Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Pau CMG



Petang semalam Mas buat pau untuk minum petang, kali ni Mas ikut resepi CMG, sebab tu nama pau ni Pau CMG. Tengok kat myresepi, ramai dah yang mencuba, jadi Mas try buat, hasilnya pau ni memang lembut dan gebu. Untuk resepi Pau CMG ni, ada letak sedikit cuka yang fungsinya untuk memutihkan pau dan Mas guna tepung gandum jer. Untuk 1 adunan Mas dapat 14 biji....ni pun Mas panaskan balik pau semalam yang berbaki 5 biji lagi, boleh wat sarapan lak...he..he....

      
Pau CMG
Sumber : CMG

Bahan untuk doh :
  • 240 gm tepung "Hong Kong" @ guna tepung pau pun ok - Mas guna tepung gandum
  • 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam
  • 30 g gula halus
  • 1/2 camca teh cuka -  disatukan dan kacau hingga gula larut

Bahan inti :
  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
  • Garam, gula dan air secukupnya

Cara :
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.
  2. UNTUK INTI:- Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
  4.  Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
  5. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

16 comments:

  1. salam..

    mas..tu dia gebu juga pau tu..biasalah resepi sifu...bila kita bt pasti menjadi

    bak 2 biji..lapor..huhuhu

    ReplyDelete
  2. tu la ayu, resepi CMG ni mesti menjadi, sedapp tau pau ni..lembut jer...aiit..tak sarapan lagi...meh join mas sarapan..he..he..

    ReplyDelete
  3. salam mas...kecur tgk pau tu pagi2 ni..sedap nampak..lapar plak :p~

    ReplyDelete
  4. salam kak mas sayang, kak, nak pau akak buleh, satu pinggan ya hehehe, tukar dgn roti jagung ros ya kak heheee

    ReplyDelete
  5. kak mas tayang pau lakkk...haishhh nak rm1...dapat 5 ketui kan...????

    ReplyDelete
  6. guna tepung gandum pun ok ye mas?.. buat mcm teringin tapi nak buat inti tu malasnyaaa la.dah lama tak mengepau neh.

    ReplyDelete
  7. pau bolat2...nak bolat2...bak sini bolat2 tu...tukar dgn apam, nakkk tak kak..???

    ReplyDelete
  8. salam mas,
    cantik pau mas ni..licin dan sempurna
    bulatnya tu..akak pun dah lama tak buat pau..

    ReplyDelete
  9. del,
    dah bekpes ke blum del..he.he..

    ros,
    suka roti jagung, tapi kan ros, pau hah abiss la....he..he..

    hani,
    kat mna jual 5 biji singgit ....memandai jer kau yer...he..he...

    izah,
    mas guna tepung gandum pun ok izah, mas ayak tepung tu....mls2 kau hentam letak inti kaya...wakaka..

    hani,
    apam kau pun bolat2.....he..he...pau dah abiss la hani...

    kak ayu,
    resepi CMG ni memang best kak....mas pun baru mengapau balikk...he..he..

    ReplyDelete
  10. rajin Mas mengepau.... akak dh lama tak main yis ni..

    ReplyDelete
  11. gebunya pau mas tu...terliur plak rasanya :D
    anyway, selamat tahun baru ye mas!

    ReplyDelete
  12. mak aiihhh mass... gebu semacam! licin plak tuh!! tuko ngan serimuka akak boley?? hihi

    ReplyDelete
  13. kak norma,
    dah lma tak wat pau,jadi teringin lak....he..he...

    zarin,
    slmt tahun baru zarin..resepi CMG ni memang best...

    kak hana
    nak serimuka akak...nmpk cantik tu...pau mas dah abiss la..he..he..

    ReplyDelete
  14. kak mas,nak pau 3 bijik..yg size XXL pn diterima..senang kenyang skit,hehehhe...gebusssss u pau kak mas,jeles nengk tau...

    ReplyDelete
  15. jet terbang lambat lak berlepas ...tu yg lambat skit sampai sini..hehe sure dah abis pau ni...jamu mata jer lah...btw memang terliur nengok pau gebus ni nk buat malas pulak..hehe

    ReplyDelete
  16. As salam. Wah nampak gebu dan licin jer permukaan donut ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.