Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, October 19, 2010

Bendi Celur dan Sambal Belacan




Assalamualaikum.
Satu lagi resepi ala - ala kampung yang Mas jumpa hasil dari skondeng kat dapur Kak Hana. Mas memang suka bendi, jadi tukar selera pulak celur jer bendi tu dan cicah ngan sambal belacan. Cerita pasal sambal belacan ni...memang tak sangka...sedap sangat...memang Mas suuukaaa sangat sambal belacan ni, sesiapa yang suka sambal belacan, baik try resepi Kak Hana ni, sedapp tau....Mas makan ngan nasi panas, ikan goreng dan telur goreng pun dah cukup berselera......


Bendi Celur dan Sambal Belacan
Resepi : Kak Hana juga di hana6877@myResepi.com

Bahan :
Bendi - dicelur


  • Bahan :
    * ¼  -  ½ cawan cili padi - bergantung kepedasan masing2
    1 batang cili merah - hiris
    2 biji bawang merah kecil - hiris
    1 ulas bawang putih - hiris
    * 1 inci belacan
    * sejemput ikan bilis kopek
    limau kasturi
    secubit garam
    secubit perasa@gula
    sedikit minyak



    Cara :
    Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
    Masukkan semua bahan yang bertanda   ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
    Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
    Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.





  • 2 comments:

    1. makcik...mmg sedapkan sambl nih..klu buat slalu tak sempt nk snap..eh bukn tak sempt, asik lupe jee...udah meleleh air liur..tunggu lagi, terus ngap nasi laaa...cicah ulam celur lagi meletop laaa

      ReplyDelete
    2. ha..ha..tu la makcik...tak sabar2 nak makan nasi...ngan sambal belacan tu, mesti dah abiss baru teringat ni...lain kali makcik buat, terus snapp tau, nak tengok kejadian sambal belacan makcikk pulakk...

      ReplyDelete

    Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...