Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, October 23, 2010

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce




Ni untuk penuhi permintaan hubby tersayang. Kali ni Mas letak badam lak. Yang ari tu Mas letak gajus. Tetap sedap dan mengasyikkan masa menguyah. Krup krap krup krap....dah abis sebekas. Memang kena rasa masam, manis dan pedass tu. Ain ngan Daniel tak berapa suka, apa lagi mak ngan abahnya yang menghabiskannya. Maceh Kak Hana untuk snack yang sedappp ni. Boleh gak tengok kat sini yer.

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
  • 250g ikan bilis kopek
  • 1 cawan tepung ubi - hana gune tpg katakuriko
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 4 batang cili kering - potong
  • 6 biji cili padi - ketuk 
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 biji lemon - perah ambil jus
  • 3 tbsp madu
  • 2 tbsp air - tak letak
  • 1 tbsp sos ikan
  • Kacang gajus panggang - Mas letak badam
  • bijan - mas tak letak....terlupaa
  • daun kari

Cara-cara :
  1. Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.
  3. Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.

9 comments:

  1. salam mas....sgt syedap ini...mau 1 mangkuk..besar punyer :)))))

    ReplyDelete
  2. tu la mangkuk yang paling besar Del...macam mana bolehhh..

    ReplyDelete
  3. makcik..ko buat sebalang ke?antor sikit ke rumah aku..semalam terus senyap..sorry makcik, bila budak tidur terus bedesup ke dapur n mengemas apa yg patut sebelum bebudak bangun..haha..terus terlupa nak reply sms makcik..soliii

    ReplyDelete
  4. sebalang tu mengadap berdua ngan hubby...bebudak tak nak...ha..ha..tak pe izah, mas pun terlupa gak, lepas balas mesej izah, terus jumpa doktor, lepas tu balik ngan gi tesco jappp, petang baru teringatt...wakakaka....lain kali kita mesej lagi tauu..

    ReplyDelete
  5. macam sedap ajer..tak pernah buat lagi ni,

    ReplyDelete
  6. Salam Mas,
    Masa kat US dulu berangan nak buat resepi ni...tapi stok ikan bilis sikit...kat Msia ni berlambak ikan bilis, tapi tak terbuat2....nnti nak wat gaklah..rasa sikit Mas.....sedap tuuuu...

    ReplyDelete
  7. mas...
    zarin dtg lambat ni...ada lagi tk ikan bilis tu..sedapnya...

    ReplyDelete
  8. Mas ni pandai ar memviriasikan menu...aduss....kak ayu tak kretip ar....dari mbeli sampai la ke msak.....huk3.....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...