Search This Blog

Friday, October 29, 2010

Burger Malaysia



Nampak Ros buat ari tu, teringin lak. Lagi pun lama dah tak buat Burger Malaysia. Kali ni Mas ikut resipi  Ros. Memang betul macam  Ros cakap, lembut jer burger ni, Mas pun suka sambal ikan bilis tu pekat, baru sedap. Sambil makan burger ni minum teh o sekali, baru best. Untuk bebudak Mas buat donat sikit, dari doh burger malaysia ni. Senang keja, 1 adunan dapat 2 jenis kuih. Maceh yer Ros untuk resepi ni.

Burger Malaysia
Sumber : Ros 

Bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung @ skim milk
  • 1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 80 / 90ml susu soya boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
- sedikit sambal ikan bilis dan hirisan timun.

-  susu soya tu Ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti takut meresap minyak bila digoreng.

Caranya :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan biarkan naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, akhir sekali, potong ditengah-tengah dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba..

7 comments:

  1. waa..lawo je burger mesia sengih..ha ah..dah lama tak buat.nk try resepi ros ni jugak la...time dtg rajin.sebab mak ngan bpak budak je mkn menda ni kan.bagus jugak lebih buat donut kan.brilliant!!

    ReplyDelete
  2. ha..ha..sama la kita makcik, burger tu mas ngan hubby jer yg makan, Ain ngan Daniel nk donat, try la makcik sedapp tau....pssstt, burger tu sengih kt makcikkkk......he..he..

    ReplyDelete
  3. salam..awal mas dah siap sarapan...gebu je buge tu..amik resepi simpan tuk makan petang ni

    ReplyDelete
  4. ha..ha..kt rumah ni memang sarapan awal...
    boleh..ambik la, selamat mencuba yerr...

    ReplyDelete
  5. mongel gebu jer burger m'sia mas ni....sampai leh tersembur sambal kat dlm tu..baru puas hati bila mkn...kalau yg dibeli..sambal diaorg calit2 jer

    ReplyDelete
  6. mas..ada lg tk burger tu? lama tk makan...nk buat..hmmm tunggu tahun depan kot hihi

    ReplyDelete
  7. Kak Ida
    he..he..betul tu kak, sebab tu mas suka buat sendiri, boleh ikut suka letak banyak mana...baru bestt..

    zarin
    tak lama dah tahun depan tu..he..he..try la buat zarin, sedap tau...burger tu baru jer abiss zarin..he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.