Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, October 27, 2010

Nasi Goreng Pataya




Assalamualaikum.
Hari ni sarapan Nasi Goreng Pataya pulak. Mas cuma gulungkan jer nasi goreng tu dalam telur dadar. Sama jer kan..isinya tetap nasi goreng.  Ditambah dengan timun dan kobis bulat yang dihiris2 halus. Dan ada juga ayam goreng. Ayam tu goreng biasa2 jerr. Lengkap la sudah menu untuk sarapan pagi ni. Jemput semua yerr.... 

Nasi Goreng Pataya
Resepi : MasDuniaku

Bahan untuk nasi :
1 cawan nasi putih - gaul sedikit dengan kiub ikan bilis
1 biji bawang putih - tumbuk
cili padi - ikut pedas dan ditumbuk
sedikit ikan bilis - ditumbuk
isi ayam @ udang
1 sudu besar sos tiram maggi
garam jika perlu

Bahan untuk telur dadar :
1 biji telur gred A 
sedikit garam dam serbuk lada putih

Bahan sampingan :
timun @ kobis yang dihiris halus
ayam goreng



Cara membuat nasi goreng :
Tumis bawang putih , cili padi dan ikan bilis yang ditumbuk tadi hingga wangi dan masukkan isi ayam @ udang dan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan nasi putih yang telah digaul dengan kiub ikan bilis dan sebatikan. Rasakan, jika kurang masin boleh tabur sedikit garam dan kacau sebati. 
Tutup api dan ketepikan.

Cara membuat telur dadar :
Satukan telur dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. Pukul sebati.
Tuang telur tadi kedalam kuali non-stick dan ratakan menjadi nipis, biar seketika.
Angkat telur dan letakkan dalam pinggan, cedok nasi goreng dan letakkan memanjang atas telur tadi.
Kemudian gulung dan boleh letak bahan sampingan seperti ayam goreng, timun @ kobis bulat yang dihiris halus.
Selamat mencubaa....



10 comments:

  1. eh pataya mulat selalaunya pataya 4 segi hehe..lapar lah mas sb malam tadi makan roti je

    ReplyDelete
  2. ha..ha..derhaka sikit boleh kan, meh la kak join sekali......

    ReplyDelete
  3. eh!pepagi ada pattaya kat sini..nak sikit mas,ni ada ayam seketul kebas kat rumah hana makan dgn nasi pattaya mas..perghh..sodapnyaaaaa..:)

    ReplyDelete
  4. ha..ha..dah tahu dah akak kebas ayam kak hana, meh makan ngan nasi goreng pataya mas ni...
    pssss...akak ambik berapa ketoi...kasi mas sikitt..he..he..

    ReplyDelete
  5. wah..kretif makcik..nasi goreng patayya gulung la ni...siap jelir nampak isi lagi tuu.. lapo la pulak nasi goreng...

    ReplyDelete
  6. salam kak mas,
    wah..ada nasi goreng pattaya kat sini..!! sedap tul nampak. Mmg ala2 restoran dah ni :))

    ReplyDelete
  7. izah
    makcik, nasi tu jelir kat kau la....he..he...nak ke nasi goreng pataya ni, kena tukar ngan cucur kau yang tembam2 tu...bolehhh...

    Indah
    ha..ha..mana ada indah, biasa jer...boss nak makan kena la mekapkan nasi tu lawa2 sikitt...

    ReplyDelete
  8. sedapnya nasi goreng pattaya..lama tk memakannya...
    i tk reti nak wat telur gulung tu..asyik pecah je..eh, ada lagi tak nasi goreng pattaya ni mas? hehe mintak skit

    ReplyDelete
  9. zarin, tak nak telur tu pecah, buat nipis, jangan tebal, gerenti senang nak menggulungnya.he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...