Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, October 1, 2010

Bakso - Resepi 2



Lunch semalam kami makan Bakso, jemu lak makan nasi sebab pagi tu dah sarapan nasi lemak. Lagi pun Bakso ni pun peberet family Mas, memang selalu Mas buat....makan dengan cili kicap, perhh... memang berpeluh2.....sok sek sok sek juga idung ni menahan pedas...tapi itu yang makcik suka...puas rasanya makan yang pedas2....resepi Bakso ni Mas skondeng kat dapur Kak Hana, maceh kak....sedap Bakso ni.....

Bakso - Resepi 2
Copy :Kak Hana


Bahan-bahan :
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) - Mas guna mee kuning
  • Taugeh-
  • Kobis dihiris halus
Untuk Bebola :
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji)
  • 1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah dan  garam
Untuk Kuah :
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu besar pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Untuk  Kuah : Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. Untuk  Bebola : Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.
   * Mas beli kicap ABC ni kat The Store....



5 comments:

  1. mas...makcik tak pernah buat bakso tau....nak try jugak laa,,tak leh tahan bila owang kata sedap sedap sedap nih..ngehehee

    ReplyDelete
  2. izahh...try la buat makcikk....sedap tau..compom lepas tu izah nak buat bakso lagi....sedap3....

    ReplyDelete
  3. salam Kak Mas,
    sedapnya bakso tu kan? hehehehe
    kalau sedang hujan, lebih sedap lagi makan bakso + sambal banyak2 :D

    ReplyDelete
  4. mas..cm dok teringin nak makan mee tarik tetiba ada mee bakso..sedapnya..besok boleh cuba ni:)

    ReplyDelete
  5. Dettha
    betull tu deetha...memang sedapp...biar berpeluh2...

    Kak CM
    ha..ha..try cari kat tesco kak CM, mesti ada mee tarik tu, selamat mencuba Kak CM, sedap tau bakso ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...