Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, December 16, 2010

Masak Lemak Pucuk Paku dan Keli



Lama dah tak buat Masak Lemak Pucuk Paku dan Keli, sedapp tau. Tengok pucuk paku kat kedai segar2, jadi Mas pun beli keli sekali untuk masak lemak ni. Makan lak ngan sambal belacan dan telur dadar, memang sedapp. Lagi pun Ain pun suka masak lemak ni, jadi Mas letak cili merah jer, sebab tu ada sambal balacan, sebab Mas kalau makan nasi mesti nak pedas. Resepi macam masak lemak biasa cuma Mas tambah ikan bilis dalam bahan2 kisar tu, rasanya lebih sedapp tau, try la buat....Selamat mencuba...

Masak Lemak Pucuk Paku dan Keli
Sumber : Mas Duniaku

Bahan :
  • 2 ekor ikan keli 
  • 1 ikat pucuk paku
  • 2 cawan santan - boleh letak lebih jika suka
  • asam keping - ikut masam
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 batang serai - dititik 
  • Garam jika perlu dan secubit gula
  • * 2 biji cili merah
  • * 4 biji bawang merah
  • * 1 ulas bawang putih  
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • *  sedikit garam kasar
  • * 1/2 gengam ikan bilis - rendam kejap dan toskan

Cara :
  1. Siang ikan keli dan cuci bersih2 dengan cara perap dengan asam jawa / jus limau + garam dan biarkan dalam 15 minit. Cuci kembali dan toskan.  
  2. Kisar halus bahan2 bertanda * dan satukan dengan santan, serai yang dititik dan asam keping dan masak atas api perlahan hingga mendidih. Masukkan keli dan biar mendidih 2 - 3 minit. 
  3.  Boleh tambah garam (jika perlu), kiub ikan bilis dan secubit gula. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan dan masukkan pucuk paku yang telah disiang dan dicuci bersih, kacau rata dan biarkan  pucuk paku layu dan boleh matikan api. 
  4. Sedap dimakan dengan nasi panass...

7 comments:

  1. i pun suka masak lemak pucuk paku tp tk pernah mkn ngan ikan keli sbb tk reti mkn ikan keli masak lemak hihi...tp i suka keli goreng sambal..feveret tu..
    eh, lupa plak ni haaa 4 ketoi muffin kopi ni..cukupla sorang satu ye mas?

    ReplyDelete
  2. Wahhh...macam menggoda jee, ehem ehem...

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    Pagi2 dah nmpk lauk yg sungguh menyelerakan ni...sedapnya Mas pekena dngn sambal belacan lagi..maunya bertambah2 nasi...
    =talam gula merah kat bawah tu pun sedap sngt..dari smlm akak nak komen takleh masuk..nape ntah...

    ReplyDelete
  4. Salam Mas,

    Sy pun suka mkn nasi pedas2, ffuuuuhhh best kan :D hehehez. Lauk lemak mmg kena mkn dgn sambal belacan...tapi anie tak pernah mkn ikan keli.

    ReplyDelete
  5. Zarin
    sedapp tau zarin masak lemak pucuk paku dan keli, try la buat...isi keli ni lembut jer kalau masak macam ni...keli goreng sambal pun mas suka....

    Che Mat Gebu
    he..he...che mat mesti selalu buat kan...

    Kak Yatie
    sukanya akak tergoda, dah puas makan keli ke kak..try la masak mcm ni lak...tu la kak, mas dah agak...kotak komen ni pun kekadang bengong mcm tuannya gak..he..he..

    Anie
    haa...nnti balik msia anie try la makan keli...sedapp tau...compom kat NZ tak de keli..he..he..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Mas,
    wah sedapnya nengok msk lemak ni...terliurla kak...ikan keli tu pun my fav...mana nk cari pucuk paku kat sini ni...lum pernah jumpa lagi...

    ReplyDelete
  7. salam nieza......ha...geng la kita, k.mas pun suka sangat keli,sedapp kan...nnti nieza balik msia boleh la try buat....he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...