..ngee..

    ReplyDelete
  3. makcikkk..mana cheese nye mana? mana? mana? tak nampak pung..ngahahaha..weh aku baru nak buat.ko cakap cheese tu cair malas la nak buat..kikikiki...ko buat satu adunan ke separuh je weh..ni mesti minah separuh neh..kikikikikikikikikikikikikikiki

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Tensen nya. dah le kita nak pinjam BM tak kasi pastu duk tayang roti plak. Huahhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Kalau kakak tiga kali gigit je habis dah roti Mas nie...

    ReplyDelete
  6. yummy..buat alas perut ptg nih sedap nih...

    ReplyDelete
  7. ulat gonggok pon ulat gonggok laa.. janji gebus.. kak mas.. lg besh kalu cheese tu cair.. sedap nyer..

    ReplyDelete
  8. wah mas sedapnyer! tukar dgn macarons akak lah...

    ReplyDelete
  9. mas, mana gambo kat atas tu?ke akak yg tak nampak?..hehe gebus la roti tu mas...ulat gonggok pun comel gak montok2 gitu..hehe

    ReplyDelete
  10. Hi Mas...mintakkkkk roti! Sedapnya...terliur tengok! :D

    ReplyDelete
  11. Kak Nazrah,
    he..he..anak2 suka makan kak....
    dah abiss la..mas buat 2 ari lepas...he..he..

    Zaliedana,
    dah abiss la cayang..he..he..janji anak2 makan habisss..kan..kan..


    Izah,
    hampehh kau ijah....muahahaha..
    memang aku buat separuh adunan jer..puas ati..he..he..
    tak pasal2 laki aku
    pelik tngok bini dia gelak sorang2 depan lappy..ni gara2 baca komen kau la ni...wakakaka..

    Kak Sam,
    muahahaha...sabar kak sam..

    Kak Zakie,
    he..he..betul3......untuk bebudak elok buat comei2..

    Chikadakbiru,
    kena sangat tu...he..he..

    Tun ,
    wakakaka..cheese tu cair...dah meleleh kluar...kak yatie buat elok jer cheese tu...

    Kak Ita,
    ha..nak sesangat..tapi kan kak..roti sosej ni dah abiss..muahahaha..

    Kak Nieza,
    gmbr nma kak..mas tengok ada jer..he..he..

    ReplyDelete
  12. Salam Mas,
    Mintak roti tu seketul nak rasa, klu ada cheese mesti sedapkan

    ReplyDelete
  13. ulat gonggok pun ulat gonggok lah..janji sedap n anak2 suke makan kan mas?eina ni lum ade keberanian nak meroti nih..kang x jd ulat gonggok,jd monster pulak..hehehe...nape cheese leh cair ek?(soalan bodoh ke ape nih..hihihi)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Mas...

    Gebusnya Roti Tu...Cantik Pulak Pintalannya...Aduhai! Sedapnya...Poslah Sini Sikit Mas!

    ReplyDelete
  15. dah cantik dah roti tu mas..keju mencair tuh lagi menambah selera nak ngap!aku nak gakkk..ko x bwk pun ms dtg umah..nanti anta 2 ketui ek

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...