Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, October 27, 2010

Fruit Jelly



Dalam cuaca panas ni sedap tau makan Fruit Jelly ni. Sebenarnya ramai dah yang mencuba, Mas jer yang baru nak buat. Untuk Mimiey, ni la rahsianya..sini pun ada gak Fruit Jelly. Hee...he...ada gak Fruit Jelly Mas yang bentuk biasa jer, agaknya Mas guna buah oren yang tak besar kot sebab masih ada baki lepas tuang dalam buah oren tu, jadi Mas pun tuang dalam acuan kecik. Tapi kan, fruit jelly yang bentuk oren ni gak yang laku dulu, last tinggal yang bentuk biasa tu. Tapi tak kisah sebab Fruit Jelly ni sedappp sangattt. Maceh untuk tuan punya  resepi Kak Yani MyR  dan Kak Nor yang selalu setia ngan fruit jelly ni.


Fruit Jelly
Resepi : Kak Yani Myr
Sumber : Kak Nor
Bahan :
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Cara :
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya.
  2. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  3. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  4. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  5. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
Mas ikut cara Kak Nor 
Bahan :
  • 5 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1000ml air + jus limau
  • 7 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
Cara :
  1. Kak Nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
  2. Untuk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
  3. Masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
  4. Bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
  5. Bukan apa, tak nak sia2kan vitamin C dalam jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

5 comments:

  1. masss..mintak skettt! dah berzaman tuk kaduk akak tak wat puding niH! mmg kiut n comey...

    ReplyDelete
  2. hahahahhaha... terdedahla sudah rahsia ituu...bukan rahsia lagi dh...suke..suke... pttla xnak mintak yg mie punya,rupanya umah kak mas pn muncul hari ni,hahhahaha....

    ReplyDelete
  3. Kak Hana
    ok la tu akak dah buat, mas pun jer baru nk try...sedapp kan kak...meh join makan sekali..he..he..

    Mimiey
    ha..ha...tu la sebabnya, dah tahu k.mas makan banyakkk,,malu nk minta kt mimiey..

    ReplyDelete
  4. mas...ikut cara kak ummi ye..ke kak nor... ujung minggu ni nk beli oren, nk buat lagi...sedap nih

    ReplyDelete
  5. makcik, mas tarsalah taip nama la...mas ikut cara kak nor...cikgu nak rotan dah tu..he..he...
    sedapp kan izah, mas pun suka...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...