Search This Blog

Tuesday, October 19, 2010

Pau Daging Kaya



Untuk minum petang semalam. Mas buat 2 jenis, Pau Daging untuk mak ngan abah budak dan Pau Kaya untuk Ain ngan Daniel. Bebudak ni tak berapa gemar Pau Daging. Suka yang manis2. Jadi untuk kerja senang, Mas letak kaya. Untuk resepi pau ni Mas ambik dari Yani@myresepi.com dan untuk inti daging tu Mas hentam sendiri, tapi sedap tau inti daging tu. Mas buat 1 adunan dapat dalam 14 biji untuk pau yang kecil. Memang sedap dimakan panass2....sambil minum teh o.

                     
Pau Daging Kaya

Bahan :
  • 300g tepung gandum
  • 6g baking powder - mas letak 1 sudu kecil dauble action baking powder
  • 2g garam
  • 162ml air suam
  • 6g dry yeast - mas letak 1 sudu besar
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur
Cara :
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Untuk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7.  Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
Tips Baya74@myresepi yang Mas ikut :
  1.  Semasa penaikan yg kedua, jgn terlampau naik (sehingga 2x ganda), cukup naik sikit je mcm yani bgtau dlm 5 minit je krn sms dlm proses mengukus pau tu akan naik lagi
  2. Kukus dengan api sederhana saja, jagan bukak api paling besar
  3. Masak lebih kurang 15 - 20 minit seperti di syorkan. kalau lama sangat boleh jadi penyebab pau keras / tak lembut.
  4. Jagan besar / kecilkan api sesuka hati semasa mengukus.
  5.  Jangan bukak penutup kukusan semasa mengukus.

Untuk bahan inti :
  • daging - potong dadu kecik2
  • bawang besar - hiris2
  • kentang - dadu kecik2
  • sos lada hitam - agak2 
  • kiub ayam
  • sedikit gula dan garam jika kurang masin.
  • air - agak2
Cara :
  1. Tumis bawang hingga layu dan masukkan kentang dan kacau sekejap.
  2. Masukkan air ( agak2 untuk kentang empuk ), sos lada hitam, kiub ayam, daging, sedikit gula dan garam jika perlu.
  3. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. 
  4. Sejukkan dulu baru guna.

             
         

6 comments:

  1. makcik..nmpk gebu betul la paunyer tu...mmg cantik naiknya ye..lama dah tak mengepau nih..ikiiki

    ReplyDelete
  2. mas pun baru start balik makcik...memang menjadi pau ni kalau guna resepi yani ni...

    ReplyDelete
  3. Mas.....gebusss nyer pau mas ni& licin elok ja..akak pun suke resepi apa2 roti dr yani...resepi pau dia je lum cuba sbb ari tu cari tak jumpa...Nanti k'ida copy resepi sama ya Mas...k'ida pun dah lama tak mengepau..hari tu buat roti, pas tu tekak teringin nak mkn pau..doh roti tu yg k'ida pi bedal kukuskan..punya la malas..

    ReplyDelete
  4. Salam Mas,
    pagi2 akak dah tertarik dngn kejelitaan dan kegebuan paumu itew...ada lagi ke....nak 5 ketoi ya...inti daging....kecurnya akak...

    ReplyDelete
  5. salam kak mas,
    Hurm... macam teringin je pau tu. tapi nak jual mahal dulu la, kot2 kak mas jemput makan skali nanti... hihihihi.....

    ReplyDelete
  6. Kak Ida
    tu la kak, resepi yani tu semuanya best2...resepi pau dia pun best..seronok bila buat pau menjadi...
    roti tu akak kukus....ok ke jadinya...he..he..

    Kak Yatie
    untuk tontonan kak, paunya dah abis petang semalam....sekali buat jer habiss...

    Indah
    ha...ha..kena tunggu k.mas buat lain baru pelawa indah....dah abiss la cayang...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.