Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, August 11, 2010

Crispy Anchovies In Honey Lemon Sause



Mas buat petang semalam...rasanya ramai yang dah buat, sedappp betul menguyah ikan bilis rangup ni ngan gajus tu, rasanya dah tak boleh berhenti menguyah selagi tak abis semangkuk tu....sedappppnya, resepinya Mas ambik dari Kak Hana, resepi asalnya dari Amy Beh, maceh yer....lepas ni kalau nak buat kena buat lebih, baru puas makan...ha..ha..

Chispy Anchovies In Honey Lemon Sauce
Copy : Kak Hana

Bahan-bahan :

  • 250g ikan bilis kopek
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 4 batang cili kering - potong
  • 6 biji cili padi - ketuk 
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 biji lemon - perah ambil jus
  • 3 tbsp madu
  • 2 tbsp air - tak letak
  • 1 tbsp sos ikan
  • Kacang gajus panggang 
  • bijan
  • daun kari
Cara-cara :
  • Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.
  • Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan juga madu. Kacau hingga agak pekat. Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka. Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.



3 comments:

  1. salam mas..slmat brpuasa buat mas sklrga..kmaz pun rasa2 mcm nk greng bilis je utk shur mlm nti..tpi xthu le stok blis ada ke dak..hehe..smlm shur nga rti je skping..cdpnya blis mas tu...

    ReplyDelete
  2. Hello Mas, Was at FairyLily's place noticed your this delicious ikan bilis gambar, saya slam my brakes buat U turn sibuk datang.....

    Wow! I can practically smell the lovely aroma of your ikan belis honey lemon.
    And tiga pingan nasi with this, ada sambal belachan....tentu lichin, ha ha.

    And Holy Smoke! You cooked Ikan percik Utara?
    I really love ikan as well ayam percik.
    I used to go to Trengganu, Kota Baru almost every month, and never miss ikan percik.....

    Only problem, da makan dua pingan, sua nak drive, takut masuk sungei kelantan pulak, lecheh tu.

    I guess you have a Black belt in cooking, huh?
    Anyway, if you cook fish head curry or lemak, send me telegram, ha ha.
    Wishing you and family a pleasant bulan puasa, you stay young and keep a song in your heart, Lee.
    ps, Hariraya you buat rendang and ketupat?

    ReplyDelete
  3. salam kak maz, selamat berpuasa juga buat kak maz sekeluarga,buat cepat kak, sedap tau...cepat check stok ikan bilis...ada ke tak..ha..ha..

    salam uncle lee, ha..ha..betul tu uncle, sedap sangat ikan bilis ni...rasa masam2 limau, pedas cili padi, manis madu..wah..sedapnya kunyah ikan bilis rangup ngan gajus tu..memang kena makan ngan sambal belacan...uncle suka yer masakan melayu...ikan / ayam percik memang sedap, mas pun suka... mesti uncle dah jadi customer tetap kat kedai tu kan..ha..ha..tak de la pandai sangat uncle..boleh..nanti mas hantar telegram tau..tapi... email lagi cepat...ha..ha..thank you uncle...rendang dan ketupat memang dah jadi menu wajib tu...messti ada...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...