Search This Blog

Friday, April 8, 2011

Gulai Ikan Aya @ Tongkol dan Nasi Kuning


Assalamualaikum. Pepagi ni meh jamu mata ngan Gulai Ikan Aya @ Tongkol dan Nasi Kuning yang Mas masak untuk lunch semalam. Tak sangka lak Ain suka sangat...siap pesan nak makan lagi malamnya. Tapi untuk rempah ikan tu, Mas guna rempah ikan biasa jerk sebab tak de rempah gulai nasi dagang atau pun rempah cap bunga ros. Tetap sedap gulai ikan Aya @ ikan tongkol ni dimakan dengan Nasi Kuning. Resepi diambik dari Kak Nor, maceh akak..

Gulai Ikan Aya @ Tongkol
Bahan:
  • 1 ekor ikan aya @ tongkol
  • 3 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Cara memasak :
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1inci halia *
  • 1inci lengkuas *
  • 1inci kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh / pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan @ gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 biji cili padi
  • minyak
Bahan penumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  2. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  3. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan / gula melaka, garam dan gula.Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  4. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

Nasi Kuning
Bahan:
  • 4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum cengkih
  • 1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1in halia ~ diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air **
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu minyak
Cara:
  1. Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
  3. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
  4. Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
  5. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
  6. Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan pewarna kuning.
  8. Masukkan beras dan biarkan seketika.
  9. Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
  10. Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..



22 comments:

  1. waahhh.. mokcik dah buat ye nasi kuning neh... kalau tuko nasi purple best jugakkan.. ikikiki..

    ReplyDelete
  2. Izahdaut,

    haaaa..boleh...aku nak tengok nasi purple kau lak...he..he..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kak Mas,
    Wah pepagi dah tayang nasi ngan gulai,rempah masak n rempah gulai tuh kat sy byk stok,coz kakak beli time g trgnu ritu,tambah2 yg rempah masak lagi la byk,kalo dekat leh bagi kat akak ckit..

    ReplyDelete
  5. Salam mas,, Oooo menu smlm rupanya.. kuingatkan hari ini.. Uihhhh..pekat molek gulai ikan aye tu.. Makan dgn roti canai pon sodapppp..

    ReplyDelete
  6. sedapnya mas...
    feberet sy ikan tongkol nie..

    ReplyDelete
  7. Salam mas. nasi kuning dgn gulai ikan tongkol..buat breakfast sedap ni..

    ReplyDelete
  8. Zaliedana,

    ala..nape tak cakap..he..he..
    kak mas pun tak tahu nama nak cari rempah tu...last2 belasah jerk rempah kari ikan...
    sedapp gak tau....

    ReplyDelete
  9. Kak Iza Akma,

    hmmmm..memang sedapp kak..kalau guna rempah gulai tu lagi besttt....

    ReplyDelete
  10. Kak Naz,

    mas klu masak berkuah ni suka pekat2....baru kaw..he..he..

    betul tu, petang semalam mas cicah ngan roti....best tau..he..he..

    ReplyDelete
  11. niey_muhaini ,

    hmm..betul juga kan...hari cuti boleh buat bekpes aka lunch...he..he..

    ReplyDelete
  12. Kak Sari Yusa Ibrahim,

    rasa mas terangganu..tak tahu lak kalau kelantan pun sama,..
    nanti mas tanya kak nor @ kak ayu safieza....
    akak berdua tu orang terangganu...he..he..

    ReplyDelete
  13. Assalam Mas,
    Sedapnya tngk gulai ikan tongkol tu...terbayang2 kesedapannya..kalau di panas2kan lagi dan lagi....lagi sedapkan....terliur je tngk...

    ReplyDelete
  14. Kak Yatie,

    betul tu..mas makan masa malam tu lagi terasa sedappnya...
    cicah ngan roti jerkkk..he..he..

    ReplyDelete
  15. Makan dengan nasi daging lagi terangkat! Nak buat, tak kuasa. Jadinya mama jamu mata kat rumah Mas dah ler ye... :D

    ReplyDelete
  16. gulai ikan tongkol ni lbh kurang sama dgn gulai ikan tongkol kelantan jg cuma tak masuk rempah gulai nasi dagang je..

    ReplyDelete
  17. MamaFami,

    sila2 mama jamu mata....
    kalau tergoda boleh mama buat nanti..he..he..
    hmmm..mak mas selalu buat nasi dagang ngan gulai ikan tongkol ni...sedappp tau..
    dia belajar dari orang terangganu...

    ReplyDelete
  18. niey_muhaini,

    oooo..yer ke...tak sama yerk ngan gulai ikan tongkol kelantan...
    baru mas tahu...he..he..

    ReplyDelete
  19. wehhh mas..nasi kuning tu peberet org kat umah nih..tp ikan aya peberet digoreng aje..laki aku tuh laa yg suke goreng2,pastu jgn goreng garing lak tu..hihi..aku mana2 jek aku rembat mas..meh laa smangkuk

    ReplyDelete
  20. HaSue,

    senang kan ngan kau..semua kau belasah...he..he...
    senang bela ni...
    wehhh...ok la laki kau makan gak ikan ni...
    laki aku tak gemo la pulak...
    aku makan ngan anak2 aku jerk....

    ReplyDelete
  21. uishhh sedapnya...lapar lak pepagi kat sini singgah dapur mas ni...ishhh ada lagi tak mas? terliur dh ni...hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.