Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, March 25, 2011

Daging Tumbuk Berempah



Assalamualaikum. Tak mau bebel banyak2, meh layan Daging Tumbuk Berempah yang sangat sedappp ni. Abang pun suka. Ni lunch semalam, ari ni masak cincai2 jer sebab sibuk sikit ngan urusan kat luar. Jap lagi lepas Jumaat , nak kluar lagi. Jadi BW mana yang tak sempat, Mas sambung kemudian yer.......

Daging Tumbuk Berempah
Resepi Asal : Kak Dayang
Bahan :
  • 400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam dan gula
  • 1 batang kulit kayu manis
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
  4. Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
  5. Hidangkan.


19 comments:

  1. lain dari yg lain... selalu kalau daging ditumbuk2 ni.. org wt masak dendeng... nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. Salam Mas

    sgt menyelerakan.. :)
    psstt akak berkenan gak tu cheese tart kat bawah tu..

    ReplyDelete
  3. nampak sedaaaap laaa...akak mmg suka daging masak camni. lebih suka dr ayam.

    p/s: eh..eh...dh ada lagu la kt blog ni...hehehe... nampak sgt dh lama x buat xtvt BM....hehehe

    ReplyDelete
  4. mas, tapau daging 2 senduk ya.. :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya tengok daging tumbuk tu.Daging tu ada lagi ke? BTW dah ramai yg mencuba buat cistat tu, akak je tak berkesempatan nak membuatnya.

    ReplyDelete
  6. weiiiiii.. best nyerrrrr.. aku baru nk buat daging kandar ko dah kuar daging tumbuk..dasatttt... weh cukup ler poya2,....jeless

    ReplyDelete
  7. Kak Madihah,
    akak..mas pun first time makan..sedappp..
    lain kali memang nak buat lagi..he..he..
    akak pun try la buat..best tau..

    ReplyDelete
  8. Kak Yat,
    memang berselea mas ngan hubby makan semalam..sedapppp.
    cistart tu baru jer habis tadi kak..he..he..
    memang sedapp cistart tu...

    ReplyDelete
  9. Kak Ina,
    he..he..sama la kita kak...macam dah jemu ngan ayam..anak2 yang banyak makan ayam..
    mas pun suka daging ni..sedapp...

    ReplyDelete
  10. Kak Nor,
    akak..tinggal senduk jer..he..he...
    lauk mas lunch semalam kak...ari ni masak cincai jer..

    ReplyDelete
  11. Kak Aidah,
    dah abiss la kak daging tu..he..he..
    akak pun try la buat..sedapp tau...
    tu la..ramai gak yang buat cistart tu..
    mas pun baru jer belajar..

    ReplyDelete
  12. Izah,
    apa yang dasyattt tu..wakakaka..
    dua2 resepi daging ni best makcik..
    aku syorkan kau buat 2 resepi ni....rugi tau kau tak cuba...
    wehhhhhh....kau jelesss ke aku kluar berpoya2 lagi.....
    esok lusa laki aku keje..kasi la can..he..he..

    ReplyDelete
  13. mas..meh tuko2 pinggan..tp aku bg pinggan kosong..ko bg pinggan ada isi daging tumbuk tu ehh..cayang mas!

    ReplyDelete
  14. mas,

    dah abih dah??..huhu...akak bwk pinggan kosong nii...xper2, tapau yg lain kalo ade eh...hehe

    psst! nak tau x?? first time ank sulung akak mkn daging. selama ni x suke sgt. bl buat mcm ni die balun habis. Katanya sedap sgt dan lembut jer lps tumbuk...haha.

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Mas...amboiii sedapnya nampak daging tumbuk..pestime akak tgk..yg akak tau biasanya kacang tumbuk jer...

    ReplyDelete
  16. Mas,

    sedap ya mas daging ini...boleh masuk list..tapi nak tumbuk daging tu ada rasa malas sikit akak ni...tapi tak per boleh rajinkan diri sikit! Hehehe.

    ReplyDelete
  17. Kak mas,kita baru duk usha2 resepi nih,amboi dia lagi awai,meh ckit nak rasa,kalo dah abis wat lagi yer,ngee..

    ReplyDelete
  18. wah menarik sedap jer nengok...bila nk wat ni yer..haha happy weekend yer mas..:)

    ReplyDelete
  19. Salam Mas,
    Wuiiishhh daging tumbuk lakkkk, nampak cam best. Klu pekena dengan roti best ni, mai semangkuk nak cicah ngan roti gardenia

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...