Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, March 30, 2011

Kembung Taucho



Assalamualaikum. Menu lunch semalam. Sedap tau kembung di tauchokan. Suka lak Ain ngan Daniel. Ni hasil skondeng Dapur Tanpa Sempadan, terliur lak tengok Ikan Taucho CMG tu...memang sedap ikan taucho ni, maceh untuk CMG, memang resepi yang mudah dan bahan2nya pun ringkas jer..kata CMG makan ngan bubur nasi pon sodapppp....
Mas makan ngan nasi panass jer.......

Kembung Taucho
Bahan :
  • 5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari) - Mas guna kembung
  • 1 biji bawang besar -  hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih -  diketuk
  • 1/2 inci halia -  diketuk
  • 2 biji cili hijau - hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 1/2 camca besar taucho
  • 1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula jika perlu - Mas letak sedikit gula jerk
Cara memasak :
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera


8 comments:

  1. salam kak mas, ohayo gozaimasu kak mas, pagi2 dtg nak mintak lauk ikan ni buleh? rindu ngan kak mas tau, trima kasih kak mas selalu dtg bsm ya...ros ni sempat jeling2 je kt blog kak mas tau, tp hari2 ros tgk...menu semua maveles, rajin kak mas ni.

    ReplyDelete
  2. lauk yg simple selalu sedap...masak taucu selalu buat kalau lam pala dah jem nak pk menu..

    ReplyDelete
  3. Salam pagi Mas,

    amboi kembung tauco...kak nur suker ni...kalau kak nur masak suka letak cili kisar kasi pedas2 sikit...hmmm ni dah kecur tengok lauk mas...lapar pepagi gini...aduh!

    ReplyDelete
  4. Slmt pagi Mas,
    BF apa arini? lauk ikan msk mcm ni mmng sedapkan...kena pedas2 sikit, lagilah kaw2..hai poning nak masak apa arini....

    ReplyDelete
  5. Assalam mas,
    dah lama tak masak ikan masak taucu..akak pun suka ikan goreng gini..

    Thanks for the wishes tu ya mas..lain kali ingatlah kita ya..sama date for our son's birthday..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mas,
    Lauk ni pekena dengan nasi panas2 mesti bestttt

    ReplyDelete
  7. ikan taoco memang akak dan hb minat tapi anak pulak kurang suka..terpaksa masak lauk lain

    ReplyDelete
  8. Terliur lak nengok kembung nih..tak pernah lak try masukkan tauchu2 ni..stok taucu selalu x abis..hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...