Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, October 9, 2010

Masak Lemak Ayam



Masak Lemak Ayam ni untuk lunch Ain ngan Daniel, Mas letak cili merah jer sebab anak2 Mas ni manja sikit...tak tahan pedas...untuk kepedasan tekak maknya Mas buat sambal belacan...he..he..ayam pulak Mas goreng sikit....baru masuk dalam kuah lemak...sedap tau, licin gak kuah masak lemak tu...memang sedap dimakan ngan nasi panass...

Masak Lemak Ayam
Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • * 5 biji bwg merah
  • * 2 ulas bwg putih
  • *1 inci kunyit hidup
  • *2 biji cili merah - nak pedas letak cili padi
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus
  • 2 cwn santan - terpulang nak kuah banyak / pekat
  • garam, kiub ayam , gula

Cara-cara :
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Gaul ayam dengan kunyit dan juga garam. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Masukkan santan,serai,asam keping dan bahan tumbuk. Gaul rata. 
  • Masak dengan api perlahan dan biarkan mendidih dan masukkan ayam.
  • Masukkan garam, kiub ayam dan gula. Biarkan mendidih lagi.
  • Last sekali masukkan daun kunyit, biar seketika dan kuah pekat dan tutup api.


2 comments:

  1. Del
    salam Del...nanti cedok kat periuk kat dapur tu...jangan angkat periuk sekali pulakk..he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...