Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Kuih Lopes



Ari ni buat kerja memulut lagi, gara2 terjumpa resepi Kuih Lopes kat Myresepi, terus jadi teringin, bahan2 pun semuanya ada, jadi Mas pun start memulut. Ni first time Mas buat Kuih Lopes, selalu beli jer.....saspen gak macam mana kejadian Lopes ni nanti. Alhamdudillah....menjadi gak Lopes ni...sedapppp tau...rupanya tak la susah sangat buat Lopes ni. Boleh buat lagi nanti sebab ramai peminat Lopes kat rumah ni. Maceh untuk Tulip77@myresipi.com sebab sudi kongsi resepi Lopes yang sedapp ni.
                       
Kuih Lopes
Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan - dikisar
  • 1 st air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.


Cara membuatnya :
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Nota : 
  • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk 
  • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...


11 comments:

  1. maaas,dah petang ni..ada lagi ke lopes mu?..akak nak 5 ketui,nak makan mlm ni sambil2 nonton tibi.huhu

    ReplyDelete
  2. makcikkk... lopes 3 segi..cantik...suke jugak lopes, mcm teringin pulak laaa..nk 2 keping

    ReplyDelete
  3. Kak Anymz
    dah abiss kak....ramai peminat lopes kt rumah ni..he..he..

    Izah
    he..he...makcik suka lopes gak yer..nak kasi dah abisss..makcik buat sendiri la...he..he..sedapp tau makcik lopes ni....

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Mas,
    datang memalam singgah dapur akak nk mkn kuih lopes ni....hihi laparlah pulak...org kat sana dah nk bgn tido org kat sini baru nk tido...x sama timing betul la kan..:)

    ReplyDelete
  5. salam nieza..he..he..tu la....akak dah lama bangun, mesti skrng nieza tengah nyenyak tido kan...he..he..kuih lopes pun dah abiss nieza....

    ReplyDelete
  6. Salam kak mas,
    Uish... tang manisannya yang meleleh tu yang buat tak tahan. Kuih lopes memang sedap dimakan di musim hujan nih!

    ReplyDelete
  7. kak mas, mie sgt suka kuih lopes!!!! kalau makan mesti nak cicah air gula banyk2,baru best!!! kak mas,anto la sini bnyak...mkn time tgk air ujan turun best nih...

    ReplyDelete
  8. Indah,
    he..he..sajer jer biar indah terliur..tu la...hujan2 ni asyik lapor jer kan....

    Mimiey
    haa...mimiey ni geng ngan Daniel, air gula tu sampai banjir dia tuang.....anto bekas boleh...lopes dah abiss la cayang...

    ReplyDelete
  9. salam kak mas sihat ke tu? kak sori ya ros tak sempat nak blogwalking selalu..sibuk sikit la ni, blog tu pun update pastu biarkan je...trima kasih ya kak slalu tinggalkan jejak kt JMC..suke baca komen tu semua

    ReplyDelete
  10. Anna
    haa..memang sedap anna, tapi dah abiss..he..he..
    arrrrghhh...kena tag ke...kalau ambik award memang mas suka, maceh yer seban ingat kat mas, nnti mas ambik yer...

    Ros
    salam ros, tak pe...janji ros selalu ingat kat k.mas..he..he...k.mas pun suka bertandang kat rumah ros....ari ni tak sampai2lagi, bnyk benor halangan...jap lagi k.mas cuba gi lagi yer...he.he...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.