Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

Mee Bandung Dagang



Pagi ni sarapan mee bandung. Pes untuk mee bandung ni ada lagi baki yang Mas buat ari tu. Jadi senang nak masak. Resepi Mee Bandung Dagang ni dari Dagang@myresepi.com, maceh bebanyak...memang sedap mee bandung ni....bleh buat selalu, syaratnya buat bebanyak pes mee bandung tu. Senang kerja. Mas nampak ramai dah mencuba Mee Bandung Dagang ni  antaranya CMG dan Kak Hana.

Mee Bandung Dagang

Bahan  ( untuk 4 orang ) :
  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • sedikit gula pasir  
  • bawang merah  - 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih  - 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • 1 peket mee kuning 
  • sotong basah - 0ptional
  • 4 biji telur 
  • Sayur sawi 
  • 2 keping tauhu  - goreng 
  • garam secukup rasa
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging - optional
  • Bawang goreng - ditabur atas mee
  • limau nipis - dibelah 2 letak aras mee, perah masa nk makan
  • cili merah - dihiris  - optional

Cara :
  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas.
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

3 comments:

  1. wooo lama tak makan mee bandung..kuah kasi pekat sikit ye makcik, 2 pinggan mariii

    ReplyDelete
  2. ni sebab pes mee bandung tu dah tinggal ciput...he..he..anto samosa kau tu dulu baru dapat 2 pinggan...

    ReplyDelete
  3. salam mas...x mo tukar2...bagi skrang jugakkkk!! wakakaka :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.