Search This Blog

Friday, October 22, 2010

Ayam Rendang Ungkep N Pulut Kuning.



Tengok Kak Yatie masak Ayam Rendang Ungkep ni Mas jadi teringin lak. Terliur pulak bila Kak Yatie kata sedap juga dimakan dengan pulut. Jadi Mas pun buat pulut kuning untuk dimakan dengan Ayam Rendang Ungkep ni. Wahhhh....memanggg sedapppp.... Rasanya lepas ni nak buat lagi rendang ni, nak makan puas2. Disebabkan nak rasa dulu rendang ni Mas masak tak banyak. Sedapp la pulak, menyesal masak sikit. Maceh juga untuk Kak Hana, tuan punya resepi rendang ni. 

                             
Ayam Rendang Ungkep
Sumber : Kak Yatie Kak Hana

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong kecil
  • *1/2 biji bawang besar - hiris
  • *2 ulas bawang putih - hiris
  • *1 batang serai - hiris
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup
  • * 4-5 biji cili padi
  • 1 sudu makan rempah beriani@kurma
  • 1-2 sudu makan kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk jintan kasar, jintan manis dan ketumbar.
  • 2 cawan santan pekat + air
  • beberapa helai daun kunyit - hiris halus
  • gula dan garam
  • sedikit minyak
Cara-cara :
  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan bahan blend, santan+air, rempah beriani, minyak, semua serbuk jintan dan ketumbar, asam keping dan juga ayam ke dalam kuali. Kacau sebati. Tutup kuali dan masak hingga ayam empuk. sesekali balik2kan supaya bhgn bwh tak hangit. Jika santan kering sblm ayam masak, tambahkan sedikit air lagi.
  3. Masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga agak kering dan pecah minyak seperti rendang biasa. Matikan api.
  4. Hidangkan dengan nasi hangat atau pulut atau sebagainya.

Pulut Kuning
Sumber : Kak Yatie

Bahan :
  • 4 cawan beras pulut
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
  • 1 helai daun pandan, disimpul
Cara :

  1. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam. Mas nak cepat rendam sejam jer, tetap ok pulut kuning ni.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.

8 comments:

  1. Hi Mas...Love dtg nak grab pulut ngan ayam tuh! Uishhhh terasa kat tekak ni dah! hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. makcik....buat pulut kuning makan mlm jumaat ke makcik...ada apa2 yg istimewa> ekekeke...saje sakat makcik... masuk list nih..kompom sedap nihhhh

    ReplyDelete
  3. wah...kak mas..
    sungguh menyelerakan..

    bila nak rasa air tangan kak?

    ReplyDelete
  4. menggodanya...lama tul tk mkn pulut ngan rendang...kena wat jugak nih

    ReplyDelete
  5. Love
    ha..ha..meh join makan sekali...sedap love....

    Izah
    aippp....mana ada ...kau memandai jer...
    mas saje jer buat makcik...tengah2 bulan mengambang ni teringin lak nak makan pulut..he..he...
    buat makcik...memang kena rendang makcik jepun ni ngan pulut kuningg.sedapp sangat, compom kau suka punya, mas pun nak buat lagi nanti...

    Ayu
    memang sedapp ayu, he...he...datang la shah alam ayu....

    ReplyDelete
  6. Zarin
    elok tu buat....nanti termimpi2 lak...he..he.jangan lupa anto sini sikitt...

    ReplyDelete
  7. kak mas ni rajin betul la..siap kukus pulut lagi.kt umah mie ni pulut kuning time ada kenduri @ time naik quran besar je baru buat...

    ReplyDelete
  8. nak tunggu kenduri entah bila k.mas merasa pulut kuning ni mimiey...kena la buat sendiri...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.