Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Garlic Fish



Meh jamu mata tengok lauk yang Mas masak untuk tetamu yang bertandang ari tu. Selain ikan siakap boleh juga guna ikan lain. Kalau guna ikan siakap boleh buang tulang kat tengah supaya ikan tu boleh dikembangkan. Lagi pun senang nak makan sebab siakap tu dah tak de tulang. Sedap tau Garlic Fish ni, adik ipar siap minta resepi...jadi meh tengok resepi Garlic Fish ni. 

Garlic Fish
Resepi : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1 ekor ikan siakap - siang bersih dan buang tulang ditengahnya jika suka. Ikan lain pun boleh.
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih
  • 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara :
  1. Lumurkan siakap dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
  2. Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan siakap dengan campuran tepung tadi.
  3. Goreng siakap hingga garing dan masak.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Letak dalam pinggan hidangan.
Nota : Untuk goreng siakap yang kembang macam ni, kena guna minyak yang banyak yer, agak2 hingga badan siakap tenggelam dan masa menggoreng siakap,jirus sekali kepala siakap dengan minyak panas masa menggoreng.

Bahan Sos :
  • 1/2 cawan sos tiram Maggi
  • 1/4 cawan sos plum
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
  • 1/2  labu bawang putih - cincang halus
  • cili padi - ikut pedas dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 tangkai daun bawang - potong2
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air panas
Cara :
  1. Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
  2. Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
  3. Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas siakap tadi. 
  4. Sedia dihidang...

9 comments:

  1. nampak pun sodappp nih...tahun depan boleh cuba hihi

    ReplyDelete
  2. zarin, memang sedap tau, nak masak pun kejap jer....he..he...tahun depan yer zarin, tak lama dah tu..he..he..

    ReplyDelete
  3. wah..tokey masak ala ala restoren tau... masuk list..ala mas...malas tul nak memsak la sekarang ni..malas sangattt.. eh dah jadi dah recent post tu..hahhaa

    ReplyDelete
  4. makcik....yer la tu malass...jap lagi tengok la kluar pe...he..he..
    save bajet makcik masak kat rumah....adik pun cakap macam kat restauren...he..he...

    ReplyDelete
  5. mas.. dah ok mas? tahniahh... akak tak nampk nih coz lmbt btol loading.. akak ade nih, duk ade kije sket.. hihihi....

    ReplyDelete
  6. ok dah kak, maceh bebanyak yer sebab tolong..he..he...

    ReplyDelete
  7. wahhhhhh, nampak sgt sedap!!!! mesti bestkan...masuk list...masuk list.... tapi nk kena g beli sos plum dulu..neno...neno...

    ReplyDelete
  8. wah menarik....sedap ni saya suka ikan siakap ni...nk kena try ni...pi cari ikan dulu...hihi

    ReplyDelete
  9. mimiey...
    neno..neno...gi beli sos plum cepat...he..he....bawa tak asam pedas,,,dah bau ni...

    Nieza
    he..he...gi cari ikan cepat..kat Finland ada ke siakap..he..he...ikan lain pun boleh nieza....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.