Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, October 29, 2010

Tomyam Campur Tumis Pedas



Dah lama tak buat Tomyam. Ari ni makan Tomyam , telur dadar, sambal belacan ngan nasi panasss. Senyum lebar Ain bila bau Tomyam kat dapur. Memang bebudak ni suka jenis2 berkuah ni, cuma tak leh pedas2 sangat...tu yang maknya kena juga buat sambal belacan...cian kan. Tomyam kali ni Mas try ikut resepi Kak Hana, makcik jepun tu...boleh tahan tau kesedapannya, Mas cuma tambah oren sunquits jer...he..he..


Tomyam Campur Tumis Pedas
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar - leh add klu nk lg pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 4-5 biji cili padi - ketuk
  • udang, sotong dan ayam jika suka
  • carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis - ikut suka
  • tomato - belah dua/empat
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • 1 sudu besar oren sunquits
  • garam
  • air

Cara :
  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih, serai, cili padi, lengkuas, hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi.
  2. Jika letak ayam, masukkan dahulu dan masak hingga setengah masak. Juga masukkan carrot sehingga setengah empuk.
  3. Masukkan bawang besar, udang, sotong, sayuran2an dan air secukupnya. Perahkan jus limau dan masukkan oren sunquits. Perasakan dengan garam. Didihkan. Masukkan tomato.
  4. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar.

8 comments:

  1. adusss besarnya udang...meleleh leleh air liur tengok tomyam ni..ish zarin pun dah lama tk mkn tomyam ~

    ReplyDelete
  2. kak aliya
    boleh kak.....nk kuah jerr...baiknya akakk...

    Zarin
    mas pun baru buat balikk...bebudak suka tomyam ni..

    ReplyDelete
  3. tadi ada org bagi bege 4 bfes,,harap ada lah org nak bagi tomyam pulak..tengah lapar ni..:-)

    ReplyDelete
  4. kak mas! tumpang makan! kita baru nak mula masak hihihi... sedapnyerrrrrr makan tom yum pedas2 gini mmg best! ada telur dadar lglah bestnyer :D

    ReplyDelete
  5. sedapnye makan tomyam, nasi dn telur dadar time hujan2 ni memang terangkat abis..masakan febret famili saya ni..

    ReplyDelete
  6. kak mas

    ayu kan, memang suka layan tomyam lagilah ada nasi panas dan telur dadar..cuma ayu tak letak ambal belacan sbb ayu ada alahan...


    kak, tq sebab sharing resepi ini..maklumlah first time ayu tahu boleh bubuh oren sunquid....

    ReplyDelete
  7. mas....nampak amazingly tempting tomyamni....makan ngan telur dadar and ada sambal belacan sket....pergh............burrrppp!!! Alhamdulillah....sedap tu...................

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...