Search This Blog

Sunday, October 31, 2010

Banana Rolls



Dah lama teringin, akhirnya dapat gak buat. Sedap dimakan waktu petang sambil minum teh o panas dan yang penting, tak meletupp masa menggoreng. Mas ikut petua yang Kak Nor berikan. Maceh yer Kak Nor. Untuk bahan sampingan, Mas tambah strawberi segar, sedapnya....sebab tambah sikit rasa masam2 strawberi tu.

Banana Rolls
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
  • Kulit popiah secukupnya
  • Pisang masak secukupnya
  • Peanut Butter super chunk - Mas tak letak
  • Kelapa kering sangai - optional - hana tak letak
  • Tepung jagung / gandum + air -  bancuh utk jadikan gam

Cara-cara :
  • Belah tengah pisang. Sapukan peanut butter super chunk (yg ada kacang tuh). Kalau xde leh guna peanut butter biasa then taburkan almond nibs. Jika suka boleh juga taburkan dengan kelapa kering sangai utk bau yang lebih harum.
  • Kemudian katup kedua belah pisang dan letak di atas kulit popia.Gulung kemas dan gamkan dengan tepung jagung. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar2 panas. Goreng hingga kulit popia keemasan. Tidak perlu lama utk mengelakkan pisang menjadi lembik dan berair. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan. Jika suka leh curahkan sos coklat, caramel atau aiskerim.

Saturday, October 30, 2010

Ikan Bakar Portugis



Ari ni makan ikan bakar plak, Mas masak ikut cara Kak Hana panggang atas kuali jer, sedap tau, ikan tu pun garing macam bakar guna bara api. Untuk ikan bakar ni Mas guna ikan pari, memang sedap...he..he...tapi kan, Mas makan sorang2 jerr..Ain ngan Daniel tak mo ikan bakar ni, hubby lak keje...cian kan tak de geng. Tapi disebabkan sedapan ikan ni, tak kisah la, lain kali memang nak buat lagi, he..he...


Ikan Bakar Portugis
Sumber :  Kak Hana 

Bahan :
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 biji limau nipis - ambik jus
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • garam dan gula
  • 1 ekor (600 gm) ikan bawal - Mas guna ikan pari
  • daun pisang
Bahan dikisar halus :
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 8 ulas bawang merah, dikupas
  • 1 batang serai, dihiris halus-halus
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 1 sudu besar cili serbuk
  • 2 helai daun limau purut


Cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
  2.  Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .
  3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

Popia Crabstick



Untuk minum petang semalam, sedap gak buat popia crabstick ni, cicah ngan sos jerr. Memang laku, kejap jer abisss, tak sempat nak sejuk. Mas guna kulit popia yang kecil tu, jadi tak payah potong, elok jer nak menggulungnya.  Maceh untu Kak Hana yang kasi idea masa buat Firecracker Shrimp ari tu.

Popia crabstick
Bahan :
  • crabstick
  • kulit popia
  • tepung gandum + air - bancuh untuk dijadikan gam
  • minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara :
  1. Balut crabstick ngan kulit popia kemas2 dan gamkan.
  2. Panaskan minyak. Pastikan minyak benar2 panas. Goreng hingga kulit popia keemasan.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan ngan sos kegemaran.

Friday, October 29, 2010

Tomyam Campur Tumis Pedas



Dah lama tak buat Tomyam. Ari ni makan Tomyam , telur dadar, sambal belacan ngan nasi panasss. Senyum lebar Ain bila bau Tomyam kat dapur. Memang bebudak ni suka jenis2 berkuah ni, cuma tak leh pedas2 sangat...tu yang maknya kena juga buat sambal belacan...cian kan. Tomyam kali ni Mas try ikut resepi Kak Hana, makcik jepun tu...boleh tahan tau kesedapannya, Mas cuma tambah oren sunquits jer...he..he..


Tomyam Campur Tumis Pedas
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar - leh add klu nk lg pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 4-5 biji cili padi - ketuk
  • udang, sotong dan ayam jika suka
  • carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis - ikut suka
  • tomato - belah dua/empat
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • 1 sudu besar oren sunquits
  • garam
  • air

Cara :
  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih, serai, cili padi, lengkuas, hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi.
  2. Jika letak ayam, masukkan dahulu dan masak hingga setengah masak. Juga masukkan carrot sehingga setengah empuk.
  3. Masukkan bawang besar, udang, sotong, sayuran2an dan air secukupnya. Perahkan jus limau dan masukkan oren sunquits. Perasakan dengan garam. Didihkan. Masukkan tomato.
  4. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar.

Burger Malaysia



Nampak Ros buat ari tu, teringin lak. Lagi pun lama dah tak buat Burger Malaysia. Kali ni Mas ikut resipi  Ros. Memang betul macam  Ros cakap, lembut jer burger ni, Mas pun suka sambal ikan bilis tu pekat, baru sedap. Sambil makan burger ni minum teh o sekali, baru best. Untuk bebudak Mas buat donat sikit, dari doh burger malaysia ni. Senang keja, 1 adunan dapat 2 jenis kuih. Maceh yer Ros untuk resepi ni.

Burger Malaysia
Sumber : Ros 

Bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung @ skim milk
  • 1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 80 / 90ml susu soya boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
- sedikit sambal ikan bilis dan hirisan timun.

