Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, October 6, 2010

Puding Coklat Sos Kastard



Puding Coklat Sos Kastard ni Mas buat untuk berbuka petang semalam...Mas buat 1/2 adunan jer...dapatlah 4 gelas untuk sorang satu...rasanya tersangat la sedap..lebih - lebih lagi sos kastad tu, Ain ngan Daniel suka sangat...katanya rasa macam aiskrim pun ada....ditambah dengan taburan coklat chip tu...bertambah kesedapannya....maceh untuk Izah yang mempromot Puding Coklat Sos Kastard ni kat dapurnya ari tu...kata  Izah , Kak Dayang dan Kak Nor pun dah buat puding ni...

Puding Coklat Sos Kastard
Copy : Izah , Kak Dayang,  Kak Nor 

Bahan - bahan untuk 5 - 7 orang :
Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan sos kastad :
  • 2 cawan susu segar / susu cair ( DJ campurkan kedua2nya )
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


3 comments:

  1. Cantik layer kat puding tu Mas! Sooooo yummy! Nakkkkk ;)

    ReplyDelete
  2. makcik..apsal aku tengok puding makcik ni lawo belang belang..ni yang tak tahan nih....haiisshhh...napa buat sikit sangat..nak jugaaakkk

    ReplyDelete
  3. Love
    tersipu2 ni...maceh love...memang sedap..dah abiss la love, try la buat..

    Izah
    tu la pasal izah, peti ais mas dah sesak ngan barang, buat 4 gelas ni pun dah puas susun tuk muatkan puding ni..he..he..kau beli gelas jernih makcikk, cantik kalau letak dessert..percaya cakap makcik ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...