Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, October 8, 2010

Daging Kandar



Resepi Daging Kandar ni  Mas dapat hasil carian di Myresepi. Untuk dimakan ngan Nasi Minyak Hujan Panas. Memang sedap dan kena ngan Nasi Minyak Hujan Panas. Resepi Daging Kandar ni dari Kak.Asma dan Kak Hana pun dah buat. Memang sedap Daging Kandar ni.....cuma rasa Mas warnanya gelap sikit kan, mungkin sebab terlebih kicap kot...apa pun Daging Kandar ni memang sedapp.....cicah ngan roti pun sedappp tau....

Daging Kandar
Copy : Kak.Asma , Kak Hana 

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg daging 
  • 6 ulas bawang putih / 1 inci halia  -  tumbuk / blend 
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 peket serbuk kari daging babas  - 1 1/2 pun boleh
  • 1 labu bawang besar - dimayang 
  • 1 ulas bawang putih - dimayang 
  • kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara :
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan )
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat,sos dan serbuk kari ) .Kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti

3 comments:

  1. makcik punya lauk cenggini mesti nmpk sedap pekat likat je..sungguh2 menggoda..stok daging aku dah habis le mas...nk try jugak ni...buat nasi minyk yeee...tak jemput kite punggg..majuk aaa

    ReplyDelete
  2. Salam Mas,
    Akak mmng suka kalau daging masak mcm ni....mmng sedap, kena nasi putih hangat2..uish sedap betul...tak payah lauk lain daaa...

    ReplyDelete
  3. Izah
    makcikk...cepat ambik kunci kereta gi beli daging...rugi tau tak try..sedap sangat..kau merajuk ke izah....meh sini mas sumbat ngan putingg...he..he..

    Kak Yatie
    betul kak...memang sedap...cicah ngan roti pun sedap...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...