-  susu soya tu Ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti takut meresap minyak bila digoreng.

Caranya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan biarkan naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, akhir sekali, potong ditengah-tengah dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba..

Thursday, October 28, 2010

Ayam Goreng Herba



Teringin tengok Kak Hana buat semalam, jadi hari ni Mas pulak buat, lagi pun masak lauk macam ni Daniel ngan Ain memang suka. Wahh...sedap tau, rasanya ada gak sikit2 ala2 rendang. Kiranya lepas ni boleh buat lagi, lain kali Mas nak bagi kering lagi macam yang Kak Hana buat. Yang ni tak kering sangat kan. Lagi pun hubby tak rasa lagi. Ari ni masak untuk Mas ngan bebudak jer. Jadi Mas masak Ayam Goreng Herba, masak lemak kuning pecah telur ngan sambal belacan cicah ngan timun. Maceh untuk Kak Hana dan  Kak Suzi untuk resepi ayam yang sedapp ni.

Ayam Goreng Herba
Sumber : Kak Hana dan  Kak Suzi 

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai* - hana tambah lagi
  • 2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
  • 1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya.

Cara-cara :
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.

Cucur Nasi Ikan Bilis




Assalamualaikum.
Untuk kali ke2 Mas buat cucur ni, memang sedappp. Rangup diluar dan lembut didalam. Tima Kasih untuk tuan punya resepi Cucur Nasi Ikan Bilis ni Kak Yatie yang sudi berkongsi resepi ibunya yang best ni. Ramai yang dah mencuba kan. Kali ni Mas buat 1 adunan sebab ari tu Mas buat 1/2 adunan berebut2 la pulak, bebudak suka sangat. Ni pun Mas buat 1 adunan dah tinggal sikit jer. Memang sedap dicicah ngan sos cili atau sambal.

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan :
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis - jika suka 
Daun sup @ bawang - di hiris halus 
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng



Cara membuatnya :
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja untuk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. 
Selamat Mencuba...


Wednesday, October 27, 2010

Fruit Jelly



Dalam cuaca panas ni sedap tau makan Fruit Jelly ni. Sebenarnya ramai dah yang mencuba, Mas jer yang baru nak buat. Untuk Mimiey, ni la rahsianya..sini pun ada gak Fruit Jelly. Hee...he...ada gak Fruit Jelly Mas yang bentuk biasa jer, agaknya Mas guna buah oren yang tak besar kot sebab masih ada baki lepas tuang dalam buah oren tu, jadi Mas pun tuang dalam acuan kecik. Tapi kan, fruit jelly yang bentuk oren ni gak yang laku dulu, last tinggal yang bentuk biasa tu. Tapi tak kisah sebab Fruit Jelly ni sedappp sangattt. Maceh untuk tuan punya  resepi Kak Yani MyR  dan Kak Nor yang selalu setia ngan fruit jelly ni.


Fruit Jelly
Resepi : Kak Yani Myr
Sumber : Kak Nor
Bahan :
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Cara :
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya.
  2. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  3. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  4. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  5. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
Mas ikut cara Kak Nor 
Bahan :
  • 5 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1000ml air + jus limau
  • 7 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
Cara :
  1. Kak Nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
  2. Untuk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
  3. Masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
  4. Bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
  5. Bukan apa, tak nak sia2kan vitamin C dalam jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Nasi Goreng Pataya




Assalamualaikum.
Hari ni sarapan Nasi Goreng Pataya pulak. Mas cuma gulungkan jer nasi goreng tu dalam telur dadar. Sama jer kan..isinya tetap nasi goreng.  Ditambah dengan timun dan kobis bulat yang dihiris2 halus. Dan ada juga ayam goreng. Ayam tu goreng biasa2 jerr. Lengkap la sudah menu untuk sarapan pagi ni. Jemput semua yerr.... 

Nasi Goreng Pataya
Resepi : MasDuniaku

Bahan untuk nasi :
1 cawan nasi putih - gaul sedikit dengan kiub ikan bilis
1 biji bawang putih - tumbuk
cili padi - ikut pedas dan ditumbuk
sedikit ikan bilis - ditumbuk
isi ayam @ udang
1 sudu besar sos tiram maggi
garam jika perlu

Bahan untuk telur dadar :
1 biji telur gred A 
sedikit garam dam serbuk lada putih

Bahan sampingan :
timun @ kobis yang dihiris halus
ayam goreng



Cara membuat nasi goreng :
Tumis bawang putih , cili padi dan ikan bilis yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan isi ayam @ udang dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan nasi putih yang telah digaul dengan kiub ikan bilis dan sebatikan. Rasakan, jika kurang masin boleh tabur sedikit garam dan kacau sebati. 
Tutup api dan ketepikan.

Cara membuat telur dadar :
Satukan telur dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. Pukul sebati.
Tuang telur tadi kedalam kuali non-stick dan ratakan menjadi nipis, biar seketika.
Angkat telur dan letakkan dalam pinggan, cedok nasi goreng dan letakkan memanjang atas telur tadi.
Kemudian gulung dan boleh letak bahan sampingan seperti ayam goreng, timun @ kobis bulat yang dihiris halus.
Selamat mencubaa....