Search This Blog

Friday, October 15, 2010

Air Asam Menyengat




Assalamualaikum.
Lunch hari ni Mas masak simple2, untuk Mas ngan anak2 jer, hubby keja pagi. Tengok air asam kat dapur Kak Hana , nampak sedapp sangat. Jadi teringin la pulak, sedapp tu kalau di cicah ikan goreng ngan air asam . Bahan2 pun dah ada, apa lagi...terus la buat. Makan ngan nasi panas dan sayur Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple memang sedapp. Untuk resepi Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple tu Mas akan tunjukkan kemudian tau. Pedas2 makan air asam boleh terus makan Puding Laici Dangdut tu....nyamannnn.
                    
Air Asam Menyengat
Sumber : Kak Hana 

Bahan :
asam jawa  ( anggaran sekepal )  + air
Bahan utk dihiris nipis :
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
1 biji tomato
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji cili padi

Bahan utk ditumbuk :
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1/2 inci belacan bakar
garam
gula

Bahan utk diperah :
1 biji limau nipis - aku gune limau kasturi
1/4 biji lemon



Cara membuatnya :
Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.



6 comments:

  1. Fuh! mas memang menyengat air asam ni... tengok pun dah kecur!!

    ReplyDelete
  2. Kak wana...berpeluh tau menyicah ngan ikan goreng....

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap air asam nih...mintak izin C&P ye kak... =))

    ReplyDelete
  4. Shima
    boleh shima...selamat mencuba...sediakan tisu sebelum makan tau..he..he..

    ReplyDelete
  5. adusss mas, tengok air asam ni malam2 buta pun boleh kecur air liur..

    ReplyDelete
  6. zarin...try la buat...sedap tau, cicah jer ngan ikan goreng....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.