Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, October 24, 2010

Donut



Dah lama tak buat Donut, masa godek2 kat Myresepi jumpa resepi Donut dari skyblue@myresepi.com, nampak ramai yang dah mencuba, jadi teringin lak nak join sekali. Mas buat setengah adunan jer dan dapat 12 biji kecik. Setengah Mas gaul ngan gula dan setengah lagi disalutkan ngan coklat. Daniel kalau Donat nak yang ada coklat dan Ain pulak nak yang bergula. Mak ngan abah pulak dua2 bedallll....he..he...memang lembut dan gebu donat ni. Maceh untuk skyblue@myresepi.com. Lain kali bleh buat lagi.

Donut
Bahan ( 18 biji saiz besar ) :
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening / butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara  membuatnya :
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing @ coklat semasa donut itu masih panas.

8 comments:

  1. masss...lawo nya gebu2 donut tu mas..guna cetak donut ye?sama bentuk je..

    ReplyDelete
  2. makcikk....he..he...malu la puji2...
    mana ada guna cetak, mas bulat2 sendiri jer,pandai2 adjust la masa nak bulatkan dan leperkan tu, biar sama besar...makcik sarapan pe pagi ni...

    ReplyDelete
  3. salam mas...gebusssss sey donat dia :)) tgk gambo ni anak2ku mrengek minta donat tp omaknyer x rajin plak...akhirnya beli jer tak pun nnti amik kat sini ..hehehe

    ReplyDelete
  4. Hari ini BW kebanyakkan muncul di blog MENU yg menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. salam kak mas,
    gebushnya donut! dah berhari2 terbayang2 gigit donut, tapi lom jumpa lagi mauripan dlm gobok tu. yang beli tak mo. haish... nak tapau dulu la buat lpas kempunan. hihihi..

    ReplyDelete
  6. Del
    ha..ha...lawak la Del ni....sini pun dah abisss...

    Kak Zmah
    tukar2 resepi kak..best kan....

    Indah
    ha..ha...buat banyk2 indah, frozenkan,,teringin jer bleh goreng...

    ReplyDelete
  7. akak, tq for d resepi..saya da cube..mmg lembut n gebu.da simpan dlm peti pun still lembut..my fen mintak resepi. so saya bg link blog akak.. mintak halalkn ye..thx again..sedap sgt :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...