Search This Blog

Monday, October 25, 2010

Ayam Masak Madu



Untuk lunch ari ni, Mas masak Ayam Masak Madu. Resepi dari sya annur@myresepi.com, tengok respon ramai yang dah mencuba. Teringin gak nak rasa. Memang betul...sedappp tau Ayam Masak Madu ni. Daniel yang paling suka, bertambah dia makan nasi. Sedap juga dimakan dengan roti. Rasanya macam ayam madu kat kedai mamak tu...dan kata Sya, Ayam  Masak Madu ni sesuai dimakan ngan nasi beriani dan nasi minyak. Mas makan ngan nasi putih jer , tetap sedappp...

Ayam Masak Madu

Bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia 
  • bawang besar - potong2
  • cili kering - dikisar
  • madu
  • gula merah
  • sos tomato / tomato puree
  • air
Cara :
  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree / sos tomato, madu, gula merah dan air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawag goreng atau daun sup.

6 comments:

  1. masuk list..kompom buat..ceee mcm rajin sangat..hehhee

    ReplyDelete
  2. Akak pun suke sangat makan ayam madu... resepi ni kita nak copy ye... nak masuk list!!! tq for sharing!!!

    ReplyDelete
  3. salam kak mas,
    ayam masak madu..! suka3x.. lagi2 yang ala2 mamak tu. sodap betul makan ngan nasi beriani ;)

    ReplyDelete
  4. izah
    ala makcik, esok2 kau buat la...makcik kan rajinnn...sedap tau makcik, rugi tak buat..

    Kak Wana
    he..he..sama2 kak, selamat mencuba yer...

    Indah
    memang rasa macam kt kedai mamak tu...sedap tau indah...

    ReplyDelete
  5. mas...
    ayam ni memang nampak mcm yg kat kedai mamak tu lah...uishhh sedap tul nampak..ehehe itu blm mkn lagi tuh

    ReplyDelete
  6. ha..ha..compom kau kena buat gak Zarin...sedapp tau.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.