Assalamualaikum.
Mas buat untuk dimakan masa minum petang. Mas buat 1/2 adunan jer. Memang betul kata Izahdaut, kek ni tak muak dimakan disebabkan ada rasa oren tu.
Dah suap nak suap lagi, selagi kek depan mata tu tak abisss. Malam jer dah abis 1 biji kecik tu, tak sempat simpan dalam peti ais...konon - kononnya bleh makan pagi ni. Tak pe, lain kali bleh buat 1 adunan sebab dah tahu Moist Orange Coklat Kek memangg sedapp....
Moist Orange Coklat Kek
Sumber : Izahdaut
Bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ ganti dgn butter cair lagi sedap
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
3 sudu oren sunquick
Cara :
Campurkan serbuk koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
Tutup api biarkan adunan suam.
Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.
Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.
Gaul rata dan campur tepung.
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tuang dalam 1/2 acuan je.
Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.
Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .
Boleh juga bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C.
Untuk Topping
Bahan :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter @ marjerin
Cara :
Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati.
Kemudian curahkan ke atas kek.
alamak mas..ni yang macam nak buat jugak nih...sedap kan..mmg akan dibuat lagi ni..harussss....
ReplyDeletewahh,ade kek!!!! sedap2!!!! nak mintak yg 1/2 tu dh habis,tgg kak mas buat yg 1 adunanla.nnt dh siap,kita share 2 ye,hehehehhe.....
ReplyDeletewau..sungguh sedap!!!
ReplyDeletemy foverit nih...
eh mas, rumah bertukar wajah ek? cantik :)
ReplyDeleteIzah
ReplyDeletebetul tu makcik..menyesal plak buat 1/2 adunan...sedapp la..tak muak makan...macam kau cakap la....dah suap nak suap lagi, lepas tu nak suap lagi,
mimiey
bijak betul budak kecik ni...bila kita sain setuju kongsi ni..he..he..mimiey try la buat...sedap tau, tapi buat 1dunan tau, nanti boleh anto sini...he..he..
Kasih
he..he..memang sedap kasih, try la buat...
Kak Nor
tak de la Kak Nor, ni rumah satu lagi sebab ari tu blog mas tak bleh buka seminggu, tu yg mas buka rumah baru...skrg ada 2 rumah...sama jer...he..he..