Search This Blog

Sunday, October 3, 2010

Sambal Sotong





Assalamualaikum. Ni memang lauk kegemaran Daniel, kalau beli sotong jer nak masak sambal...tak mo masak lain, nasib baik mak  Daniel pun suka..he..he..boleh join sekali. Selalunya Mas hiris2 sotong tu supaya senang Daniel nak menguyah, kalau mak Daniel masak sekor2 pun tak pe....he..he...2 kali ngap habis sekor sotong...sambal sotong ni di makan ngan Nasi Lemak pun sedap...Mas makan ngan nasi putih jer....sedap tau...


Sambal Sotong
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
  • sotong - dipotong2
  • cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu besar mayonis 
  • minyak untuk menumis
Cara memasak :
  1. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  3. Masak hingga sambal kering, garing dan pecah minyak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  4. Bila sambal dah kering garing dan pecah minyak, masukkan sotong, mayonis, sedikit air panas( agak2 yerk nak kuah banyak mana ) dan masak lagi hingga sotong masak dan boleh dihidangkan.





3 comments:

  1. Salam Mas, selamat bkenalan.. kak sue dtg jenguk2 dapur kot2 ada bkenan.. halalkan resepi yer.. Sedap2 blaker! Hehe.. k sue follow Mas ye.. tq.

    ReplyDelete
  2. Kak sue
    salam kenal kak, boleh kak, sila2...maceh yer follow...

    Amir
    ha..ha..betul tu amir..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.