Search This Blog

Monday, October 4, 2010

Bingka Roti



Ni permintaan hero Mas, minta Mas buatkan Bingka Roti, Daniel bising lama dah tak makan Bingka Roti, tu yang minta Mas buatkan...Mas baru cadang nak buat Puding Roti Sos Kastad macam Izah ngan Kak Hana buat, terpaksa tunda dulu, cian pulak kat Daniel...Bingka Roti ni peberet Mas juga, lama dah tak buat...sedap tau, rasanya  lemak2 manis....ikutkan bakar guna bekas bengkang , Mas bakar guna oven jer, tak beli lagi bekas tu...nanti2 la yer...

Bingka Roti
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..


5 comments:

  1. wahhh daniel dah pandai buat permintaaan ye! nasib baik mama dia memang pandai masak memasak ni ;-)

    ReplyDelete
  2. ha..ha..tu la bebudak sekarang ni cerdik...dah pandai order nak makan pe....sama macam anak mas yang sulung...teringin la..nak tergelak pun ada....tu la kan...nasib baik maknya rajin kan..he..he..

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    Alahai baiknya mak buatkan bingka roti utk anak.....beruntung si anak tu dpt ibu yg baik dan rajin memasak....ada lagi ke bingka tu....bagilah akak sepotong...Mas baikkan....hehehhehhe....

    ReplyDelete
  4. makcik...datang nak makan bingka roti.. hehe, soli la, makcik kat sini busy jalan2 dalam KL je..open sana open sini kan..pastu, sibuk jugak menerima tetamu yg tak seberapa..tunggu mas datang tepi pintu, tak datang pun..ngeheheee

    ReplyDelete
  5. Kak Yatie
    he..he..kak yatie dah bodek pagi2 ni, malu mas.... mas kasi sepiring...ha..ha..cukup tak..biasa la kak bebudak..pandai membodek...sampai cair maknya..

    Izah
    makcikk...sibuk mengopen rupanya...ingat gi halimoon..mas baru jer sepahkan dapur makcikk tu, ingat tuan rumah tak de...he..he..nanti mas anto bingka roti...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.